Satu sikap Abah yang aku tak berapa gemar ialah Abah suka berhenti kat gerai-gerai tepi jalan kalau dia nak pergi mana-mana. Macam aku kalau nak gi mana-mana mesti nak cepat sampai. Takdenya nak singgah sana singgah sini.. bila nak sampai kalau asik berhenti singgah-menyinggah ni kan...
Tapi Abah tidak... aku ingat lagi... dulu aku dapat bersekolah berasrama kat Pontian. Jadi Abah hantar aku dari Pasir Gudang ke Pontian.. pergh.. masaklah aku rasa dalam van tu. Masa tu manada air-cond mcm skarang ni... bukak tingkap je lah luas2 ambil angin semulajadi. Abah selalu singgah atleast kat 2 tempat sepanjang perjalanan tu. Kat area selepas Pekan Nenas ada gerai buah-buahan.. jadi abah mesti singgah kat gerai tu... Apa-apa je buah dia akan bli... padahal bukan aku bwk masuk asramapun buah tu.. Pastu kat mana-mana lagi gerai yg dia nampak macam menarik...
Ada satu masa tu, kitaorg pergi holiday ke Kelantan... korang bayangkan betapa banyaknya gerai2 kat tepi jalan tu... Hampir semua tempat Abah akan berhenti dan jenguk2 kalau-kalau ada yg menarik... Jadi konon2 nak sampai Kelantan kul 5 petang tu hahaha... sampai ke Kuala Terengganu pun dah pukul 7 malam..
Tapi aku rasa org yg sezaman abah ni memang style diorg macam tu kot... Pergi kemana-mana relaks-relaks jer.. tak rush mcm kita zaman sekarang nie...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletexpe cik mila..biar lambat, asal selamat! hehe
ReplyDeleteade tag untuk kamu di page sy! selamat berBW! ^_^
http://fyezrahman.blogspot.com/