Abah mempunyai caranya tersendiri menamakan anak-anaknya. Pada tahun 1975, kakakku yang sulong lahir. Pada tahun itu abah sangat meminati seorang penari gelek dari timur tengah yg sangat popular pada masa itu. Kebetulan nama abah bermula dengan huruf S, dan nama penari gelek itu jua bermula dengan huruf S jadi abah ambil kesempatan menamakan kakakku dengan nama penari itu... Maka ternamalah kakak ku dengan nama Salmiah binti Sahak....
Pada tahun 1978, seorang lagi anak abah lahir kedunia. (Aku ler tu). Pada masa itu pula abah telah beralih arah. Dia dah tak minat dengan penari gelek. Dia suka kat pelakon hindustan plak. Sekali lagi kebetulan nama pelakon itu juga bermula dengan huruf S... Sharmila Tagore... tapi abah kata, dia taknak nama anaknya terlalu kehindu-an... jadi dia buang huruf h dan dia berikan ku nama "Melayu" sebagai Sarmila Sahak... Sarmila tiada H yer... huhuhu... Kadang-kadang aku segan memberitahu nama penuhku kepada rakan taulan... sebab namaku tak macam melayu... huhuhu sebab tu aku perkenalkan diriku sebagai Mila sahaja...
Tahun 1981, adikku (perempuan) lahir. Hmm... mungkin pada masa tu abah dah serius bekerja cari rezeki untuk anak-anak, dia dah tak berpoya-poya dan kurang minat terhadap pelakon, penari atau penyanyi... Abah dapat peluang menjadi peneroka Felda di Kota Tinggi. Felda tu ada lagi sampai sekarang, walaupun kami dah tak menetap disitu, kadang kalau aku pergi ke kawasan itu melawat makcik, aku pasti teringat dengan nama adikku.. hehehe. Abah dapat peluang jadi peneroka felda di Felda Bukit Waha. Mungkin kalau org lain tak terfikir nak namakan anak mereka sempena nama Felda... tapi abah dengan selamba menamakan anaknya yang ketiga sempena dia dapat jadi penerokan di felda itu. Abah masih mengekalkan tradisi menamakan anaknya bermula dengan huruf S. Jadi adikku dinamakan sebagai Salwah Binti Sahak. Kadang-kadang aku cakap kat adikku, Wa, nama ko ni patutnya jadi Salwaha... bukan Salwah.... hehehe.. tapi bijak jugalah abah ku letak nama adik aku tu... taklah pelik...
Lepas itu abah dah tak berpeluang menamakan adik-adikku yang lain. Sebabnya aku dan kakakku dah besar dan dah tau betapa pentingnya nama yang ada maksud. Masa adikku yg ke empat lahir abah beli buku nama dan maksud. Aku dan along membelek buku itu mencari nama yg bermula dengan huruf S jugak.. yerlah teruskan tradisi abah... Jadi adik yang keempat diberi nama Muhammad Syafiq bin Sahak dan seterusnya adik yang bungsu Mohammad Safwan Bin Sahak. Nama yang dipilih dari buku... dan tiada sejarah tak seperti nama adik-beradik yang perempuan.. hehehe...

No comments:
Post a Comment