Iklan

Friday, October 15, 2010

Tadaaa!!!!!!!!!!!

Siap masak ketam lemak cili api dengan kacang panjang.. Dah kenyang dah pun.. hehehe.... Memang sedap kan makan ketam yg fresh nie.... dulu masa duduk KL memang tak dapat ler nak makan ketam hidup....

Hm.. tiba-tiba rasa nak buat resepi plak... heheheh sapa kata blog pasal abah takleh buat resepikan? hehehe...



Ketam masak lemak cili api dengan kacang panjang

Bahan-bahan:

1kg Ketam bunga/renjong
1 kotak santan segera atau 1 biji kelapa parut yang diperah santan
15 bijji cili api (boleh tambah kalau nak lagi pedas)*
2cm Belacan*
4 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
2 cm kunyit hidup*
2 cm halia* *dikisar halus
2 btg serai dititik
1 cekak kacang panjang
1/2 cawan air asam jawa
4 cawan air (boleh tambah kalau terlalu pekat)
Garam, gula secukup rasa.

Cara-cara
1) Tumis bahan kisar sehingga garing/pecah minyak. Masukkan serai yang dititik.
2) Masukkan air kacau sebati.
3) Masukkan ketam yang telah disiang dan dibersihkan. Biar sehingga air mendidih.
4) Masukkan santan, perlahankan api. Kacau selalu selama 5 minit.
5) Masukkan kacang panjang, air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa jika mahu.
6) Angkat apabila kacang panjang separuh masak ikut kesukaan masing2...

P/S: Sorry kalau resepi macam tak betulll... first time buat resepi... :p


5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...