Iklan

Thursday, November 25, 2010

Sup Ayam Simple

Masakan yg simple dan sedap pada Mila ialah SUP. Sup Ikan, Sup Ayam, Sup Daging dan mcm2 sup lagilah.. Abah Mila suka Sup Ikan Tenggiri atau Ikan Merah. Memang marvelous. Tapi memandangkan ikan2 tu susah sket nak dapat.. Buat Sup Ayam pun jadilah… :)
sup2
RESEPI SUP AYAM SIMPLE
Bahan-bahan:
2 Ulas Bawang Putih - Di hiris nipis
2 cm halia - Di hiris nipis
3 Ulas Bwg Merah (Bwg Kecil) - Di hiris nipis
3-4 Btg Daun Sup
500 Gram Ayam - Dipotong kecil2
2 Sudu Besar Minyak Masak
500 ML Air
Garam, Bahan Perasa (jika mahu) secukupnya
1 peket Rempah Sup Tulang Adabi (mengandungi: Sup Bunjut, Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Lada Putih Dsb..)
Cara-Cara:
1) Panaskan minyak masak, kacau goreng bwg merah sehingga perang.
2) Masukkan hirisan bwg putih dan halia. Kacau sekejap.
3) Masukkan pula rempah sup tulang, Kacau sebentar.
4) Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
5) Letakkan ayam, kacau sebentar dan perlahankan api.
6) Reneh ayam sehingga masak, masukkan daun sup, garam dan bahan perasa.
7) Kacau sebati. Sedia dihidang.
sup1Hirup sup panas-panas…. slurrrrpppp… :) 

2 comments:

  1. dah lama tak buat sup ikan..anak-anak kurang gemar..tq sudi bagi dorongan

    ReplyDelete
  2. Kak ina KL: Tq sudi jengok sini... tp mmg anon tu overlah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...