Iklan

Monday, November 1, 2010

Aktiviti Masa Santai


Ritu Mila ada cerita pasal gi piknik ngan Abah waktu dulu2. Hari Ahad 31 October 2010 Mila berjaya melakukan apa yg Abah pernah lakukan dengan kami sekeluarga. Tapi kali ni Mila pergi dengan asben, anak-anak, mak Mila, bapak tiri, adik Mila, suami dia dan anak dia. Kami pergi naik bot mencari siput sambil memancing.
Dulu2 masa Abah Mila ada bot, kalau takde apa nak buat memang Abah akan bawa kami sekeluarga naik bot dan cari siput. Seronok sangat dapat cari siput sambil mandi laut. Abah akan bawa bot ke celah2 pokok bakau. Bila sampai tempat yg sesuai dan nampak ada siput, Abah akan ikat bot kat dahan atau ranting pokok. Pastu sapa2 yang berani nak cari siput dipersilakan turun bot.. Kalau dulu memang Mila dan Mak yg akan cari siput. Jalan2 kat celah2 pokok bakau ni mencabar keberanian mental dan fizikal gak.. Kadang2 terjumpa ular, kadang2 tersadung akar2 pokok.
Waktu yang paling sesuai mencari siput adalah pada waktu air tengah pasang penuh. Sebab waktu ni siput2 akan bergayut kat dahan2 pokok, jadi kita senang nak lihat siput2 nie. Siput ni jenis haiwan yang tak hidup dalam air. Jadi kalau air surut, memang susah sangat nak nampak sebab siput ni kat atas/dalam lumpur.
Ada 3 jenis siput yg selalu Mila dan keluarga kutip.

SIPUT TIMBA


SIPUT MATA MERAH (Ada warna merah kat isi siput ni)



SIPUT HIJAU/BIASA


Siput2 lain kitaorg tak kutip sebab memang dari keturunan nenek moyang :) tak kutip siput2 lain. Mila paling suka siput Timba, siput timba ni susah nak jumpa kat pasar2. Tak pernah lagi nampak org jual. Rasa dia lebih lemak dari siput2 lain dan tak pahit. Kalau Abah Mila dia suka siput sedut biasa... almaklumlah org berusia nie suka benda pahit2 sikit... heheh Mila tak suka siput sedut biasa tu... pahit sikit ler rasa dia.... Ha kat atas tu gambar2 siput yg baru tadi Mak Mila kutip... Esok lusa Mila akan bagi resepi masak siput plak....

Tips nak simpan siput2 ni supaya tak lari.
Letak siput2 dalam bekas tinggi seperti baldi, sapu kapur makan (kapur sireh) 3 inci lebar atau lebih di sekeliling baldi tadi. Baldi tidak perlu ditutup kerana siput2 tidak akan keluar dari sempadan berkapur tadi.

9 comments:

  1. Mana tau, siput siput tu boleh dijual dengan harga tinggi as artifact :)

    ReplyDelete
  2. siput sedut masak lemak cili padi pedas2,,sedap gile..tp mkn kt umah la..kt luar segan..org pndang jer ms kite duk sedut2 tu

    ReplyDelete
  3. lamanya tak makan siput sedut ni..
    btw.. congrats menang GA prokesihatan juga
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  4. Servant: artifact? hahaha..
    Mazlin: 3 hari masak lauk siput jer ni.. muakplak rasanya..
    nur: TQ, tahniah kat awk gak... :)

    ReplyDelete
  5. saya ni orang darat, memula kawen dgn org laut dulu ipar duai ajak cari siput sedut, habis semua jenis siput saya angkut, bila sampai rumah memang jadi bahan ketawa. hahaha

    satu lagi petua nak simpan siput, kat dalam baldi tu letak hampas kelapa, nescaya selepas sehari di simpan, siput lebih sedap dimasak.

    ReplyDelete
  6. Ardzham: heheehe.. sama mcm asben Mila.. semua siput dia kutip... wah petua hampas kelapa baru ni tau.. bleh try.. tq bg info...

    ReplyDelete
  7. ni smua siput air masin ek?shino bese mkn siput sedut sg je...x prnh plak rse siput ni...sdp x ek...ehehe...

    ReplyDelete
  8. Bujang Susah: Blog awk pun amat bermanfaat.. :)
    Shino: yup siput air masin, Mila tak pernah plak makan siput sg.. jd tak tau camna nak compare.. hehehe

    ReplyDelete
  9. sedapnye la siput. terliur pulak tgk siput2 ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...