Iklan

Friday, October 8, 2010

Abah Dan Hadiah

Hm...
Abah tak pernah beri hadiah, abah tak pernah dapat hadiah dari aku...
Macam kejam kan aku....
Kisah benarnya begini, abah bukan orang yg suka berbicara/menunjukkan kasih sayang dia pada sesiapa.. sebab tu aku tak pernah dapat hadiah dari abah. Hari jadi ku takde hadiah, aku johan pertandingan syarahan di sekolah rendah takde hadiah, aku satu-satunya pelajar yg dapat 4A dalam UPSR kat skolah aku (tahun 1990) pun abah tak bagi hadiah... tapi aku ingat satu peristiwa, mungkin masa tu aku darjah 2.. aku dapat nombor satu dalam kelas..aku bagitau kat abah... dia kata "dapat no 1, berapa markah? dapat 100% ker?" huhuhu.... aku rasa abah tidak suka aku meninggi diri walaupun aku dapat no 1. Dia suruh aku lebih berusaha untuk menjadi lebih baik... oh ya... mungkin hadiah yg paling bermakna dari abah ialah selepas majlis penyampaian hadiah sekolah (aku naik pentas dapat hadiah no 1), abah bawa kami sekeluarga makan di sebuah kedai di Masai (johor). Aku rasa mee sup pada waktu tu paling sedap pernah aku makan... namun kedai tu dah tak wujud lagi.. nama kedaipun aku tak ingat. Kadang2 aku lalu kawasan tu, aku akan teringat perasaan makan mee sup hadiah aku dapat no 1... heheheh
Oh, kenapa aku tak pernah bagi abah hadiah ekk?... aku pun heran.... tapi memang janggallah kalau time harijadi dia aku nak bagi hadiah tak pasal-pasal abah buat donno je... malu jer... hihihi.. tapi dulu2 masa aku duduk KL ada gaklah aku beli buah tangan kat abah... baju Crocodile ke, kasut ke, seluar slack ke.... tapi takdelah aku bg kata ni hadiah.. aku bg kasi camtu je... ;)
Bulan 12 ni harijadi abah.. nak bagi hadiah ke eh? ajak makan di luarpun abah tak hingin..... huhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...