(Tidak dibayar untuk membuat review, malah membayar untuk menginap :)
Gloria Maris Resort terletak di Jalan Beserah-Kuantan, Pahang. Hm.. Mila dan keluarga menginap kat sini hanya untuk tidur dan merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan esoknya. Beharga RM84 (termasuk cukai) sangat berbaloi memandangkan dua-tiga tempat sebelum tu, kitaorg survey harga RM130 keatas. Chalet yg kitaorg stay ada dua single bed. Single bed dia besar gaklah.. satu katil tu muatlah 1 dewasa dan 1 kanak2. Sesuai dengan keluarha Mila (2 dewasa, 2 kanak2). Dalam bilik ada TV, aircond, kipas syilling, meja, cermin dan almari. Hampir semua perabot agak uzur.. tapi masih boleh digunakan.
Bilik air pula ada water heater yg berfungsi dengan baik. Cuma kebersihan bilik air agak mengecewakan, tapi masih ada maaf...
Pada Mila, kalau nak tidur satu malam, dengan harga yg berbaloi memang sesuai stay kat Gloria Maris nie. Lebih baik kita bawa selimut dan tuala sendiri kerana selimut yg diorg sediakan kurang selesa, agak kasar. Tuala pula agak nipis.
Servis pula agak bagus. Walaupun takde breakfast, tapi kitaorg dtg malam2 kul 9mlm, kakak yang handle reception tu ok jer.. Takde nak masam muka ke apa ke.. Tetap tersenyum melayan tetamu.. :)
Oh ya, kat sini dekat dengan laut, jadi boleh dengar desiran ombak... cuma Mila tak sempat meneroka lebih lanjut kat situ. Jadi tak pasti samada boleh atau tidak terus ke pantai dari dalam resort tu.
Lagi satu, ada swimming pool kat sini yer.. Ha.. kan.. memang berbaloi dengan RM84 tu, siap ada swimming pool lagi. Walaupun kecik, tapi kalau untuk rendam dan bersuka-ria kejap dengan keluarga ok sangatlah... :)
Lagi satu, ada swimming pool kat sini yer.. Ha.. kan.. memang berbaloi dengan RM84 tu, siap ada swimming pool lagi. Walaupun kecik, tapi kalau untuk rendam dan bersuka-ria kejap dengan keluarga ok sangatlah... :)
Kesimpulannya, untuk sekadar berehat, dan tidur dengan harga yang berbaloi Gloria Maris Resort ni memang sesuai. TAPI pada yang dah biasa dengan Hotel yg ada bintang tu, tak payahlah singgah sini.. BTW, resort ini diuruskan oleh ahli keluarga jer..
Nama Tempat: Gloria Maris Resort (Budget Hotel)
Lokasi : Jalan Beserah-Kuantan (Kuantan, Pahang)
No Contact : 09-5445271
Website Rasmi: Tiada
Harga: 1 malam hari biasa/hujung minggu = RM84 termasuk cukai
* Rating
o Nilai Kepada RM = 5 dari 5 bintang
o Bilik = 2 dari 5 bintang
o Lokasi = 3 dari 5 bintang
o Kebersihan = 1 dari 5 bintang
o Servis = 4 dari 5 bintang
* Tarikh Menginap = 13 November 2010
* Tujuan Menginap = Untuk rehat 1 malam sebelum meneruskan perjalanan.
kitorang satu keluarga selalu lepak sini dulu... Dulu2, resort ni lagi bagus.. ade restoran, karaoke, tmpat bbq...
ReplyDeletesekarang, sederhana aje..
nakg panatai ade jalan kt sebelah resort 1st...
missn: ooo... skarang resort dah lama agaknya... restoran takde dah...
ReplyDeletesaya pun penah tdo sini..ms tu menghantar adik saya kawen ngan org kg beserah..so sewa lah sini..aah wlopun tak berapa tpi oklah kan...berpatutan dgn harganya..yg pntg tepi laut...sejuk jer
ReplyDeletekuntumz: Yep.. we get what we pay for...
ReplyDeleteSaya membesar di resort ini pada waktu kegemilangnya. Masakan barat yang tiada tandingan. Malam2 live band dan ada bar. Pagi2 bau haruman roti yang di buat fresh. Chalet yang sentiasa penuh.
ReplyDeleteSayang sekali.. semua tinggal kenangan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete