Iklan

Thursday, November 25, 2010

Duit Itu Dicampak!!

Tiba-tiba teringat zaman belajar. Mila dulu belajar kat Kolej je.. tak layak masuk Universiti… Waktu tu PTPTN belum wujud, jadi semua perbelanjaan di tanggung sendiri. Memandangkan Abah Mila bekerja sendiri takde slip gaji…agak susah/mustahil nak dapat loan. Abahlah yg bekerja keras untuk menyara perbelanjaan kolej Mila.

Nak dijadikan cerita, kolej tu ada masalah kewangan sebab ramai student yg tak bayar. Yerlah kolej janji nak tolong diorg dapatkan loan, tapi semesta demi semesta berlalu, loan tak lepas2. ALhamduliLLAH Abah Mila masih mampu bayar yuran kolej tu. Tapi pada tahun kegawatan ekonomi 1997, perniagaan Abah terjejas. Milapun buat keputusan untuk delay semester. Jadi takyah bayar untuk semester tu.

Semester berikutnya, bila ekonomi agak stabil, Mila kembali ke kolej membawa duit yuran. Mila terus beri duit tu kat kerani. Tiba-tiba datang lecturer ni ambil duit tu. Tak pasal-pasal dia campak duit yg Abah Mila kerja keras nak dapatkan tu! Mila terkaku, tak terkata apa-apa. Cuma Mila diri je kat situ dan tak ambilpun duit tu… Biarlah lecturer atau kerani tu yang ambil balik…

Kerani tu heran tengok lecturer tu, terus dia kutip balik duit tu… Hm.. Napa agaknya lecturer tu campak duit tu… Marah kat kolej tak bayar gaji dia ke, marah kat Mila bayar lambat? huhuhu…

1 comment:

  1. tak patut lecturer buat cam tu, payah payah orang cari duit dia senang2 campak duit orang, tak guna betul kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...