Jumaat, Sabtu dan Ahad ni Mila busy sket. Ada sepupu buat majlis kahwin. Mila kenalah gi rewang... kalau tak pergi nanti Abah sound: Ha, ko tak pegi tolong majlis orang, nanti ko buat majlis takde orang nak tolong gak. Pergh.... bernanah telinga kalau kena sound ngan Abah...
Dulu masa kecik2 memang malas nak pergi rewang nie.. bukannya boleh tolong apa-apapun.. takat tolong tengok oklah kan... Tapi bila dah berusia nie seronok gak gi rewang. Eh cakap rewang ni kang korang salah paham plak... Rewang kat sini maksud tolong-menolong, gotong-royong.. yer.. harap maklum... :)
Bila dah berusia ni bukan apa, dah bolehlah nak tolong2 apa yang patut. Selalu Mila incharge bab makan berdamai. Tahun lepas sepupu Mila belah Abah buat majlis kahwin, memang Mila volunteer jadi tukang hias makan berdamai. Abah plak duduk lepak2 jer kat meja makan.. huhuhu. Mila saja tunjuk muka kat Abah konon-konon tak pilih kasihlah kan.. sedara belah Abah ke sedara belah Emak ke.. Mila tolong je... :)
Oh, cakap pasal kenduri kahwin ni baru Mila teringat... Abah cukup suka pergi majlis kenduri kahwin kalau ada persembahan Ghazal... memang dia akan duduk kat situ lama2. Taste org lamalah katakan... Kalau tak silap Mila, adik Abah ada yang jadi penyanyi Ghazal dulu2... Mila pun layan gaklah lagu Ghazal tu, tapi sekarang memang susah nak jumpa majlis kahwin yang ada Ghazal...Kalau karaoke tak OK tu banyaklah kan... hehehehe
kat kampung saya dah kurang budaya rewang ni.. banyak amik katerer jer..
ReplyDeleteTu ler kan Yasmin, katering senang...
ReplyDeletenak tolong ambik gambar ka? aku kat sabah la. alahai
ReplyDelete