Iklan

Saturday, January 29, 2011

REUNION ex STUDENT Sek. Keb. Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.

Hari nie, mcmbusy sket.. Kawan-kawan sekolah mila buat reunion.. Agak unik reunion nie sebab tak dibuat dihotel, atau di restoran. Kitaorg buat di rumah bapak kawan. Kitaprg pasang khemah... Wah... Dah mcam kenduri kawin plak. Siap kena apply permit utk tutup jln..
Suasana skarang agak santai... Hujan turun dengan lebat. Hm... Majlis bermula jam 8 malam. Hafap2 hujan reda dah masa tu.
Oh ya, kitaorg buat bbq...
Plan utk buat reunion nie dari tahun lepas lagi.. Banyak gak cabaran yg kitaorg kena handle... Alhamdulillah, insyaallah, mlm nie majlis berjalan lancar.


Bersiaran dari lokasi kejadian...;)
- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, January 27, 2011

Abahku Pemain Bola Sepak Rupanya..

Wah.. tak sangka sungguh… Abah Mila nie pemain bola sepak rupanya… Walaupun bukanlah wakil negeri Johor apatah lagi wakil Malaysia.. tapi Mila bangga jugaklah Abah Mila nie pernah jadi pemain bola sepak wakil Kampung tempat Mila tinggal nie…

Memang Mila tak tau langsung… tapi syukur pada facebook… Sebenarnya, ada kawan kelas Mila upload gambar orang lama kampung nie. Mula2 tu Mila memang tak perasan ada terselit gambar Abah Mila kat situ. Tak sama langsung…. dah berbulan kawan Mila upload gambar tu, Mila tak hiraupun. Tapi ntah kenapa semalam Mila tengok2 balik gambar tu. Tengok lama-lama, renung-renung.. terdetik kat hati nie.. eh ntah-ntah ada abah tak kat gambar nie…

Jadi sesi menyiasatpun dimulakan…
Mila:
Abah, abah pernah main bola sepak team kampung nie ker?
Abah: Ada..merata abah gi lawan.. kat kota tinggi, singapura, kampung sana-sini..
Mila: Abah ada ambil gambar team ke?
Abah: Ntah....
Mila: Kawan angah ada letak gambar kat internet (kalau cakap facebook bukan abah paham.. hehehe).. ntah-ntah ada gambar Abah kot...
Abah: Mana?
Dengan pantas Mila bawak kluar ipad dan tunjukkan gambar yang dimaksudkan...
Abah belek-belek gambar tu..
Mila: Ada bah gambar abah?
Abah: Ni ha... (Abah tunjuk gambar dia)..
Mila: Oh... betullah tu.. Angah dah agak dah...
Abah: Hm... ni gambar masa lawan persahabatan nie...
Dengan nostalgiknya Abah tunjuklah gambar tu satu persatu siapa yang empunya badan.. Wah.. ingat lagi Abah dengan Team dia yer... Dan dapat jugaklah Mila menatap wajah abah ketika muda-muda... Lain gaklah... dulu abah kurus dan gelap...

Inilah gambar Team Bola Sepak Kampung Pasir Putih Tahun 70an 40bola

Abah Mila berdiri dua dari kiri…

Wednesday, January 26, 2011

Ikan Merah Di Rakit Tanjung Langsat

22 Jan 2010 Jam 10 Malam, kitaorg bergerak naik bot menuju ke Rakit di Tanjung Langsat. Tujuan kesana untuk trip memancing 1st time tahun 2011 nie… hehehe.. Biasalah.. tangan dah gigil nak pegang rod… wah… Jangan salah sangka, bukan Mila yang memancing. Tapi Mak, suami dan adik ipar Mila yang gemar memancing nie. Aktiviti keluarga ni bagus untuk merapatkan lagi hubungan… Elok dilakukan pada hujung minggu.. TAPI pada yang ada anak2 kecil tu, kenalah Extra carefull sebab rakit agak kurang selamat untuk budak2 yang tengah rajin nak explore itu ini. Kalau silap langkah boleh terjatuh ke laut ataupun sungai. Sebab itu kitaorg bertolak pada waktu malam. Jadi sampai di rakit, anak2 terus tidur. Walaupun memang tak selesa, yelah atas rakit mana ada tilam atau aircond.. tapi bolehlah lelapkan mata…

Suami Mila membuka langkah kanan apabila pancingannya di terkam dengan anak ikan Gelama…. tak lama lepas tu, adik ipar plak dapat ikan yang sama..Oh, anak sedara Mila juga mencuba nasib pertama kalinya memancing.. Dia berjaya menewaskan 2 ekor anak ikan gelama jugak.. Hm.. musim ikan gelama agaknya hari tu… Ha.. suami mila ada gak dapat ikan Yu bodoh 2 kali.. ikan tu takleh makan, jadi kitaorg lepaskan jer.

Jam 5 pagi, sewaktu Mila dibuai alunan ombak diatas rakit, terdengar suara-suara memanggil… Manalah camerawoman nie… dapat ikan besar nie…. ambil gambar, ambil gambar… dengan mamai mila gi lah tengok..wah… Mak Mila berjaya menewaskan ikan merah.. boleh tahan besarnya… Ni lah first time kitaorg memancing dapat ikan merah… memang excited gaklah…

Mak Mila yang berjaya dapat ikan Merah…IMG_0060

Orang lain tumpang gembira dapat ikan merah…IMG_0062

Keseluruhannya, trip kali ini agak santai… tapi bila matahari mula menjelma, dan anak-anak mula bangun, memang tak dapatlah nak memancing dengan tenang.. budak2 nie suka2 angkat joran.. jalan sana sini.. so kitaorg balik jam 9 pagi.. .

4pic

Tuesday, January 25, 2011

Resipi: Peanut Butter Cookies

Best gak buat biskut nie walaupun bukan time raya…heheh.. Mila ni tak pernah buat kuih raya.. so tahun ni cuba2 buat biskut dulu, kot-kot terbukak hati nak buat kuih raya plak tahun nie.. InsyaALLAH.. Kali ni Mila teringin nak makan peanut butter.. Tapi nak makan ngan roti mcm muak jer.. so cari2 resepi biskut…. senang dan sedap… dan boleh dipelbagaikan untuk lebih variasi..

Resepi asal di cilok dari SINI. Mila tak ubah apa2, cuma kurangkan sukatan.. Mila buat separuh sukatan asal tu dapatlah 50-60 keping biskut..

Basic Peanut Butter CookiesIMG_0085

Bahan-bahan (50-60 keping) :-
1 cawan butter tanpa garam suhu bilik
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
2 cawan peanut butter
1 1/2 cawan tepung gandum *
1/2 Sudu Teh Baking Soda * Bahan * di ayak.
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-cara:-
1) Panaskan oven 250 darjah celcious.
2) Pukul Butter, gula castor dan gula perang hingga kembang.
3) Masukkan telur, pukul sebati.
4) Masukkan pula esen vanilla, kacau sebati.
5) Masukkan peanut butter sedikit demi sedikit. Pastikan adunan betul-betul sebati.
6) Masukkan pula tepung yang diayak dengan baking soda sedikit demi sedikit. Gaul rata.
7) Bulat-bulatkan doh 1 inci dan susun jarak-jarak di atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
8) Tekan rata doh tadi dengan garfu secara bersilang. Bakar di dalam oven 15-20 minit.
9) Keluarkan dari oven dan sejukkan diatas jaringan. Cookies sedia dihidang atau disimpan didalam bekas kedap udara.

*Optional*
1) Cairkan 1/2 cawan coklat menggunakan kaedah double boiler.
2) Titiskan/drizzled coklat cair keatas biskut yg telah sejuk mengikut corak kegemaran anda...

Peanut Butter Cookies with Choc DrizzledIMG_0103

Choose Your Option of Traditional Peanut Butter Cookies  Or  Choc Smiling Faces peanut Butter Cookies

IMG_0091IMG_0096

 

Friday, January 21, 2011

Resepi: Biskut Coklat Rekah Seribu

Erm.. anak-anak Mila suka makan biskut.. Tiap2 hari minta duit nak beli biskut.. Jadi Mila fikir2… baik buat sendiri biskut.. bleh buat banyak dan jimat…

Tapi tulah budak2 nie.. kalau mak sendiri yang buat.. Diorg tak pandang… mcm tak sedap je biskut tu.. kalau ikutkan hati nie.. memang merajuklah ngan anak2 nie.. heheheheh.. tapi takperler.. biskut tahan lama.. bleh simpan.. nanti diorg makan ler sket-sket, lama-lama habis ler tu…

IMG_0027

Resepi Asal Mila Google kat SINI….

IMG_0034

Bahan-bahan

  • 220g dark chocolate
  • 170g gula perang
  • 80g tepung gandum/biasa
  • 10g butter
  • 2 biji telur
  • 1/2 S/T baking powder
  • 1/2 S/T garam (kalau guna butter bergaram, takyah letak garam)

Preparation

  • Panaskan oven 180°C.
  • Cairkan coklat dan butter dengan kaedah double boil. Sejukkan.
  • Didalam bekas lain, campurkan tepung, baking powder dan garam.
  • Dalam mangkuk lain (Ketiga), pukul telur dan gula perang hingga kembang.
  • Campukan adunan tepung ke dalam adunan gula dan telur. Kaup balik sebati.
  • Masukkan coklat yang telah cair, kacau rata.
  • Alas loyang dengan kertas minyak.
  • Gunakan sudu teh, bulatkan doh dan letakkan atas kertas minyak. Jarakkan setiap bulatan doh.  Doh akan mengembang.
  • Bakar 10-15 minit mengikut oven masing-masing.

Tuesday, January 18, 2011

Kisah suri rumah dan babysitter

Oh.. Nak tulis apa hari ni yer.. Ada citer apa yang menarik yer... Napa takde idea nak tulis ... Hm... Citer pasal everyday life jerlah yer....
Mila sepatutnya menjadi suri rumah fulltime. Tapi sejak ada online biz nie dah macam tak terurus jer rumah nie... Kadang rasa biz online nie lebih memakan masa dari menjadi suri rumah. Yerlah kdg2 tengah masak customer call tanya stok, jadi terus ngadap computer balik. Yang hairannya.. Kadang2 masa mila memang tengah ngadap comp, takde plak customer,... Tapi time tengah urus hal isi rumahlak ada customer...
Sekarang ni adik mila plak kerja.. Jadi anak dia automatik dia suruh mila tengok2 kan.. Hm... Sebenarnya mila memang tak suka jaga budak2 nie... Lagi2 kalau nanhis.. Adus... Bingit kepala ni.. Kalau anak mila memang senang sikit... Kasi bantai je... Ni anak adik.. Takkan suka2 nak bantai plak kan.. Mila ada bgtau kat adi, supaya hantar anak dia kat org lain... Tapi dia mcm tak suka.. Dia takut anak dia tak sesuai dengan org lain tu..huhuhu.. Kadang2 benda2 ni buat mila tensen... Mentang2 mila nie suri rumah, senang2 je nak jadikan mila nie babysitter. Huhuhu

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, January 17, 2011

Testing new gadget...

Dah lama mengidam nak epal ni... Dari zaman studi lagi... Tapi biasaler.. Kurang kemampuan...
Tapi kini dapat gak. Thanks to hubby....


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Pengkalan 13,Pasir Gudang,Malaysia

Cuci Mata: Roasted Chicken With Herbs

Dah macam blog masak-masaklah plak blog Abah Mila nie kan… huhuhu.. Mila agak sibuk dan belum sempat lagi bernostalgia cerita tentang Abah… Jadi, daripada blog ni takde entri, Mila masukkanlah entri masakan.. okler tu… hehehe..

Orait macam biasa, kita tengok gambar dulu.. cuci mata.. Entri berikutnya baru Mila letak resepi…

 

Kedua-dua gambar adalah ayam yang sama.. cuma maybe pencahayaan yang tak sama buat gambar ni nampak lain sket…IMG_0013

IMG_0014

Thursday, January 13, 2011

Resepi: Revel Bars Coklat

Post seblum ni nak kasi pengenalan kat Revel Bar dan pada yang rajin tu mesti dah tau resepi asal dari link SINI kan… Ada sedikit perubahan yang Mila buat dari resepi dia..

  • Resepi asal in English, Mila buat dlm Malaylah yer... :)
  • Resepi asal guna quacker oats, Mila guna nestum.
  • Resepi asal letak walnut, Mila tak letak.
  • Resepi asal guna loyang 9" X 13", Mila guna saiz 9" X 9"
  • Sukatan bahan yang agak berbeza sebab saiz loyang tak sama... :)

IMG_2312

Wokeh... banyak2 bebel tak guna.. jom check resepi...

Bahan-bahan:-

Bahagian A

  • 1 1/2 cawan Nestum (boleh tukar Quacker Oats)
  • 1 1/4 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Sudu Teh Baking Soda
  • 1/2 cawan Mentega Bergaram (suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahagian B

  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan coklat masakan di cincang kasar
  • 1 Sudu Makan Mentega Bergaram

Cara-cara:-

1. Alas loyang bersaiz 9" x 9" dengan kertas minyak.

2. Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang. Campurkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Di bekas lain, kacau rata bahan-bahan kering, Nestum, tepung dan baking soda.

4. Masukkan no 3 kedalam adunan mentega tadi. Kaup balik sehingga sebati.

5. Ratakan 2/3 adunan kedalam loyang tadi. Simpan loyang dan baki adunan didalam peti sejuk sementara membuat coklat.

6. Panaskan oven 180 darjah Celcious.

7. Dengan menggunakan kaedah double boiler, cairkan coklat, mentega dan susu pekat. Kacau sehingga semua bahan terlarut. Padamkan api dan masukkan esen vanila. Kacau sebati.

8. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuang adunan coklat. Ratakan.

9. Taburkan pula lebihan adunan bahagian A di atas coklat. Tidak perlu tutup keseluruhan permukaan. (Lihat Gambar)

10. Bakar di dalam oven (180 darjah Celcious) selama 30-35 minit.

11. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas jaringan.

12. Potong mengikut saiz kegemaran apabila Revel Bars betul-betul sejuk.

IMG_2297IMG_2306

Revel Bar, Tak Pernah Dengar Bah…

Ahem… Mila bukan orang Sabah yer.. saja je tajuk tu nak kasi rhythm bunyinya.. hehehe

Mila ada kawan dari Philipines, adalah kitaorg borak2 kat YM tu.. Dia tanya Mila buat apa skarang nie.. Mila kata.. duduk rumah main masak2 jer… Dia kata pernah buat Revel Bars tak.. Mila kata.. amende tu? Tak pernah dengar pun…. Dia kata, sedap… dia suka makan, kalau buat jualpun orang suka beli.. Wah.. dah kena umpan dah… Milapun Google jelah Revel Bars tu.. Tup-tup keluar resipi.. wah.. nampak macam best dan boleh buat nie…. Memang sedap… cuma Mila ada tukar sikitlah resepi asal dia tu.. Oh nak tengok resepi asal bleh gi SINI ya..

Jom tengok hasilnya…. Smile

IMG_2286

Chocolate Revel BarsIMG_2300

P/S: Resepi yang Mila buat next entri.. tunggu….. hehehe

Wednesday, January 12, 2011

Mee Hoon Tauchoo Orang Malas…

Hm.. hari nie terasa nak makan mee hoon tauchoo… Jarang Mila masak mee hoon tauchoo nie.. Bukan apa.. leceh sikit… jadi hari ni buat yang kurang leceh… hehehehe… Entri ni khas untuk sepupu Mila yang mintak resepi. Tadi post kat Facebook, dia kata nak masak tak tau.. jadi ni Mila bagi resepi.. harap2 dapatlah dia buat sendiri yer…. Winking smile

IMG_2288

Bahan-bahan:-
1 bungkus Mee Hoon - rendam dengan air
1/2 Kg Daging - Direbus empuk dengan 2 liter air
25 tangkai cili kering - digunting dan direndam air panas*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - di bilas dengan air*
1/2 cawan tauchoo masin kasar - Mila guna jenama Yeos* Bahan * di kisar halus
1/2 Cawan Kacang tanah tumbuk/hancur
1 Tangkai daun sup dan daun Bawang
1 cawan tauchoo masin kasar
Garam, Serbuk Perasa (Jika Mahu), Gula Secukup rasa

Cara-caranya:-

  1. Rebus Mee Hoon hingga masak dan toskan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga garing/pecah minyak. Sentiasa kacau jangan sampai hangit. Minyak akan memercik dengan banyak, jadi berhati-hati.. :)
  3. Masukkan tauchoo kasar. Gaul sebati, masukkan pula kacang tanah. Kacau.
  4. Tuangkan daging dan air rebusan ke dalam tumisan. Kacau rata.
  5. Biar mendidih. Masukkan garam (tak perlu banyak kerana tauchoo sudah masin), ajinamoto jika mahu dan gula. (Mila suka kuah yang agak manis, jadi Mila letak gula banyak sikit = 5 sudu besar). Kacau sebati, dan rasa. Jika rasa sudah sesuai dengan citarasa, padamkan api.
  6. Masukkan mee hoon dalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya dan tabur dengan daun sup dan daun bawang. Sedia dihidang.

P/s: Sebenarnya mee hoon ni ada gak orang panggil Mee siam. Tapi kena goreng dulu mee hoon tu. Dan di hidang dengan kepingan tauhu goreng, bawang goreng, telur rebus dan taugeh. Oleh sebab Mila tak kuasa nak buat yang leceh2 tu. Cara kat atas tu jelah yang Mila buat... ;)

IMG_2289

Tuesday, January 11, 2011

Kubu Pasir Aktiviti Santai

Hai semua… salam riang di hari Selasa… wah wah.. cerianya Mila…. hehhee. Bukan apa. Tengok-tengok gambar hari Sabtu – Ahad lepas macam best je aktiviti bina istana pasir…

Memang plan nak buat istana pasir, tapi tak menjadi.. yerlah tak pernah buat pun… So buat kubu pun jadilahkan… Buat luas-luas konon nak buat kolam sket dalam tu. Tapi air tak bertakunglah plak… hehehe..

Pergi Tanjung Leman nak mandi laut, tapi ombak tinggi sangat dan laut bergelora tak dibenarkan mandi-manda. Jadi kitaorg mandi-manda dengan pasir jelah.. jadilahkan…

IMG_2215IMG_2234IMG_2217T

Tak dapat buat Istana, buat kubu pun jadilah…IMG_2243

Monday, January 10, 2011

Khas Untuk Warga FELDA

Weekend hari tu (8-9 Jan) Mila dan keluarga pergi Tanjung Leman. Saja jalan2 sambil bercuti. Yerlah masa cuti sekolah hari tu tak kemana-mana.. Survey dulu kat internet, dah plan nak menginap kat Tunjuk Laut Resort. Tapi on d way gi sana ada signboard besar tulis: Felda Residence at Tanjung Leman. Gambar pun memang nampak menarik. So fikir2 ngan asben kalau budget mengizinkan nak stay situ…

Sampai kat sana.. memang Gah jugaklah bangunan resort tu. Lobby, café swimming pool memang masih baru. Kitaorg tanyalah harga. Tengok2 macam ok jer harga diskaun dia tu.. RM150 satu malam untuk bilik standard. Bila tanya-tanya lagi, reception to tanya, akak dari Felda mana ya? Ha.. heranlah kitaorg.. sebab kitaorg bukan orang Felda.. SO cakap jelah… takde dari Felda, datang sini sebab nampak signboard kat tepi jalan tu. SKali dia kata: Maaf yer kak, kat sini baru soft launch. belum bukak untuk public lagi, khas untuk warga Felda je…. huhuhu… kecewa lah Mila… tak dapatlah nak stay kat situ.

Jadi pada anak-anak Felda yang nak bercuti, ada tempat khas untuk warga Felda nie… Datanglah bercuti kat Felda Residence Tanjung Leman….

Bleh cuci mata kat: FELDA RESIDENCE TANJUNG LEMAN.

Ni Gambar yang Mila sempat ambil dari tepi jalan je…

IMG_2189IMG_2192IMG_2212

P/S: Sapa nak gi, bleh ajak Mila tak? hehehehe

Contest Deqlis: Contest Gambar Kenangan Percutian 2010



Ok, nak masuk contest lagi.. sticky post yer.. kalau nak baca kisah Abah Mila sila kebawah-bawah.. panjang gaklah sticky nie... :)
   



  • Nama Percutian Anda:  Pulau Tioman, sekali pergi pasti nak pergi lagi!



  • Hotel/tempat menginap : 4




  • Makanan : 5




  • Kemudahan: 4




  • Kebersihan: 4




  • Extra Info: jika ada: Bacalah surat untuk Deqlis kat bawah untuk extra info yer.. :) 



  •  
    intro1finalisif



    Friday, January 7, 2011

    Vote Untuk Mila..

    Kawan2, nak mintak tolong… tolong vote untuk Mila… Perasan tak sticky post kat atas tu yang pasal percutian ke pulau Tioman tu? Mila join contest tu suka-suka… tapi syarat dia kena undi ler plak… jadi untuk merancakkan industri undi-mengundi nie… Mila minta tolong jasa baik kawan2 untuk vote entri Mila tu…. Yerlah, penat Mila karang surat tu.. kalau takde orang vote, kesian Milakan.. Smile with tongue out

    Jadi tolonglah VOTE untuk Mila. Cara-caranya:

    1) Pergi kat : http://ellismelia.blogspot.com/2011/01/jom-undi-peserta-contest-deqlis.html

    2) Tolong comment: VOTE NO 20 (ni no Mila) & Mana-mana no yang kawan2 rasa ok. (Mila suka ngan ENtri no 18) kalau kawan2 nak tolong vote no 18 pun ok.  Jadi kat komen tulis: VOTE no 18 & 20 . MESTI VOTE 2 org. Kalau satu je tak dikira….

    Entri Bengang: Potong Q

    Wah… asik entri bengang je kan.. huhuhu.. Tapi tulah… memang minggu bengang agaknya minggu nie….

    Malam tadi Mila dan keluarga gi Tesco. Beli barang dapur sikit2. Masa nak beratur tu, Punyalah ramai orang… Sebenarnya, Mila tak suka sangat gi pasaraya besar2 nie… Leceh.. nak cari tempat parking je dah setengah jam. Pastu kat dalam pasaraya pun ramai plak orang silap2 eksiden troli. Dah pilih2 barang nak bayar plak pergh… memang tensen ler… Lagi2 kalau time orang baru dapat gaji dan waktu cuti..

    Nak dijadikan cerita. Kitaorg round-round konon2 nak cari tempat paling sikit barisan.. tapi memang hampa… semua kaunter penuh dan dah beratur panjang.. Oklah… takperlah.. Asben Milapun beraturlah kat tempat yang sepatutnya. Mila plak tunggu kat depan. Jadi bila turn kitaorg, terus je masukkan troli tu… nak beratur ngan troli macam sempitlah pulak…

    Tup-tup ada sorang manusia nie dengan selamba beratur ikut tepi. Orang lain semua beratur dari belakang… Mila diam jelah… Tapi bila tiba giliran Mila, dia cucok troli tu konon2 nak masuk barisan.. Pergh.. punyalah bengang.. Mila cakap: Miss, orang semua beratur kat belakang, bukan kat sini. Perempuan tu macam dah nak blah dari situ nak cari tempat beratur lain. Dia bagitau suami dia.. Tapi suami dia boleh kata: Eh takkan nak beratur kat belakang tu… ramai orang.. kalau beratur macam tu sampai kul 12pun tak habis bayar nie… Wah…wah… senang je dia cakap. Mila kata: Yerlah, tapi kitaorg dah beratus lama dah kat sini. Dia kata: Alah.. ni kira mcm trafik lightlah… yang tengah jalan dulu, lepas tu yang kanan.. (apa kaitan ntah). Mila muncung je.. Asben Mila plak kata: Eh bang, kitaorg dah beratur lama dari tadi lagi nie…. Brother tu bleh buat dek je.. dia tetap nak masuk line kitaorg. Mila diam je.. tapi bila sampai turn, Mila tolak je troli Mila tak kasi dia potong Q.. Banyak cantik…

    Tapilahkan, Mila perasan satu perkara dalam hal nie… Dalam waktu kitaorg bising2 cakap kena beratur ikut turn, customer lain buat dek jer… Inilah perangai orang kita. Taknak masuk campur urusan org lain. Maksud Mila, kalaulah orang lainpun back-up Mila, mungkin lain kali/lain orang berfikir banyak sebelum suka-suka nak potong Q nie. Ni Mila ngan asben je yang bertekak, org lain memang tak ambil peduli…. huhuhu…

    Monday, January 3, 2011

    Banyak2 Baju, Napa Baju Aku yang Belum Aku Rasmikan Gak yang Ko Pakai!!

    Wahh.. hari ini banyak tension!!!.. Ni lah masalah kalau duduk rumah ramai-ramai…Yerlah duduk dengan adik-beradik ni ada baik dan buruk. Dan hari ni hari yang buruk!!!

    Mila ada beli baju special untuk dipakai waktu re-union sekolah nanti.. InsyaAllah 29 hb Jan ni. Dah simpan elok kat dlm almari.. Tup-tup pagi2 dah dengar org bising nak gi interview. Oklah.. lantaklah, sambung je tido..

    Bila bangun lagi skali tiba2 rasa lain mcm… erm.. ntah2 baju aku jadi korban hari nie… waa…. Mila pun terus merisik kat anak sdara.. tanya org tu pakai baju apa… anak sdara kata yang warna merah.. wah… berdebar-debar lagi dadaku ini… Dengan pantas Mila check almari baju (almari baju kat bilik baju sebab bilik tidur dah tak muat).. Hah!!! sah, baju merah ku menjadi mangsa..

    Ni yang bengang nie… kalau iyapun takde baju nak pakai, napalah mesti pakai baju yang Milapun belum pakai lagi…. tak bleh ke tanya dulu… pakai ler baju kurung ker… Ni tak.. baju itu jugak menjadi pilihan!! Ish.. geram sangat..

    Bila dia balik rumah je Mila bising2.. dia bleh buat muka selamba jer…Mila pot pet ler kata baju tu baru beli, nak pakai nnt re-union belum pakai lagi.. dia bleh kata: Oh ya ke? mak aih.. sabor jerlah…

    Mila sangat2 tak tahan. Dan Mila rasa kalau tak sound betul2 nanti dia buat lagi.. so dengan dia dan asben dia Mila sound lagi. Mila kata: Lain kalai kalau nak pakai baju tu tanya dulu pemilik jangan main hambekk jer… Mila mintak ganti rugi harga baju tu.. Tak kira.. dah tak bleh sabar nie.. bukan kali ni je dia buat harta Mila harta dia…. kalau diam je lenkali buat lagi…

    Wah… tension….. rasa nak mencarut jer nie… uishhh!!!

    Sunday, January 2, 2011

    Bawang Besar 1kg = RM4.50

    Minyak masak dah tak nampak batang hidung.. ntah mana menghilang.. tadi gi bli bawang besar, terkejut tengok harga dia… RM4.50 1kg! Pergh.. mahalnya… dulu seingat Mila, baru RM1.50 jer. Ni naik berganda-ganda. Apalah nasib..

    Dulu-dulu masa Mila kecik, Mak Mila masak guna bawang merah yg kecik dan comel tu. Tahun bila ntah harga bawang naik… terus Mak guna bawang besar je, sebab bawang besar murah. Ni bawang besar pun dah mahal.. alahai masak tak guna bawanglah lepas nie…. huhuhu…

    Saturday, January 1, 2011

    2006, 2007, 2008, 2009, 2010

    Terkenang kata-kata Abah Mila…

    “Apabila kita di akhir tahun, nilaikanlah tahun itu. Adakah lebih baik dari tahun sebelumnya, atau lebih teruk. Kalau lebih baik, Alhamdulillah, kalau tidak.. cuba periksa kenapa jadi begitu dan perbaikilah tahun yang mendatang.”

    Jadi pada setiap hari terakhir tahun Mila akan nilaikan kehidupan Mila sikit2..

    2006 – Tahun 2006 Mila mendapat rahmat yang tak terhingga kerana melahirkan anak yang kedua. ALhamdulillah..

    2007- Mungkin tiada apa perkembangan pada tahun 2007 Mila hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa..

    2008 – Mula aktif dengan internet dan berkenalan dengan beberapa kawan di luar Malaysia. Juga mula mengintai peluang menjana pendapatan sampingan dengan internet. Anak sulong mula sekolah di tadika. Telahpun membuat blog tapi setakat 2 posting saja… hehehe

    2009 – Terjumpa peluang perniagaan secara online. Mila membuka sebuah butik pakaian kanak-kanak berjenama (Kids Secret Boutique) berhampiran dengan rumah dan juga menjual secara online dengan blogshop.

    2010 – Melebarkan sayap perniagaan pakaian kanak-kanak dengan menjual secara borong. Juga menerbitkan e-book. Anak pertama memulakan persekolahan rasmi di darjah satu. Oh… Alhamdulillah tahun nie (2010) hutang bayar kereta langsai..

    Adakah 2011 akan menjadi lebih baik? Mudah-mudahan…

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...