Iklan

Monday, November 15, 2010

Resepi Sambal Sotong Bersos Tiram


Hari ni mak mertua Puasa Sunat. Since Mila tak puasa.. :p Mila masaklah untuk lunch.. Takkan nak suruh/tunggu mak mertua masak plakkan.. Kenalah buat dapur tu mcm dapur sendiri.. hehhe. Ok.. mula-mula ingat nak buat sotong masak hitam je. Senang, potong2 je takyah blender.. Tapi tetiba asben dtg cakap: Yang... masak macam yg Ayang masak masa makan damai ritulah... masak sos tiram. Ok ler... since dah ada permintaan, sebagai isteri mithali, Mila ok jer... so inilah hasilnya... Masakan ni adalah anatara menu MESTI masak kalau buat makan damai bagi Mila... :)

 Bahan-bahan:
1/2 Kg Sotong Putih (Di bersihkan, lalu di kerat bulat-bulat tak putus)
2 Ulas Bawang Putih*
2 Ulas Bawang Besar*
10 Tangkai Cili Kering yg digunting dan direndam air panas*  Bahan * di kisar halus
1 Btg Serai - Dititik
1/2 Cawan Minyak Masak
8 sudu besar sos tiram (boleh ditambah/dikurang ikut selera)
Garam, Gula, Ajinamoto (jika mahu) secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus air bercampur garam sehingga mendidih. Masukkan sotong, biar sehingga sotong separuh masak, Toskan
  2. Tumis bahan kisar dengan minyak masak sehingga garing/minyak pecah.
  3. Masukkan serai, kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan ajinamoto (jika mahu) secukup rasa.
  5. Kacau rata, lalu masukkan sotong yg telah direbus tadi. Gaul sebati, sedia di hidang. 
Sambal Sotong Bersos Tiram
(Kalau untuk makan damai, kenalah hiasan lebih2, since ni nak makan biasa je... takde hias2...)



2 comments:

  1. Nampak mcm senang nak buat nie.. boleh la try!
    Mekasih share resepi...sy nk suka memasak tau :)

    ReplyDelete
  2. Ha ah.. senang je... bahanpun sikit jer... cubalah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...