Iklan

Wednesday, November 3, 2010

Sambal Tumis Siput


Hm... banyak gila siput yang kitaorg kutip hari Ahad hari tu. Mila rasa, minggu ni masak siput 3 hari berturut-turut. Yelah, nanti masak lambat2 mati siput2 tu rugi dan membazir jer... hm.. oklah.. Mila kongsi resepi biasa.. selalu org masak siput nie masak lemak cili api atau masak asam keladi, tapi keluarga Mila biasa masak sambal tumis... sedap... kalau tak percaya bleh cuba. Resepi ada kat bawah nie... :)


Bahan-bahan
1kg siput
20 keping lada kering (boleh tambah jika nak lagi pedas) - gunting dan rendam dlm air panas biar lembut*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit *
1 inci halia*
setengah inci belacan* bahan* dikisar halus
1 setengah sudu besar asam jawa yang dibancuh dengan setengah cawan air
1 cawan minyak masak
Garam, Gula dan serbuk perasa(jika mahu) secukupnya.

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau selalu hingga garing/bahan kisar pecah minyak.
  3. Masukkan siput yang sudah disiang dan dibersihkan. Kacau rata.
  4. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa(jika mahu) secukupnya.
  5. Kacau sebati dan perlahankan api. Reneh sehingga isi siput masak (7-15 minit).
  6. Angkat dan sedia dihidang.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...