Iklan

Tuesday, November 30, 2010

Pelancaran E-book Pertama Mila

Busy sket dua-tiga hari nie… Mila ada projek buat e-book sebenarnya. Kalau perasan kat sebelah kanan tu ada gambar e-book tu. Ha.. sapa2 yang nak start biz baju budak bolehlah beli e-book tu. Sangat berguna dan banyak panduan.. :)

Mila kongsi pengalaman dan pengetahuan Mila sepanjang Mila buat biz baju budak. Harap2 dengan e-book ni dapat membantu lagi ramai usahawan/usahanita kat Malaysia nie…

Kalau sudi, jenguklah blog jual e-book tu kat SINI ya..

header

Monday, November 29, 2010

Free Lap Top from Sony Ericsson

Bukak2 emel nampak subject tu..

Wah.. best nie.. sapa tak nak benda free kan.. So, Mila baca.. wah mcm senang je syarat dia… Just forwardkan ke 8 org atau 20 org, bleh dapat FREE. Kadang2 benda2 senang mcm ni Mila akan buat terus… yerlah, taknak lepaskan peluang.. Tapi hari ni terlebih rajin.. buat research sket..

sny22

snyhoax 

Kesimpulannya, memang SCAM. Huhuhu.. punah harapan nak dapat FREE laptop… Model T18 ngan R320 tu bukannya laptop pun, cuma handphone lama yg sudah tak wujud dah pun. Dulu pernah dapat emel yg kata forwardkan ke beberapa org, bleh dapat RM ribu-ribu… pun SCAM je… Mcm2 cara org SCAM nie kan.. Tapi yg Mila tak paham, apa tujuan diorg SCAM unsur forward2 emel nie? Ada dapat untung ke?

Lambat Tapi Tetap ikhlas

Dah lama nak buat entri nie. Tapi tu lah… asik terlupa je… Ni dah teringat, buat terus.

Sebenarnya terharu sangat dengan blog NUKILAN GADIS KAMPUNG nie. Dia buat entri Khas untuk Blog Abah Mila nie walaupun Mila tak kenal lagi ngan dia masa tu… Bleh baca entri dia kat SINI>>

Walaupun entri penghargaan nie lambat, tapi tetap ikhlas… :)

TQ sangat-sangat yer.. Gadis Kampung..

Sunday, November 28, 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Iklan jap.. :)

Idamkan

Blackberry-Bold-9780-e1288333356579 

Blackbery Bold 9780

ATAU

Impikan 

official-blackberry-torch-9800-2

Blackbery Torch 9800

Dapatkannya pada kadar
yang sangat berbaloi!!!!

Check out CelcomBiz Package at:

71

Cari Siput Lagi

Ahad (28hb Nov) Mila and famili gi Sungai kat Kpg. Perigi Acheh. Ekspedisi disertai 7 dewasa dan 3 kanak-kanak. Naik bot takde enjin, kena kayuh je. Kalau beberapa minggu lepas, Mila tak turun bot cari siput. Mila cuma duduk dlm bot tu jaga anak2. Tapi kali ni, Mila mengapak dlm hutan belukar, mencari si siput.

Perasaan takut tu ada jugak, yelah dlm hutan biasa ada ular… Alhamdulillah Mila tak bertemu dengan haiwan liar tu. :) Oh kali ni tersilap masa cari siput, patutnya cari masa air tengah penuh, tapi kali ni tak sabar2, air belum penuh dah cari. Pada awal tu memang tak banyak siput. Sebab tak nampak siput tu. Tapi, nampak sejenis makanan cangkerang. Mila dapat kutip Berongan. Hm… tak pernah makan berongan ni sebenarnya. Mak kata sedap… ntahlah… Kalau gong-gong tu sedap gak.. Eh.. lupa nak ambil gambar Berongan tu…  ni Mila ada Google, kalau nak tengok rupa dia bleh klik SINI. Mila tak letak kat blog ni takut copyright… :)

Oh ya, sambil Mila cari siput, asben Mila duduk dlm bot memancing… Hasil hari ni tak banyak.. dapat 2 ekor ikan dan seekor ketam sesat.. Ish… bilalah nak dapat ikan besar ni… Sapa tau port mancing area Johor yg best, bleh info Mila yer…

Saturday, November 27, 2010

Dari Customer Menjadi Kawan..

Wah… akhirnya buat blog gak kawan akak sorang nie.. Oppss tetiba jadi akak plak.. Tu ler Mila kalau ngan dia nie memang jadi AKAK.. Tua dah… Dia merupakan customer Mila, tapi dah jadi kawan sebab kitaorg selalu mesyuarat kat YM tu.. hehehhe..

Lama dah Mila ajak dia buat blog, tp dia kata nantilah, takde idealah… tadi tengok2 mcm kenal je awek nie…. Ooo patutler.. memang kenalpun…. Baguslah dia dah dapat hidayah nak berblog… teruskan ya..

Nak tau sapa.. bleh ler kenal and follow dia… sama-sama kita meriahkan dunia blog…. Jom TERJAH KAMBING GOLEK!

kmbg

Cerita Dacing

Undilah dacing, kerana dacing itu tidak berat sebelah… Eh.. tetiba masuk bab politik plak nie… Takdelah… Semalam Mila masak kek tu ada guna dacing. Yerlah nak timbang berat tepung, gula semua tu… Dacing yg Mila guna nie dacing yang besar, bukan penimbang utk buat kek tu… Masa Mila tengah sebuk2 kat dapur, Abah Mila nampaklah gula atas dacing tu. Dia kata: Hai.. buat kek sampai pakai dacing ni? Mila kata: Yerlah.. nak sukat berat tu mana bleh campak2 je, kang tak jadi plak kek tu… Abah geleng kepala je…

Mila teringat memori lama…. Dulu Abah jual ikan, kenalah guna dacing. Dacing yg biasa je, bukan yg mcm sekarang ada auto kira tu… Abah selalu marah kalau Mila atau adik Mila duduk atas dacing tu.. Konon2 nak timbang berat badan… hehehe… Marah betul abah… Yerlah, dacing tu kan nak guna untuk timbang ikan yg org nak beli, kalau dah timbang berat badan yg memang berat ni, nnt rosak. huhuhu.

Sekarang ni Giliran Mila plak marah anak Mila kalau diorg main ngan dacing. Mila plak guna dacing tu untuk timbang berat barang nak pos… Senang nak budget kos pos. Eh, masa nak beli dacing tu ingatkan RM30 jer.. rupa-rupanya RM55++… Bleh tahan mahal… kalau yg ada calculator automatik tu mesti lagi mahal… Patutlah Abah marah kalau salah gunakan dacing tu… Mahal rupanya nak beli lagi… hehehe…

Ni lah rupa dacing Mila skarang nie… Cover plastik dah retak, dulang alas dia dah hilang anak2 kerjakan… Takperla masih bleh guna lagi…

Image0267

Cream Cheese Cake With Strawberry Jam

Oh my GOD!!! Its soooo swEEEt, sooo creamy… I still taste the sweetness in my mouth. Dah lama nampak resepi ni kat blog Kak Ummi Kuantan, tapi baru berkesempatan nak mencuba… Mila ni kdg2 suka gak eksperimen  dengan resepi… Kdg2 jadi, kdg2 hampeh… hehehe.. Kalaulah ikut resepi Kak Ummi memang dah ok sangat dah.. Tp Mila ubah sikit jer.. konon2 nak lebih perisa..

Mila tambah jem strawberi kat adunan tu.. Yerlah makan kek keju plain je mcm tak best sangat… hehehe.. Makan kek tu mengingatkan Mila saat makan scone dengan jem strawberi ngan whip cream kat Cameron Highland. Yum, yum… Tapi memang agak manis ler… lenkali kena kurangkan sukatan gula atau tukar Jem Blueberi yg tak manis sangat…

Oh ya, ni second time dlm hidup Mila buat cheese kek. First time, 4 tahun dulu, sangat mengecewakan…. Tapi kali nie menjadi.

Actually I was a nervous wreck baking this cheese cake! I SELDOM bake good cake. Always the middle not rise too well. But this time it was quite good. TQ Kak Ummi Kuantan for inspiring me to bake cheese cake again!

 IMG_2169SNC00302  SNC00304 SNC00305

Resepi Asal bleh tengok kat SINI. Beza dia, Mila letak jem strawbery kat adunan kek tu.

SNC00306 Lembut, manis, lemak.. ahhh…

Friday, November 26, 2010

Blogwalking Dilemma

Nak tambah trafik? (sori asik citer pasal trafik je rini… ) Satu cara yang Mila guna ialah blogwalking. Ada org kata bagus, ada org kata tak guna… mcm2 komen…

Pendapat peribadi Mila, blogwalking ni amalan yang sihat. Yerlah sapa nak terjah blog kita, kalau kita sendiri tak rajin terjah blog org lain. Lainlah kalau blog kita memang dah dikenali… Kalau sehari dah ribu2 hits, takyah blogwalking pun takpe.. memang org akan dtg blog kita nie..

Tapi macam blog Abah Mila yang baru nie, yg memang tak dikenali/disukai ramai nie, Mila kenalah rajin terjah blog org lain… Tapi ada gak org tak suka pada org yg blogwalking nie… especially yang cuma tulis komen kat shoutbox/shoutmix tu.. huhuhu… Salah ker kalau kita blogwalking? Kan kita bg hits kat blog diorg gak.

Ni ada blog yg dibuat khas untuk org yg suka blogwalking mcm Mila nie.. Kita bleh letak link kita kat blog tu, dan insyaAllah org lain akan terjah blog kita.

Oh ya, blogwalking ni Manual yer.. bukan auto/auta.. :)

Bleh gi sini kalau berminat…

bw



Trafik Oh Trafik, Di Manakah Dikau?

Usia blog Abah Mila ni, baru je jejak 1bulan lebih. Trafik ke blogpun tak banyak.. Cuma 5k untuk sebulan, purata 166 sehari hits, termasuk yg Mila klik sendiri untuk check apa yang patut..
Macam2 cara Mila buat untuk cari trafik, bukan gila glemer atau nak popular, cuma kalau boleh dapat duit sampingan dari Nuffnang kan best gak… Tapi buat masa ni belum ada rezeki lagilah..
Blogwalking, tinggal jejak/komen kat blog2 lain, join contest/GA, ping kat innit, facebook semua tu Mila dah buat. Tapi macam kurang hasil. Maybe content blog Mila ni tak berapa nak best… :)
Akhirnya Mila terjumpa trafic exchanger.. FREEE je..  Mila join Trafik exchanger nie supaya blog Mila ni adalah pelawat… Taklah sepi jer kan… Konsep dia mudah. Kita surf web org lain, dan org lain CONFIRM akan surf balik blog kita. Senang citer, kalau kita surf 1 website, blog kita akan disurf balik dr Trafik exchanger sebanyak 1 kali gak. Kalau kita rajin, ada masa, surf 50 web, 50 kali gaklah org akan surf blog kita.. yang bestnya, CONFIRM dapat hits tu.. Yerlah kalau blogwalking atau tinggal komen, belum tentu owner blog tu akan balas ziarah.. busy ke, tak perasan ke kan…
Kalau kawan2 nak tambah trafik, blehlah try kat banner nie… Tak paksa yer… :) Mila join sebab FREE!! :)
Popular 1:1 Traffic Exchange

Thursday, November 25, 2010

Duit Itu Dicampak!!

Tiba-tiba teringat zaman belajar. Mila dulu belajar kat Kolej je.. tak layak masuk Universiti… Waktu tu PTPTN belum wujud, jadi semua perbelanjaan di tanggung sendiri. Memandangkan Abah Mila bekerja sendiri takde slip gaji…agak susah/mustahil nak dapat loan. Abahlah yg bekerja keras untuk menyara perbelanjaan kolej Mila.

Nak dijadikan cerita, kolej tu ada masalah kewangan sebab ramai student yg tak bayar. Yerlah kolej janji nak tolong diorg dapatkan loan, tapi semesta demi semesta berlalu, loan tak lepas2. ALhamduliLLAH Abah Mila masih mampu bayar yuran kolej tu. Tapi pada tahun kegawatan ekonomi 1997, perniagaan Abah terjejas. Milapun buat keputusan untuk delay semester. Jadi takyah bayar untuk semester tu.

Semester berikutnya, bila ekonomi agak stabil, Mila kembali ke kolej membawa duit yuran. Mila terus beri duit tu kat kerani. Tiba-tiba datang lecturer ni ambil duit tu. Tak pasal-pasal dia campak duit yg Abah Mila kerja keras nak dapatkan tu! Mila terkaku, tak terkata apa-apa. Cuma Mila diri je kat situ dan tak ambilpun duit tu… Biarlah lecturer atau kerani tu yang ambil balik…

Kerani tu heran tengok lecturer tu, terus dia kutip balik duit tu… Hm.. Napa agaknya lecturer tu campak duit tu… Marah kat kolej tak bayar gaji dia ke, marah kat Mila bayar lambat? huhuhu…

Sup Ayam Simple

Masakan yg simple dan sedap pada Mila ialah SUP. Sup Ikan, Sup Ayam, Sup Daging dan mcm2 sup lagilah.. Abah Mila suka Sup Ikan Tenggiri atau Ikan Merah. Memang marvelous. Tapi memandangkan ikan2 tu susah sket nak dapat.. Buat Sup Ayam pun jadilah… :)
sup2
RESEPI SUP AYAM SIMPLE
Bahan-bahan:
2 Ulas Bawang Putih - Di hiris nipis
2 cm halia - Di hiris nipis
3 Ulas Bwg Merah (Bwg Kecil) - Di hiris nipis
3-4 Btg Daun Sup
500 Gram Ayam - Dipotong kecil2
2 Sudu Besar Minyak Masak
500 ML Air
Garam, Bahan Perasa (jika mahu) secukupnya
1 peket Rempah Sup Tulang Adabi (mengandungi: Sup Bunjut, Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Lada Putih Dsb..)
Cara-Cara:
1) Panaskan minyak masak, kacau goreng bwg merah sehingga perang.
2) Masukkan hirisan bwg putih dan halia. Kacau sekejap.
3) Masukkan pula rempah sup tulang, Kacau sebentar.
4) Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
5) Letakkan ayam, kacau sebentar dan perlahankan api.
6) Reneh ayam sehingga masak, masukkan daun sup, garam dan bahan perasa.
7) Kacau sebati. Sedia dihidang.
sup1Hirup sup panas-panas…. slurrrrpppp… :) 

Wednesday, November 24, 2010

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah ..

ben

Lama tak masuk contest… :) dah lama nampak contest anjuran BEN ni, tapi takde idea nak masuk.. Tup-tup hari ni ada idea plak… so layan jelah… Sapa-sapa ada idea lagi menarik bleh join kat SINI.

OK, Taknak citer panjang, Mila nak bg BEN hadiah ni:-

htc 4skins

ATAU

htc 4skinsben

Mila nak bagi hadiah tu sebab Mila ada baca, yang Ben sayang sangat ngan HTC HD2 dia tu... Gel Skin tu bagus sangat untuk protect HTC Ben tu dan untuk menceriakan lagi hari2 Ben. Yerlah.. tiap2 hari ngadap HTC tu, kalau skin dia menarik, semakin semangatlah Ben menatap HTC tu, nak-nak plak kalau letak gambar berdua ngan Pn Azila. :) Semua total = USD$14.95 + USD$3.95 Shipping (USPS) = USD$18.90 = RM60.48 *Exchange rate on 24th Nov. Oleh kerana Mila ada bussiness online sendiri, jadi duit tulah yg Mila akan guna utk beli hadiah Ben… ;)

Ya, Hello…

"Ya, Hello."
"Kat Mana tu?"
"Oh... tak boleh, tak boleh."
"Saya di rumah, jauh.."
"Maaf ya... tak boleh."

ATAU.. :
"Ya, Hello."
"Kat Mana tu?"
"Oh... ok, ok."
"Kejap lagi sampai.."

ATAU.. :
"Ya, Hello."
"Kat Mana?"
"Oh... tak boleh, tak boleh."
"Saya demam.."
"Maaf ya... tak boleh."

Tu ler antara dialog Abah skarang ni kalau org telefon.... :)  Sebuk betul Abah bekerja..


P/S: Abah gigih bekerja walaupun anak-anak dah besar....

Tuesday, November 23, 2010

Trip Ke Sunway Lagoon

Banyak kali gak sebenarnya dah pergi Sunway Lagoon nie. Tapi Trip pertama kali ke Sunway Lagoon dengan Abah adalah trip yg Mila paling ingat.. Masa tu Mila umur 15 tahun (kalau tak silap). Tahun 1993 Sunway Lagoon baru je bukak. Kitaorg gi Sunway Lagoon tu ramai-ramai naik van. Mak, Abah, adik beradik Mila, anak kakak Mila, sepupu Mila lebih 10 oranglah rasanya. Tapi muat je sebab budak2 lagi masa tu.

Abah ni pelik sikitlah pada Mila. Yerlah, dahlah subuh2 bertolak dari Johor, sampai Sunway Lagoon tengahari, tup-tup sampai sana, Abah tak masukpun Sunway Lagoon tu. Dia lebih suka duduk tunggu dalam van. Tapi Mila tak enjoy sangatlah masuk Sunway Lagoon tu.. yerlah.. kena pakai baju mandi segala… dahlah Mila pakai tudung… jadi gi situ takleh mandipun.. just main yg fun park tu je. Makanan mahal plak tu… huhuhu…

Agaknya apa perasaan Abah tak masuk dlm Sunway Lagoon tu.. Duduk dlm van takde aircodn berjam-jam. Tapi memang Abah jarang nak join kalau gi tpt2 camtu. Dia cuma bawak kitaorg, tapi dia tak join. Mila ingat lagi, Abah pernah bawak kitaorg gi London Circus, tapi Abah tak masuk tengok Circuspun. Macam biasa dia akan duduk kat dlm van je…

Monday, November 22, 2010

Tag Dari Nad

Blog Abah Mila di Tag oleh Nad.. jadi Mila jawab sebaik mungkin yer…

1) Ape yg paling penting dlm hidup korang? = Kestabilan Institusi Keluarga
2) Benda terakhir korang beli guna duit sendiri? = Macam2 bleh tengok kat entri nie.
3) Adakah korang bercinta sekarang? = Yep..
4) Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang? = Selagi ada hayat.
5) Di mana korang akan jumpe kekasih korang? = Dah Jumpa dah kat Stesen LRT Central Market.. :p
6) Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli? = Novel Obsidian Prey oleh Jayne Castle
7) Apakah name penuh korang? = Sarmila Binti Sahak
8) Antara mak dan ayah korang, yg mane korang lebih mesra? = Mak
9) Namakan org yg betul2 korang nak jumpe dlm hidup korang? = Clemens Demel, kawan online dah 9 tahun.
10) Namekan tempat yg korang betul2 nak pergi?= Austria
11) Pilih salah satu.. peluk atau cium? = Peluk
12) Beritahu 3 perkara tentang orang yg tag korang? = Nad seorang kawan blog, Dia follower blog saya, sayapun follow blog dia, Blog kitaorg di follow gak oleh blogger tersohor : Mat Gebu..
13) 5 benda yg korang syg sgt2 dlm hidup korang? = Handbag, Kamera, Set Periuk Stainless Steel, Lap Top & Aircond
14) Bila tarikh lahir korang dan kat mane korang sambut tahun lepas? = 26 March 1078 thn lepas tak sambut..
15) 5 blogger yg korang nak tag? = 1) Hairil Rizal  2) Yasmin Hamid  3) missSenget  4) Sasa Al-Sharif  5) Ceym   
16) Cerita sikit pasal blogger pertama yg korang tag? Hairil Rizal sangat baik sebab dia rajin blog pasal blog org lain… :)

Sunday, November 21, 2010

Belacan Punya Hal..

Hari ni masak Laksa Penang. Bahan utama yg mesti ada = belacan. Mila ni jenis yg particular sangat. SO, kalau belacan tu mesti jenama tertentu je yg Mila guna. Asben yg beli bahan2 nak masak laksa semalam. Dulu memang Mila guna jenama Kassem. Tapi sekarang belacan jenama tu dah tak best plak.. Asben plak tak tau jenama terkini yg Mila guna. Dia belilah si Kassem tu… Bila Mila nak kisar bahan2 tu tengok2 belacan yg Mila tak berkenan.

Apalagi, berhenti terus mood nak masak tu. Huhuhu…. Asben cepat2 gi kedai cari belacan lain… Alahai dia bawak balik belacan jenama Kampung…. BUKAN Pilihan Mila. Pastu Mila cakapler… beli belacan jenama ARASA. Asben kata takde, kat kampung ni ada belacan Kampung ni je… huhuhu.

Tak puas hati betul kalau tak dapat belacan yg berkenan.. SO Mila siap2, pakai tudung ajak asben gi pasar pagi.. Jauhlah jugak.. tapi belacan punya pasal takperlah… asben ikutkan jer… :). Akhirnya dapat gaklah belacan yg berkenan kat Mata ni walaupun bukan Jenama ARASA tu…

Kalau masak laksa, Jenama Belacan, Jenama Petis mesti yg Mila suka.. kalau tak, memang tak buat. Ha… ikan plak, mesti guna Ikan Tingkol Putih… Mila tak buat laksa guna ikan kembong…

OK…. Ni ler Laksa yg telah selamat di makan.. Resepi tak bagi sebab banyak dah resepi Laksa Penang ni… bleh google jer…

IMG_2205 IMG_2206

Laksa Penang MESTI makan dengan Petis. :)

IMG_2210

Latihan Lumba Bot

Tengah asyik melayan blog kawan2 tiba terdengar sayup-sayup bunyi enjin. Hm.. buat apalah agaknya diorg tu. Asben Mila gi jenguk. Dia kata anak sedara tu buat latihan bot. So Mila suruhlah asben ambil gambar.. bleh share kat sinikan… :)

Sedara Mila (belah abah) rajin masuk pertandingan lumba bot. Ish… teringat dulu-dulu kat area rumah Mila nie banyak kali acara pesta laut diadakan. Tapi sekarang dah tak buat dah… laut dah sempit.

Tengok jelah gambar dan video yer.. tak tau Mila nak citer panjang2… :)

Kalau nak tengok live, bleh click >> Video Latihan Lumba Bot

IMG_2199 IMG_2201 IMG_2202 IMG_2193 IMG_2194 IMG_2198

P/S: Katanya Minggu depan diorg ke Muar, ada pertandingan..

Jangan Pisahkan Abah Dan…..

 

Jangan pisahkan Abah Mila dan Nasi!… :) Cliche kan.. tapi tulah.. org Melayu memang takleh kalau tak makan nasi. Hari ni Mila masak Laksa Penang. Macam-macam hal gaklah nak masak laksa tu.. huhu.. Jap lg Mila citer… cuma entri yg ni pasal Abah Mila..

Lepas masak, macam biasa Mila masuk bilik ngadap Laptop nie… check  e-mail kot-kot ada order ke… Pastu keluar jap lalu kat dapur nampak Abah tengah makan.. Berselera gak nampak Abah makan. Tapi bila tengok dekat2 takde plak rupa laksa.. huhuhu… Rupa-rupanya Abah makan nasi dengan kuah laksa tu. Mila tanya “ Abah tak makan laksa ke?” Abah kata “Bukan tak makan laksa, makan, tapi tak kenyang. Jadi kena makan nasi.”

Dulu Mila ada masak spagethi. Abah tetap makan kuah bolognaise tu dengan nasi.. Takperlah kan… nak wat camna…. Abah tak cerewet bab makanan, tapi mesti makan NASI! ….

Saturday, November 20, 2010

Abah Kepada Abah Mila

Tak banyak yg Mila tau pasal arwah atuk Mila... Abah jarang cerita pasal abah dia... Mila tak berkesempatan jumpa arwah atuk belah Abah Mila nie. Tapi masa kecik-kecik dulu, ada cerita menarik yg Mila dengar.
Dengar kata, arwah Atuk nie seorang tentera. Dia sebagai tentera udara. Dia meninggal dunia semasa perang dunia, kapal terbangnya terhempas. Memang herolahkan arwah atuk Mila tu.. Sampai Mila besar memang tu je yg Mila tau pasal arwah atuk. 
Tapi ternyata cerita tu hanyalah cerita rekaan semata-mata. Maybe masa tu Mila kecik lagi jadi percaya bulat2 apa yg org cerita. Abah kata, arwah abah dia kerja sebagai pemungut kayu api. Keluar masuk hutan dan ke laut adalah sumber rezeki dia. Dia meninggal dunia kerana dah tua.. Ha... takde kaitan ngan tenterapun.. huhuhu.. sapalah yg mulakan citer pasal tentera udara tu agaknya... huhuhu

Harry Potter And The Deathly Hallows-Part 1

Baru tengok siri Harry Potter. Erm... okler citer dia. Lebih kurang mcm buku. Tapi mcm kurang best plak.. Tak tau apsal.. maybe sebab sense of wonder tu dah takde kot sebab dah baca buku dia. Excitement pun tak banyak sebab scene dia biasa-biasa jer. Takda yg buat Mila rasa WOW ataupun terpegun... Harap-harap part 2 nanti lebih memberansangkan sebab ada naga...  Pada yg nak tengok tu, takyah tengok awal2 (harga tiket mahal). Bleh je tengok hari Rabu harga Super Wednesday.. jimat banyak... Mila tengok kat Today's Cinema jer.. tak semahal TGV. Yerlah tengok 5 org, kenalah bajet-bajet gak....

Friday, November 19, 2010

Selamat Menjamu Selera

Selamat Menjamu Selera.. Eh silap.. Selamat Menjamu Mata!!... Santapan Mila dan keluarga masa raya AidilAdha ritu.. Memang sedap.. Nasi Bukhari.. (dalam nasi tu ada ayam), Paceri Nenas, Dalca sayur, Sambal Istimewa. Memang kenyanglah hari tu.. Ada tambahan Kek Gula Hangus, mcm biasa time raya kena ada ketupat palas, dan yg berbungkus daun pisang tu tak tau nama dia... heheh tapi dlm tu pulut ada inti sambal daging. (serunding). Anak-anak Mila paling enjoy... sebab banyak makanan... selalu kat rumah Mila taklah banyak sangat makanan, cukup-cukup je.... heheh ni diorg duduk Kelantan, tiap2 jam nenek diorg tanya nak makan? Nah makan nasi nie, makan kuih ni, makan biskut nie.. pergh.... 




Nak resepi ke? heheh Mila tak masak jadi resepi tak tau.. nntlah kekalau Mila belajar, Mila letak resepi kat sini lenkali...

Damage To The Purse :p

Yeap.. I've been shopping while I was in Kelantan... and I'm totally happy about it. Here are the items that i bought and I thought ALL of it are well spent.. So if you ever wonder why I go Crazy about shopping in Kelantan below the reason why.. :)


Total of 9 items I bought



Damage To The Purse = RM230
Value of the money wise spent = PRICELESS!!!! hehehehe

Thursday, November 18, 2010

Misi=GAGAL!

Alahai... busy sungguh beraya, sampai tak sempat nak update blog.. Busy makan, busy tido.. lagipun kat rumah MIL takkan nak online je kan.. kenalah jenguk2 dapur tu... Ish... sayang sungguh ngan Mother Inlaw tu.. Untuk Aidiladha ritu dia masak nasi Bukhari.. memang sedap.... nanti Mila upload gambar.. Resepi takde sebab bukan Mila yg masak... Mila tolong makan je.... hahaha...
Ni lah first time beraya AidilAdha kat Klantan.. org ramai kata raya Haji kat Kelantan Meriah. Tapi pada Mila, biasa je... maybe sebab keluarga asben tak buat korban tu yg tak meriah sangat kot... Asben kata kalau buat korban memang meriah.. Kena tolong siang lembu tu... erm.. takperlah... lain tahun kalau ada buat korban boleh  balik raya haji kat klantan lagi... 
Mission Mila untuk dapatkan Dirham Kelantan untuk Abah= GAGAL! Alahai.... mana nak cari dirham nie... Gi kat kedai Emas kat Kota Bharu tu diorg kata kalau kedai biasa takleh jual dirham/dinar. Hanya boleh bli kat ejen dia AR-Rahnu je... tapi Buat masa ni stok dah habis... Memanjang stok habis... ntah-ntah diorg tak re-stock kot.. Ntahlah.. 

P/S: Kalau ada org Kelantan yg ada Dirham (perak) kelantan tu info le Mila yer... sian Abah Mila.... :)

Tuesday, November 16, 2010

Must Do List If Visit Kelantan

Ok, I have a confession. I've been married to a Kelantanese but every time I went back to his hometown I become kind of tourist. :p I'm so fascinated with lots of things here! 
I've realised that there are few things I have done repeatedly each and everytime I'm here. 
So, here my MUST DO LIST whenever I visit Kelantan.
 Actually it's not a must DO list, its more like must Eat and must go list.. :)

MUST GO LIST
1) Pasar Besar Pasir Mas
     Wow... everytime I get back here I MUST GO to this market. Local here call it Kedai or in their dialect = Keda. Lots of thing can be found here. Be it t-shirt, immi t-shirt, kitchen appliance like pots and pans, blouse, kid wear, toys, fish, chicken, vegetables (wet market) and of course my favourite the Tudung!!! Gosh... I'm crazy with the choice of tudung here!!! Always the latest style and with great price tag! 
2) Pantai Cahaya Bulan
     I MUST GO to this place simply because to eat.. heheheh although the scenery is quite ok. Not the best beaches, but quite nice to look at the never ending sea scenenary. Of, if I like to window shops for Batik Clothes, this area have quite a lots of Batik Boutique around.
3) Rantau Panjang
     This is quite a famous place for Malay. I think every Malay women knows about this place. This is the town that is so near to Thailand, you can literally swim across a river and get to the Thai.. :) If you dare to do that however, be prepared to meet and greet with the police! Rantau Panjang is famous for shopping paradise. Items from Thailand can be found easily here. Oh, this evening I was there and I tell ya, the government should do something about the road!! I'll babble about it later. 
4) Wakaf Che Yeh
    Hm... this place was introduce to me just a year ago, and I fall in love with it instantly! Wakaf Che Yeh is the place if you want to buy in Bulk. Whoever want to start a bussiness, could buy stocks here. Notorious for its cheap price, this place only open after Maghrib (Muslim Dusk Prayer Time). I've tried to buy a drink for my son during that unfortunate time and they say, sorry cannot sell yet. I admire their Iman.
I'm not a shopaholic, but every time I'm in Kelantan I feel like I MUST SHOP!!! :)

MUST EAT FOOD
1) Nasi Kerabu
     I hate raw vege! Yep, I hate it so much I don't put vege in my Nasi Kerabu. Thats it until I eat Nasi Kerabu in Kelantan. :) Their version of Nasi Kerabu is so tastefull, it feel like eating plain rice without the vege. And I only like Nasi Kerabu here. So if  I go back to Johor, don't ask me to eat Nasi Kerabu there.. 
2) Deep Fried Assorted Seafood
     Well here they call it colek. It is like a tempura food but eat with a special sauce. I will go to Pantai Cahaya Bulan simply to eat this food. There are lot of stall there for me to choose. I almost never eat at the same stall twice because I want to make it a mission to try at all the stall there. :)
3) Nasi  Kukus Ayam Berempah
      Burp.. excuse me... :) Just had that Nasi Kukus Ayam Berempah for dinner. The special about this food is the rice itself. It is soft and fluffy because they steam the rice. The dishes that comes with it are also heavenly! Deep fried chicken in Malay spice, Gulai Kaki Ayam and the Sambal.. Sometimes when I'm back at Johor I will dream about this nasi... sigh....

There you have it.. its not such a long list after all.. I'd probably add it if i remember something new... :)

Review: Gloria Maris Resort

Review Ikhlas
(Tidak dibayar untuk membuat review, malah membayar untuk menginap :)


          Gloria Maris Resort terletak di Jalan Beserah-Kuantan, Pahang. Hm.. Mila dan keluarga menginap kat sini hanya untuk tidur dan merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan esoknya. Beharga RM84 (termasuk cukai) sangat berbaloi memandangkan dua-tiga tempat sebelum tu, kitaorg survey harga RM130 keatas. Chalet yg kitaorg stay ada dua single bed. Single bed dia besar gaklah.. satu katil tu muatlah 1 dewasa dan 1 kanak2. Sesuai dengan keluarha Mila (2 dewasa, 2 kanak2). Dalam bilik ada TV, aircond, kipas syilling, meja, cermin dan almari. Hampir semua perabot agak uzur.. tapi masih boleh digunakan.
          Bilik air pula ada water heater yg berfungsi dengan baik. Cuma kebersihan bilik air agak mengecewakan, tapi masih ada maaf...
          Pada Mila, kalau nak tidur satu malam, dengan harga yg berbaloi memang sesuai stay kat Gloria Maris nie. Lebih baik kita bawa selimut dan tuala sendiri kerana selimut yg diorg sediakan kurang selesa, agak kasar. Tuala pula agak nipis.
          Servis pula agak bagus. Walaupun takde breakfast, tapi kitaorg dtg malam2 kul 9mlm, kakak yang handle reception tu ok jer.. Takde nak masam muka ke apa ke.. Tetap tersenyum melayan tetamu.. :)
          Oh ya, kat sini dekat dengan laut, jadi boleh dengar desiran ombak... cuma Mila tak sempat meneroka lebih lanjut kat situ. Jadi tak pasti samada boleh atau tidak terus ke pantai dari dalam resort tu.
          Lagi satu, ada swimming pool kat sini yer.. Ha.. kan.. memang berbaloi dengan RM84 tu, siap ada swimming pool lagi. Walaupun kecik, tapi kalau untuk rendam dan bersuka-ria kejap dengan keluarga ok sangatlah... :)
          Kesimpulannya, untuk sekadar berehat, dan tidur dengan harga yang berbaloi Gloria Maris Resort ni memang sesuai. TAPI pada yang dah biasa dengan Hotel yg ada bintang tu, tak payahlah singgah sini.. BTW, resort ini diuruskan oleh ahli keluarga jer..

Nama Tempat: Gloria Maris Resort (Budget Hotel)
Lokasi : Jalan Beserah-Kuantan (Kuantan, Pahang)
No Contact : 09-5445271
Website Rasmi: Tiada
Harga: 1 malam hari biasa/hujung minggu = RM84 termasuk cukai

    * Rating
          o Nilai Kepada RM = 5 dari 5 bintang
          o Bilik = 2 dari 5 bintang
          o Lokasi = 3 dari 5 bintang
          o Kebersihan = 1 dari 5 bintang
          o Servis = 4 dari 5 bintang

    * Tarikh Menginap = 13 November 2010
    * Tujuan Menginap = Untuk rehat 1 malam sebelum meneruskan perjalanan.

Monday, November 15, 2010

Resepi Sambal Sotong Bersos Tiram


Hari ni mak mertua Puasa Sunat. Since Mila tak puasa.. :p Mila masaklah untuk lunch.. Takkan nak suruh/tunggu mak mertua masak plakkan.. Kenalah buat dapur tu mcm dapur sendiri.. hehhe. Ok.. mula-mula ingat nak buat sotong masak hitam je. Senang, potong2 je takyah blender.. Tapi tetiba asben dtg cakap: Yang... masak macam yg Ayang masak masa makan damai ritulah... masak sos tiram. Ok ler... since dah ada permintaan, sebagai isteri mithali, Mila ok jer... so inilah hasilnya... Masakan ni adalah anatara menu MESTI masak kalau buat makan damai bagi Mila... :)

 Bahan-bahan:
1/2 Kg Sotong Putih (Di bersihkan, lalu di kerat bulat-bulat tak putus)
2 Ulas Bawang Putih*
2 Ulas Bawang Besar*
10 Tangkai Cili Kering yg digunting dan direndam air panas*  Bahan * di kisar halus
1 Btg Serai - Dititik
1/2 Cawan Minyak Masak
8 sudu besar sos tiram (boleh ditambah/dikurang ikut selera)
Garam, Gula, Ajinamoto (jika mahu) secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus air bercampur garam sehingga mendidih. Masukkan sotong, biar sehingga sotong separuh masak, Toskan
  2. Tumis bahan kisar dengan minyak masak sehingga garing/minyak pecah.
  3. Masukkan serai, kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan ajinamoto (jika mahu) secukup rasa.
  5. Kacau rata, lalu masukkan sotong yg telah direbus tadi. Gaul sebati, sedia di hidang. 
Sambal Sotong Bersos Tiram
(Kalau untuk makan damai, kenalah hiasan lebih2, since ni nak makan biasa je... takde hias2...)



Dinar dan Dirham Kelantan

Ok memandangkan sekarang ni ada kat Kelantan, teringat plak masa Raya Aidilfitri. Tahun ni beraya kat Klantan. Selalu Abah takde nak tepon ke apa ke.. dia pesan kirim salam ngan org sini je... TAPI tahun nie Abah ada tepon. Ingatkan kenapa... rupa-rupanya bacaler perbualan dibawah ya.. :)

Abah:  Ngah, kalau boleh, belikan Abah Dinar Kelantan, Abah nak simpan..
Mila: Ha? apa tu? 
Abah: Alah.... yang duit Kelantan tu..
Mila: Oh.. (baru teringat ada baca kat newspaper)
Abah: Eh, takyah bli Dinar... Dinar mahal.. bli Dirhampun ok... murah sket..
Mila: Alamak Abah... dah takde dah.. kat suratkhabar pun kata dah habis stok, kena tunggu bulan 10 nnt.
Abah: Hm.. takperlah.. kalau ada bli ler..
Mila: Ok...

Tapi memang takde rezeki Abah nak dapat Dirham Kelantan tu... Ada gak tanya ngan keluarga mertua, ipar-duai, jiran tetangga, tapi semua kata takde.. Kalau nak kena bli kat ejen dia.. hm.. masa memang suntuk.. masa tu plak time Raya, jadi memang tak sempatlah nak bli/cari.
Ha ni dah berada kat Klantan balik nie, ingat nak Jalan-jalan Cari Makan Dirham plaklah... :)

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Salam semua, oklah.. Mila ni masih baru kat dunia blog.. jadi nak mengambil kesempatan dengan En. Ben. Hm... sebenarnya serba salah nak buat entri nie. Bila BEN ASHAARI buat segmen camni, nnt ramai org yang kutuk dia.. kata dia ambil kesempatan ke atas blogger baru. Pendirian Mila plak.. sebenarnya blogger baru nie cuma mengambil peluang mempromosi blog diorg je.. Sama macam Mila gak.. Segmen yg BEN ASHAARI buat tu bagus sebagai platform blogger baru memperkenalkan blog masing2. Ben Ashaarilah satu-satunya blogger Otai yang amat rajin memperkenalkan blogger-blogger baru. Ini memberi inspirasi kat blogger-blogger baru untuk terus berblog. Oklah.. taknak cakap banyak.. Selamat berkenalan, semoga ikatan persahabatan bertambah erat. Sama-samalah kita promosi blog kita supaya lebih maju... :)

P/S: Blogger baru yang nak perkenalkan blog, boleh join kat SINI.

Arriving At Destination On Right.

Yeah... dah sampai dah... Kalau sesapa ada Garmin mesti biasa dengar ayat tu kan.. hehehe... Kadang-kadang ada Garmin ni bagus, tapi kadang2 lagi bertambah sesat dibuatnya...hahaha...
Perjalanan dari Kuantan ke Pasir Mas lebih kurang 6 jam gak. Rehat 1 jam lunch. Taklah penat sangat. Kalau tak 12 Jam.. pergh... masak... 
Oklah taknak citer banyak-banyak.. nnt Mila buat review tempat yg Mila stay 1 mlm kat Beserah tu...

Saturday, November 13, 2010

Eskaypi Seafood Restaurant

 

 Dah penat jalan-jalan cari hotel, kena jalan-jalan cari makanlah plakkan... perut dah lapa... Sepanjang kitaorg cari2 hotel tadi ada nampak banyak kedai kat tepi2 jalan nie.. Mila tertarik ngan satu kedai nie. Nama dia unik sket dari kedai2 lain. So ajak jerlah asben gi makan kat situ.

Review ikhlas (tidak dibayar untuk review, malah membayar untuk makan... :)-
Nama Restaurant: Seri Eskaypi Seafood 
Lokasi: Jalan Kuantan-Beserah

Makanan yg di beli
1) Ikan Kembung Bakar : 4 Bintang
2) Sotong Goreng Tepung :  (Mila tak suka sgt Sotong goreng tepung yg mcm cekodok) = 2 Bintang 
3) Sup Ekor: (Ekor dia keras, sup dia cair) = 0 Bintang  
4) Telur Bungkus: = 4 Bintang

5 Bintang = Sangat Sedap, Tiada Tolok Bandingan
4 Bintang = Sedap, Menyelerakan
3 Bintang = Sederhana, Boleh Diperbaiki
2 Bintang = Ok ler.. bleh kenyang
1 Bintang = Errrr Mengecewakan
0 Bintang = Hampeh!



Minuman :  
Teh Tarik, Milo Ais, Nescafe Ais: Ok ler..= 2 Bintang
Jumlah Bill = RM25.50

Servis: 
Menunggu makanan : Agak Lambat = 1 Bintang
Menunggu Bill : Sangat Lambat = 0 Bintang





Kesimpulan : Boleh pergi lagi tapi tak order dah sup kat sini... :)
 

Akhirnya Dapat Gak Tempat Menginap!

Aduhai... letih round-round area Beserah ni cari tempat nak crash for the night! Mula-mula tanya kat Duta Sand Resort.. rate diorg RM138 takde breakfast. Memandangkan kitaorg nak stay satu malam dan esok nak gerak semula ke Kelantan, terasa RM138 tu mahal ler pulak... Pastu tanya plak kat Duta Village Resort.. Harga kat banner luar tu RM90++ jer... rupa-rupanya harga weekdays je... Weekend harga lain ler... RM148 dengan sarapan... patutnya ok dah tu, tapi bilik diorg banyak dah penuh tinggal bilik yang ada satu double bed jer. Dan memandangkan kitaorg ni 2 dewasa dan 2 kanak2, confirm tak muat... Bye-bye Duta Village. Pusing balik, ternampak signboard Black Stone Beach Resort. Masuk area situ nampak mcm cun je... Tanya rate.. RM150 dengan breakfast, 2 single bed. Ok ler tu kan... Asben pun confiden je nak check-in. Skalu kena bayar RM250 plak.. RM100 tu deposit katanya... Pergh, macam hotel 3-4 bintanglah plak nak deposit. Kalau ikutkan dah letih dah... tak larat nak cari2 lagi. Tapi duit nak tambah deposit tu tak cukup plak... Asben lupa nak kluarkan duit dr ATM.. huhuhu... so rayau2 lagi...
Jumpa plak Gloria Maris Resort. Dekat je ngan Duta Sand Resort. Masuk2 tak nampak reception... alerr... mana plak nak gi tanya nie.... depan sikit nampak mcm rumah org... tapi dlm kawasan resort gak ler.. Gi jelah tanya... Oh.. RM80 satu malam!! Ha ini sudah baguskan...
Akhirnya dapat gaklah tempat nak lepak untuk malam nie sebelum meneruskan perjalanan esok.... :)

Change Of Plan

Actual plan was on 14th Nov start the journey from JB to Kelantan. Normally it tooks 12hours drive. But now, we are safely at Beserah Kuantan. Yep, we start the journey around 3pm today and stay a night at Beserah. So tomorrow, will only take 6 more hours to reach Kelantan. Wasn't it brilliant.
From now on, I'll write a review on any place that I and family been. I hope it will be beneficial to my future reference or to other aswell..

12 Hours In A Car With 3 Guys!

Well, atleast 12 hours.. could also stretch to 15th Hours as last year. Sigh.....
I should be ok with that since I've been in that situation for quite a lots of time. I'll be in a car with 3 guys. My hubby and my 2 boys. Well, my hubby I can handle since he's driving the car. BUT my 2 boys I tell ya.... give me headache all the time. There will always be a disagreement, a fight, throwing up tantrum plus crying... Huh..
How to make them happy in that 12 hours long drive? Well from previous experience, you can't. I did think to buy a small TV to put inside the car. But then I think they'll fight over what movie they want to see right. So might aswell forget that. How about buy a PSP for them? Hm.. we did have a PSP year ago.. but one PSP will not be enough.  They will fight over who turn is it to play with the PSP. How about buy 2 PSP then? Hahahaha.. yeah.. even if I'm loaded with cash I don't think they will be happily playing with the PSP by themself. The youngest would cry if he can't complete the game, then ask for help. The older one will of course ignore it then the cry... sigh.... Oh.. I think this time I'll buy books or magazine for them. Cheap and could entertain them atleast for few hours, Until they get hungry or just plain bored!
I remember I search high and low for TIPS to Travel with Kids. All those tips with games idea, makes me more frustrated. They simply won't cooperate with playing games!! I just want a peaceful journey!
Wish me luck for tomorrow long hours drive guys....

Friday, November 12, 2010

Kembali ke Sekolah

Hari ini, Mila dan asben dijemput hadir ke sekolah. Alhamdulillah Ilyas dapat no 2 dlm kelas dia. Jadi kenalah naik pentas ambil hadiah. Di samping itu, dia jugak score subjek English. Ingatkan subjek Sains dia dapat gak.. rupanya English je. Tapi takperlah... dua kali gak naik pentas.
Hm... sekolah Ilyas ni adalah bekas sekolah Mila, dan bekas sekolah Abah Mila gak. Kira 3 keturunan sekolah kat sini. Abah citer, dulu sekolah tu hanya satu bangunan kecil. Pelajar pun dua tiga kerat je... yerlah abah sekolah tahun 50-an. Masa Mila sekolah plak, dah ada 2 bangunan beserta surau. Tahun akhir Mila sekolah (darjah 6) dapat satu lagi bangunan baru 3 tingkat. Sekarang  ni satu bangunan setingkat, satu bangunan 3 tingkat dan dalam pembinaan satu bangunan 4 tingkat. Makin berkembang sekolah rendah nie.
Oh tadi terjumpa bekas Cikgu masa Mila sekolah. Rupa-rupanya cikgu tu mengajar dan dah naik pangkat kat skolah tu. Rupa cikgu tu maintain jer.. sempat gaklah peluk dan ambil gambar ngan cikgu.
Masa persembahan pelajar2 tadi terimbau kenangan silam. Dulu Milapun sama-sama buat persembahan pentas kat dewan tu.. Nak perasan sket.. anak Mila naik pentas sebab dapat no 2, Mila dulu no 1, Tapi subjek yang dia paling score tu (English) Milapun score tu.. hehehe  kemana tumpahnya kuah kalau tak ke mangkuk kan... ahahha... 
Mila harap sangat anak Mila ni terus meningkat pelajaran dia... ada gak cikgu kasi borang suruh dia jadi Pengawas Pusat Sumber. Tapi Mila tak nak kasi. Mila kata kalau jadi pengawas biasa tu ok (sebab Mila dulupun pengawas gak hehehe), kalau pengawas pusat sumber tu lagi besar komitmen dia... 
Abah Mila seperti biasa tiada reaksi... hahaha... teringat masa Mila kecik2 kalau periksa dapat No 1, abahpun gitu.. no reaction, no comment.... hahahha. Takperlah... atleast Mila dah bagi hadiah kat Ilyas tu... 

 

Hadiah Dah Sampai

Ritu Abahmila.blogspot ada menang GA. Dapat hadiah Foot Detox Patch 10 keping... Dah selamat sampai hari ni hadiah tu... Seronok berblog ni kan... Ramai kawan2 blog yg buat GA, contest.. kalau ada idea dan rajin InsyaALLAH Mila akan join. Menang atau kalah belakang kira... :)
Ni lah hadiah yang dimenangi tu... belum sempat nak bagi kat Abah lagi.. Abah takde kat rumah nie.. sembahyang Jumaat agaknya...
Apa-apapun TQ kat PROKESIHATAN sebab menganjurkan GA!


Thursday, November 11, 2010

Kenapa agaknya?

Semalam tengah beratur nak tunggu boleh masuk panggung tu tetiba ternampak sorang Mamat nie duduk. Eh.. macam kenal... Pastu ada plak budak2 muda (muda dari Mila) ambil gambar ngan Mamat nie... Asben Mila dah senyum2 kambing dah.. apekena agaknya nie.... Tengok-tengok lagi.. oh.. patutler... Mamat betul org tu.. Mamat Khalid!! Korang kenal tak? Takkan tak kenal... Penulis lakon layar dan pengarah filem kat Malaysia nie... Ada promosi citer ESTET.. ha citer tu mungkin ramai tak tau.. Milapun tak tau gak.. tapi Mila nie memang tak mengikuti perkembangan filem sangat.... :) Banyak jugak filem yang telah diarah oleh Mamat Khalid nie.. antaranya: Lang Buana, Rock, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang dan yang terbaru ni ESTET.
Hm.. filem melayu nie sambutan dia memang kurang memberansangkan... hairan gak kan... kenapa agaknya? Mila sendiri memang kurang tengok citer Melayu. Tapi citer Englishpun tak semua citer Mila tengok... yerlah kalau semua citer kat panggung tu nak tengok.. kempis poket dibuatnya...
Kenapa citer Estet tak banyak yang tau? Atau Mila saja yang tak tau? Kalau pada Mila mungkin sebab Mila tak baca surat khabar, tak tengok TV dan tak baca Majalah. Mila berhubung dengan dunia hanya melalui internet. Mila rasa filem Estet nie kurang promosi kat internet. Eh Mila buat research sket tadi, rupa-rupanya Filem Estet ni ada laman web rasmi, ada facebook, ada blog.. jadi apa yang kurangnya kan? Promosi kat internet nie tak semestinya kena buat laman web rasmi tu je.. kalau ada laman web tapi takde org tau kewujudannya camna org nak pergi jenguk... Maybe bleh kerjasama ngan pengiklan blogger macam Nuffnang ke, untuk promo filem2 tempatan. Yerlah kat Nuffnang tu asyik promo citer luar negara je... contest pun contest filem omputih... Harap2 lepas ni adalah contest filem tempatan gak.. hehehhe
Ha... tak sangka Abang Mamat Khalid ni ada Blog.... blehlah gi jenguk blog dia kat: http://tempurungpecah.blogspot.com/ klaka plak baca entri dia pasal nak pakai kot tu... heheh.. Tapi kitaorg jumpa dia tak pakai kot.. Pakai kemeja hitam je... Asben Mila sempatlah mintak autograf ngan dia... Dia tulis: Wan, Jangan Lupa Diri Melayu! ... yerp.... memang org Melayu ni kdg2 lupa dirinya Melayu...

 Dapat gak asben Mila bertemu dengan pengarah yang dia minat gila!
 
Tq Abg Mamat Khalid sudi bg autograf :)


 Filem Estet, Filem Tamil Pertama Mamat Khalid



Cerita Kreatif

 Entri nak masuk contest lagi... 
Contest ini ditaja oleh: BEN ASHAARI. Kalau nak join bleh klik SINI 


Cerita dibawah dilipur-lara oleh Mila... :)

Akhirnya.. tengok jugak...

Yer.. akhirnya Abah tengok jugak citer MEGAMIND tu... Actually tak hingin nak tengok citer budak2.. ahahhaa... Yerlahkan.. citer animation camtu sesuai untuk budak-budak jer... Anak Mila yg sulong sebuk nak tengok citer tu sejak ada iklan citer tu kat TV #OKTO.. ish.. Mila kata, takyahlah tengok wayang citer tu, nnt bli DVD je tengok... 
Tapi tertukar fikiran bila dia periksa dapat no 2. Eleh.. no 2 pun nak bgtau.. heheh bukan apa.. sebenarnya dah janji ngan dia, Kalau dapat No 1 confirm dapat hadiah extra special. Janji nak blikan game PS. Bukan PSP, PS yg biasa je tu... heheh kopak ler kalau nak bli PSP tu.... Jadi last week dia citer, Mula-mula cikgu kata dia dapat no satu. (Alamak... abes duit aku) tapi pastu cikgu kata eh salah-salah, Wan Ilyas dapat no 2. Sedih plak tengok dia... Selasa ritu asben terserempak ngan cikgu kelas dia kat pasar malam. Dia borak2 pastu cikgu tu kata, ha ah.. mula2 Ilyas dapat no 1. Tapi budak yg dapat no 2 tu cikgu english salah kira markah, kena tambah lagi 8 markah.. tu yang Ilyas jatuh no 2 tu.. huhuhu.. sian... lagi 8 markah je bleh dapat no 1. So, nak sedapkan hati anak... Mila kata oklah takyah bli game PS, kita g tengok wayang citer MEGAMIND je...  Jimat sket duit, dari bli PS yang beratus tu tengok wayang baru berapa puluh je Mila fikir... Lagipun hari rabu kan harga istemewa, RM7 jer hehehe. TETAPI!!! kat sini MEGAMIND tu takde plak panggung yg biasa, kena tengok 3D.. pergh... RM21 dewasa, RM15 Kanak-kanak. Aduhhhh.. dah janji... bawak jelah.. 3D pun 3Dlah... Nie first time tengok wayang 3D. Memang puas hati. Effect dia... lenkali kalau ada citer yang 3D bolehlah consider tengok 3D... (mintak-mintak Harry Potter ada 3D version). Ada preview Narnia 3D.. oh... best gak......

Eh Adik Nampak Kuninglah! Kata Idris. (first time pakai spek 3d)


Sempat lagi ambil gambar dlm panggung.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...