Beberapa hari yang lepas, Mila dan keluarga jalan2 dan rehat2 bercuti-cuti Malaysia dengan keluarga. Ha.. Abah memang tak ikut sebab kali ni pergi dengan Mak. Dan since diorg dah tak ngam, so takleh ler nak jln2 sama2 lagikan... Sebenarnya Mila kadang2 rasa hidup sekarang ni amatlah complicated... susah sangat... nak pergi bercuti pun susah.. masalah duit satu hal, masalah nak cari tempat tidur/chalet idaman yang sesuai dengan semua org satu hal, masalah nak makan lagi... pergh macam2 hal ler.. Lagi2 kalau pergi ramai2...
Dulu masa kecik2 dengan Abah, senang je... Hari ni abah kata: OK, esok nak gi berkelah!.. apalagi, malam tu dah takleh nak tidur fikir bestnya esok gi mandi laut...
Life is so simple back then.. or maybe because masa tu Mila budak lagi jadi takdelah nak pikir apa2.. just follow jerlah kan...
So biasa dulu-dulu hari nak pergi picnic, makanan mesti ada.. Pagi2 mak akan masak Mee Goreng, letak udang lebih sikit... ayam goreng kunyit (ayam KFC jangan mimpiler), sandwich sardin.. sampai sekarang Mila masih suka makan sandwich sardin.... kadang2 masak nasi goreng lagi takut tak cukup kenyang.. :) tu jer makanan yg mesti ada tapi cukup sedap dan lazat.. takdenya nak nugget ker, pizza ke, muffin ke, kek ker atau lain2.
Pastu dah siap kemas2 makanan dan peralatan.. terus ke tepi pantai (rumah Mila tepi pantai je) Abah akan start the engine dan kitaorg naik bot terus vroooooooooooommmmmmmmmmmm ... Tempat nak picnic plak, Abah akan ronda kat tepi2 pantai, kalau nampak ada pasir yang putih, dan boleh lepak2 sikit, Abah akan terus je ikat bot kat dahan2 pokok dan kitaorg terus BEDEBUSH!!! terjun kat laut.. hehehe bestnya... tapi tak dalam sangat ler.... pastu mandi ler laut tu sampai puas... kalau rasa nak makan siput sedut, Abah akan pergi plak kat celah2 pokok bakau dan sekali lagi kitaorg BEDEBUSH!! terjun laut lagi.. pastu tengok celah2 pokok bakau tu bergayut je siput sedut, siput timba, siput mata merah terus kutip masuk dlm plastik.
Makan dalam bot pun boleh, kat tepi pantai pun boleh. Takdehal... Nak bilas? heheh takyah susah2. Balik naik bot basah2 pastu terus je balik rumah, bilas kat rumah... maklumlah rumah kat tepi pantai... Jadi memang takyah nak fikir nak tidur chalet mana, nak makan kat kedai mana.. dan mcm2 lagilah.... kos plak, sangat minima.. iaitu makanan jer... takat minyak bot takde hal ler...
P/S: Bilalah Abah nak bli bot lagi.. bleh piknik guna bot je pplak....
No comments:
Post a Comment