Abah kata,
Iklan
Sunday, October 31, 2010
Borak2 di Malam Ahad
Abah kata,
Friday, October 29, 2010
Kasut Kerja Abah
Lagi satu Abah kata, org skarang nie benda yg pakai kat kaki mahal2 tp yg pakai kat kepala murah je.. Maksud Abah tu, yerlah benda pakai kat kaki berjenama sakan.. kasut Timberlandlah, Bonialah, Pololah, dan mcm2 jenama lagi... tapi yg pakai kat kepala (tempat paling atas dan mulia) kopiah RM10 jer.. tupun kadang2 tak pakai... nak tengok camna rupa kasut yg abah die hard fan sangat tu? nie kat bawah ni lah rupanya.. tak sempat nak ambil gbr betul, kidnap dr google jelah...
SPA Abah
Tak sangka begitu special layanan di kedai gunting rambut nie! Kalau kita kaum perempuan gi gunting rambut takat cuci rambut shampoo dah mahal... Ni kalau org lelaki gi gunting rambut kat kedai gunting rambut kat kampung nie pergh.... dengan bayaran RM10 bukan takat gunting rambut, trim misai, shaving pastu siap urut kepala dan urut belakang skali... Mila tengok ada brader tu siap tertidur masa kena trim misai ngan shave dagu tu.. Eh.. minta maaf ler kalau macam jakun sikit... sungguh tak sangka org lelaki dapat layanan ala-ala SPA kat kedai gunting rambut... Patutler tiap kali Abah gunting rambut, dia kelihatan muda jer... hehehe rupa-rupanya dia dapat layanan SPA... jeles btul!!!
P/S: Mila takleh ler nak gunting rambut kat situ plak... khas untuk lelaki jer .... :P
Thursday, October 28, 2010
Ejaan Org Dulu-dulu
Khapada Chekgu, Per: Tidak Hadir Kha Sekolah Adalah dengan ini saya memaklumkan pihak Sekolah bahawa anak saya tidak hadir kha sekolah kerana demam. Di harap chekgu sedia maklum. Sekian, Terima Khasih.
Erm.. ejaan Abah kalau ada huruf K, akan jadi KH... Tapikan, aku rasa org skarang ni lagiler pelik ejaan. Kadang2 sampai takleh nak faham.. Sekarang jadi skunk, kalau baca SMS lagiler pening... lagi2 kalau anak sedara yang SMS, garu kepala nak faham...
JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI
P/S: Kalau ada kawan2 yang baru bukak blog, bolehlah mintak En. Ben masukkan blog korang skali yer... klik sini.
Wednesday, October 27, 2010
Gempa Bumi = Naga
Mila diam jelah kan.. takkan nak bantah plak... tapi memang Abah confident Naga tu wujud... Kadang2 terfikir, bila kita (manusia) dah percaya kepada sesuatu, amat susah nak pertikaikan...
P/S: Ada org lain yang sependapat ngan Abah Mila tak?
Tuesday, October 26, 2010
Anugerah Blogwalking 2010
Ha, dapat Tag ni dari fyezrahman. Rasa tak best plak kalau tak acceptkan... :) TQ yer... Actually malu ler dapat award nie.. heheh Mila ni kadang2 rajin gak blogwalking kadang2 malas.. tengok mood dan keadaan.. Oklah.. layan soalan dari award ni plak...
1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?
Err.. nak jawab soalan2 Award nie..
2. apakah nama samaran anda ?
Timah .. (ada kisah lama) heheh :)
3. senaraikan 3 orang yang anda sayang
Semua ahli keluarga
Sedara Se Islam
Orang yang baik2 kat dunia nie... (skema je jawapan)
4. panggilan untuk si dia
Ayang
5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
Sebuah rumah yang ada indoor swimming pool. :P
6. Blog mana yang paling anda suka visit ?
Blog En BEN ngan blog masakan CMG
7 . Tag kepada blogger
Belum berani nak tag org lain... masih baru kat dunia blog ni...
Monday, October 25, 2010
Ikan Sembilang Asam Pedas Lada Hitam
Ikan sembilang biasa memang kitaorg (keluarga Mila) akan masak asam pedas lada hitam pekat2. Kalau esoknya ada baki lagi, kuah tu makan dengan roti canai memang sedap.... Tapi Mila ni macam dah takleh nak makan ikan sembilang yang Abah dapat ni ler. Sebabnya ikan tu sangat terasa lemaknya.. atau mungkin rasa dia dah terkimia. Al maklumlah kat Pasir Gudang ni banyak sangat kilang yang membuang sisa kimia kat Selat tebrau ni.. tu yang kadang2 bila dapat ikan takleh nak makan, rasa dia dah lain... Oklah.. apa2 pun ni resepi keluarga Mila, maybe lebih kurang je dengan org lain... :)
1 Ekor Ikan Sembilang/Pari/Duri/Mayong (anggaran 1.5kg) dibersihkan dengan air asam jawa
2 genggam lada kering yang digunting lalu direndam air panas*
2 Ulas bawang besar*
4 Ulas bawang putih*
1.5 inci kunyit basah/hidup*
1.5 inci halia*
2 peket (RM0.50) lada hitam biji*
1 inci belacan* Semua bahan * dikisar bersama air secukupnya
1 genggam daun kesum - petik daun sahaja direndam air seketika
3/4 cawan air asam jawa yang agak pekat
4 cawan air
garam dan serbuk perasa(jika mahu) secukupnya
1 cawan minyak masak
Cara Masak:
- Panaskan periuk dan minyak masak. Letak bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing/pecah minyak. (Berhati-hati sebab masa ni bahan kisar yg bercampur minyak akan tepercik.
- Tuang air, dan tunggu sehingga menggelegak. Perlahankan api lalu letak ikan.
- Biar seminit lalu letaklah air asam jawa dan daun kesum. Kacau rata.
- Letak garam dan bahan perasa(jika mahu) secukupnya. Reneh sehingga ikan masak. Sedia dihidang.
Bubu Kawat
P/S: Kalau ada org nak beli bubu kawat ni, bolehler contact Mila yer.. :)
Hasil Hari Ini
Hasil hari ini, 2 ekor ikan sembilang, 2 ekor ketam renjong dan beberapa ikan belang2 (tak tau nama sebenar). Jap lagi dah siap masak ikan sembilang tu InsyaALLAH Mila akan letak resepi... ;)
Sunday, October 24, 2010
Jom Gi Picnic!
Beberapa hari yang lepas, Mila dan keluarga jalan2 dan rehat2 bercuti-cuti Malaysia dengan keluarga. Ha.. Abah memang tak ikut sebab kali ni pergi dengan Mak. Dan since diorg dah tak ngam, so takleh ler nak jln2 sama2 lagikan... Sebenarnya Mila kadang2 rasa hidup sekarang ni amatlah complicated... susah sangat... nak pergi bercuti pun susah.. masalah duit satu hal, masalah nak cari tempat tidur/chalet idaman yang sesuai dengan semua org satu hal, masalah nak makan lagi... pergh macam2 hal ler.. Lagi2 kalau pergi ramai2...
Dulu masa kecik2 dengan Abah, senang je... Hari ni abah kata: OK, esok nak gi berkelah!.. apalagi, malam tu dah takleh nak tidur fikir bestnya esok gi mandi laut...
Life is so simple back then.. or maybe because masa tu Mila budak lagi jadi takdelah nak pikir apa2.. just follow jerlah kan...
So biasa dulu-dulu hari nak pergi picnic, makanan mesti ada.. Pagi2 mak akan masak Mee Goreng, letak udang lebih sikit... ayam goreng kunyit (ayam KFC jangan mimpiler), sandwich sardin.. sampai sekarang Mila masih suka makan sandwich sardin.... kadang2 masak nasi goreng lagi takut tak cukup kenyang.. :) tu jer makanan yg mesti ada tapi cukup sedap dan lazat.. takdenya nak nugget ker, pizza ke, muffin ke, kek ker atau lain2.
Pastu dah siap kemas2 makanan dan peralatan.. terus ke tepi pantai (rumah Mila tepi pantai je) Abah akan start the engine dan kitaorg naik bot terus vroooooooooooommmmmmmmmmmm ... Tempat nak picnic plak, Abah akan ronda kat tepi2 pantai, kalau nampak ada pasir yang putih, dan boleh lepak2 sikit, Abah akan terus je ikat bot kat dahan2 pokok dan kitaorg terus BEDEBUSH!!! terjun kat laut.. hehehe bestnya... tapi tak dalam sangat ler.... pastu mandi ler laut tu sampai puas... kalau rasa nak makan siput sedut, Abah akan pergi plak kat celah2 pokok bakau dan sekali lagi kitaorg BEDEBUSH!! terjun laut lagi.. pastu tengok celah2 pokok bakau tu bergayut je siput sedut, siput timba, siput mata merah terus kutip masuk dlm plastik.
Makan dalam bot pun boleh, kat tepi pantai pun boleh. Takdehal... Nak bilas? heheh takyah susah2. Balik naik bot basah2 pastu terus je balik rumah, bilas kat rumah... maklumlah rumah kat tepi pantai... Jadi memang takyah nak fikir nak tidur chalet mana, nak makan kat kedai mana.. dan mcm2 lagilah.... kos plak, sangat minima.. iaitu makanan jer... takat minyak bot takde hal ler...
P/S: Bilalah Abah nak bli bot lagi.. bleh piknik guna bot je pplak....
Friday, October 22, 2010
Singgah di Gerai-gerai Tepi Jalan
Thursday, October 21, 2010
Tidur Atas Lantai
Wednesday, October 20, 2010
Abah Makan Tangan Kiri
In Love With Blackberry Torch 9800 together with Celcom Exec 50!
Tuesday, October 19, 2010
Makan-makan dengan Abah
Saturday, October 16, 2010
Dialog hari Sabtu dengan Abah
Friday, October 15, 2010
Tadaaa!!!!!!!!!!!
Hm.. tiba-tiba rasa nak buat resepi plak... heheheh sapa kata blog pasal abah takleh buat resepikan? hehehe...
Bahan-bahan:
1kg Ketam bunga/renjong
1 kotak santan segera atau 1 biji kelapa parut yang diperah santan
15 bijji cili api (boleh tambah kalau nak lagi pedas)*
2cm Belacan*
4 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
2 cm kunyit hidup*
2 cm halia* *dikisar halus
2 btg serai dititik
1 cekak kacang panjang
1/2 cawan air asam jawa
4 cawan air (boleh tambah kalau terlalu pekat)
Garam, gula secukup rasa.
Cara-cara
1) Tumis bahan kisar sehingga garing/pecah minyak. Masukkan serai yang dititik.
2) Masukkan air kacau sebati.
3) Masukkan ketam yang telah disiang dan dibersihkan. Biar sehingga air mendidih.
4) Masukkan santan, perlahankan api. Kacau selalu selama 5 minit.
5) Masukkan kacang panjang, air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa jika mahu.
6) Angkat apabila kacang panjang separuh masak ikut kesukaan masing2...
P/S: Sorry kalau resepi macam tak betulll... first time buat resepi... :p
Bestnya!!!!!!!
Bestnya!!!!!!!
Hari ni abah bli ketam.... last week masa baru start buat blog ni ada jalan kat blog missSenget ada gambar ketam. Sedapjer nampak gambar tu...
Tadi abah balik cari adik Mila.. dia kata rini masak ketam abah bli... pergh... bestnya... (Ketam makanan kegemaran Mila). Tak sempat masak lagi Mila ambil gambar... heheh jap lagi dah siap masak mila ambil gambar lagi.. sori gbr kurang kualiti sebab pakai henpon cikai jer... kamera mana ntah....
Oh ya, tips dari Abah Mila, kalau nak bli ketam, pastikan ketam masih hidup atau baru mati... jangan beli ketam yg dah mati dan di simpan dalam air batu, rasa dia sangat berbeza dengan yang hidup ni......
Ok nak g masak dulu.....
Thursday, October 14, 2010
Bila Abah Nak Kahwin?
Sebenarnya mak aku ada lagi. Diorg bercerai atas sebab peribadi masing-masing yg dah tak tahan menjeruk rasa selama 25 tahun bersama.... Masa diorg bercerai tu aku tak kesah sangat sebab aku fikir daripada bersama tapi menderita, lebih baik berpisah... Sedara-mara kitaorg ramai gaklah yang terkejut.. sebab memang mak dan abah nampak mcm happy couple.. tapi tulah.. dah takde jodoh agaknya... Sebagai anak aku tak salahkan sapa-sapa. Dan aku masih baik dengan mak dan jugak abah. Aku tinggal di rumah abah, tapi tiap2 minggu aku mesti pergi rumah mak untuk luangkan masa dengan dia. Anak-anak aku rapat gila ngan mak aku tu.. huhuhu...
Ok berbalik pada kisah bila abah nak kahwin ni... aku bukan apa, kadang2 tensen dengan makcik-pakcik yg sibuk bertanya... Abah ko dah ada gelpren? Bila abah ko nak kawin Ngah? Macam-macam lagilah. Masa dulu-dulu aku pikir biarlah abah nak kawin ke tak nak ker.. suka hati dialah.. Kalau tak kawin lagi bagus, dah tua-tua ni nak kawin lagi buat apa?!!! Lagipun aku duduk serumah dengan abah, bab makan dia takde masalah boleh je aku masak... Tapi ada sorang mak sedara aku ni cakap, bagus juga kalau abah ko kahwin lagi Ngah, bukan apa, jagaan seorang anak terhadap bapa tak sama dengan jagaan isteri.. ;p Pastu ada sorang lagi kakak kepada abah ni siap kata: "Kalau takde calon, makcik bleh cari... ada org kat kampung lain yg andartu, pandai masak, rajin... dsb... cakap je kat makcik nanti makcik arrange." Huhuhu.. power ayat makcik tu kan.. Aku plak dlm hati fikir: "Bagus gak kalau ada org perempuan yg lebih berusia dari aku kat rumah nie... takyah lah aku nak kemas rumah" wahahaha.. aku mmg malas nak kemas rumah ok..... Jadi akupun saja usik-usik abah tanya takde makwe ke... kalau takde makcik *** ni boleh tolong... Skali abah kata: "Kalau abah nak sangat kahwin lagi.... tau ler abah cari sendiri!" huhuhuhu.. sia-sia kena marah... lepas2 tu aku dah tak tanya dah...
Selalu org sibuk tanya bila abah nak kahwin time kenduri kendara ler... ramai2 berkumpul.. semua sibuk tanya aku.. huhuhu... Ada gak aku slow talk ngan abah, saja tanya dia napa taknak kahwin lagi.... Dia cakap susah kahwin kerja prebet sapu mcm abah ni.... dapat isteri yg cemburu susah nak kerja... yerlah sebab abah aku ni peramah gak...
Eh lupa plak nak gosip... masa raya tu abah dapat kuih raya dua tiga bekas..
Aku: Sapa bagi ni bah?
Abah: Alah.. pelanggan abah... baik budaknya...
Aku: Perempuan ker? (takkan lelaki bagi kuih plakkan) hehehe
Abah: Ha ah.. tapi bahaya baik2 sangat dengan budak tu...
Aku: Kenapa?
Abah: Budak tu, mak dia janda!!!
Dlm hati aku... hm... tak tau nak komen apa...
P/S: Mak aku dah kawin lain... tu salah satu sebab aku tak duduk skali ngan mak aku.. tak nak kacau privacy diorg... kalau abah ku kawin lagi agaknya aku pindah dari rumah nie....
Wednesday, October 13, 2010
Lagu Felda!!
Kampungku penuh dengan.... Kelapa Sawit...
Lihatlah.....
Kampungku penuh dengan.... Kelapa Sawit...
Buahnya besar...
Hasil lumayan...
Buahnya besar...
Hasil lumayan...
Lihatlah.....
Kampungku penuh dengan.... Kelapa Sawit...
Ha tu lah bait lagu yang abah selalu nyanyi waktu kitaorg duduk kat felda tu...
Betapa nostalgiknya lagu tu sehingga sekarang kalau aku lalu kawasan pokok kelapa sawit automatik aku akan nyanyi lagu tu dalam hati... ;P
Kadang2 aku terjerit nyanyi kuat2 sehingga anak2 aku heran.....hehehe
P/S: Lagu tu aku tak pasti lagi rasmi atau tidak.. tapi memang abah selalu nyanyi lagu tu... kalau ada anak2 felda yang tau lagu tu bolehlah info yer....
Pekerjaan-pekerjaan Abah
Pekerjaan abah yang mula2 dulu adalah sebagai pemandu teksi tidak berlesen... Dia akan keluar masuk kampung dan bawak orang yang perlukan perkhidmatan kereta dia untuk kemana sahaja. Tahun 80-an org tak banyak kereta, jadi ada jugalah pendapatan abah walaupun tidak seberapa.
Kemudian abah ditawarkan jadi peneroka felda di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi. Di sana abah mempunyai satu lot/kawasan kelapa sawit untuk dikerjakan. Di sini aku sempat bertadika dan bedarjah satu selama sebulan. Hidup di felda agak menarik... boleh rayau2 satu blok, boleh ikut abah potong buah kelapa sawit, boleh mandi paya dan macam2 lagi. Abah juga pernah jadi ketua blok kat sini.. jadi adalah gaji lebih sikit.... Pada aku kerja di felda bukan makan gaji kerana hasil usaha sendiri yang menentukan berapa banyak duit kita dapat. Tapi entah mengapa hati abah beralih arah... Dia semacam kurang minat nak duduk di felda lagi...
Tahun 1985 abah ajak kami sekeluarga pindah balik ke kampung asal abah di Pasir Gudang nie. Pada masa ini abah menceburkan diri sebagai nelayan sepenuh masa. Jadi nelayan agak kurang pendapatan... namun abah tidak putus asa, dia nampak peluang lain, lalu dia memulakan perniagaannya sendiri. Abah menjadi peraih ikan... Abah akan membeli ikan dari nelayan2 yang ada di kawasan kampung ini dan dia jual kepada penduduk setempat. Pada masa itu, kawasan Pasir Gudang memang kurang penjual ikan segar.. Kipmart, Tesco, Econsave tak wujud lagi. Jadi perniagaan ikan abah memang mendapat sambutan. Abah sentiasa berfikir untuk memperluaskan perniagaannya. Akhirnya dia mendapat idea untuk memasarkan ikan nelayan tempatan kepada peniaga di Singapura pula. Maka pendapatan abah semakin bertambah... Abah beli ikan di sini dan dijual di Singapura dan sebaliknya... Pada masa abah sangat popular di kalangan pembeli ikan.. Cakap saja pasal Sahak jual ikan, ramai org yang kenal... Sekarang inipun kalau org tanya sapa aku (org kampung ni) aku akan cakap aku anak Sahak yg dulu jual ikan... ;). Kadang2 aku tolong abah jual ikan... Hujung minggu pendapatan abah melebihi 2k... wah.. terasa macam org kaya masa tu sebab aku kira duit.. hehehhe....
Tapi hidup ni macam roda.... kadang-kadang kita di atas, kadang2 kita di bawah... :( Tahun 90-an pelbagai masalah abah hadapi. Persaingan sengit, harga ikan yang tidak menentu, sistem kewangan abah yang tidak dijaga dengan betul menyebabkan perniagaan ikan semakin teruk... dan satu peristiwa ngeri berlaku menyebabkan perniagaan ikan abah ditutup selamanya...
Bila dah tidak berniaga, abah kembali menjadi nelayan. Masa ni aku dah besar dan sudah ada pendapatan sendiri. Jadi abah tidak perlu lagi menyara anak-anaknya... Tapi.. jadi nelayan pun banyak masalah walaupun hanyalah part time... Enjin bot abah banyak kali dicuri menyebabkan abah malas dah nak ke laut..
Akhirnya (sekarang ni) abah ambil keputusan untuk balik semula kepada kerja lama dia... Abah kini jadi pemandu teksi tidak berlesen (pakwancha/prebet sapu). Kadang2 aku tergelak sendiri mengingatkan semula kerja2 abah..... Eh tapi kalau nak tau.. kerja prebet sapu ni Mashuk jugak.... Tahun 2009, Abah boleh bagi adik aku RM5K untuk belanja perkahwinan adik aku tu.. Pergh.. tak sangka... aku ni nak simpan 5k? huh... jangan harapler..... RM5 pun belum tentu....
P/S: Aku cakap kat abah, takyah kerjalah... anak2 ada boleh support.. Dia kata, takper... duit tu nanti pun bukan untuk org lain... untuk anak2 jugak... pergh... terharu sehh....
Tuesday, October 12, 2010
Apa dah jadi, kenapa cuma abah?
Untuk mengelakkan kekeliruan atau gosip hehehehe baiklah aku terangkan kat sini....
Aku bukan anak yatim, mak masih ada... tapi aku tak buat blog pasal mak maybe sebab buat masa ni aku nak tumpukan pada kenangan aku dengan abah dulu... nanti kalau aku campur2 aku yang pening... biar satu-satu...
Tidak beerti aku tak sayang mak... aku sayang mak aku gak dan dengan mak aku selalu berborak...
P/S: Mak jua di hatiku....
Abah Bukan Kaki Pancing
TQ Plak Kat Ceym
Monday, October 11, 2010
TQ Izham
Seronok berblog ni... macam-macam pertandingan dan give away yang kawan-kawan blog anjurkan...
P/S: Abah masih tak tau lagi kewujudan blog nie... ;)
Abah dengan Anak VS Abah dengan Cucu
Abah Menamakan Anak-anak Caranya...
Pada tahun 1978, seorang lagi anak abah lahir kedunia. (Aku ler tu). Pada masa itu pula abah telah beralih arah. Dia dah tak minat dengan penari gelek. Dia suka kat pelakon hindustan plak. Sekali lagi kebetulan nama pelakon itu juga bermula dengan huruf S... Sharmila Tagore... tapi abah kata, dia taknak nama anaknya terlalu kehindu-an... jadi dia buang huruf h dan dia berikan ku nama "Melayu" sebagai Sarmila Sahak... Sarmila tiada H yer... huhuhu... Kadang-kadang aku segan memberitahu nama penuhku kepada rakan taulan... sebab namaku tak macam melayu... huhuhu sebab tu aku perkenalkan diriku sebagai Mila sahaja...
Tahun 1981, adikku (perempuan) lahir. Hmm... mungkin pada masa tu abah dah serius bekerja cari rezeki untuk anak-anak, dia dah tak berpoya-poya dan kurang minat terhadap pelakon, penari atau penyanyi... Abah dapat peluang menjadi peneroka Felda di Kota Tinggi. Felda tu ada lagi sampai sekarang, walaupun kami dah tak menetap disitu, kadang kalau aku pergi ke kawasan itu melawat makcik, aku pasti teringat dengan nama adikku.. hehehe. Abah dapat peluang jadi peneroka felda di Felda Bukit Waha. Mungkin kalau org lain tak terfikir nak namakan anak mereka sempena nama Felda... tapi abah dengan selamba menamakan anaknya yang ketiga sempena dia dapat jadi penerokan di felda itu. Abah masih mengekalkan tradisi menamakan anaknya bermula dengan huruf S. Jadi adikku dinamakan sebagai Salwah Binti Sahak. Kadang-kadang aku cakap kat adikku, Wa, nama ko ni patutnya jadi Salwaha... bukan Salwah.... hehehe.. tapi bijak jugalah abah ku letak nama adik aku tu... taklah pelik...
Lepas itu abah dah tak berpeluang menamakan adik-adikku yang lain. Sebabnya aku dan kakakku dah besar dan dah tau betapa pentingnya nama yang ada maksud. Masa adikku yg ke empat lahir abah beli buku nama dan maksud. Aku dan along membelek buku itu mencari nama yg bermula dengan huruf S jugak.. yerlah teruskan tradisi abah... Jadi adik yang keempat diberi nama Muhammad Syafiq bin Sahak dan seterusnya adik yang bungsu Mohammad Safwan Bin Sahak. Nama yang dipilih dari buku... dan tiada sejarah tak seperti nama adik-beradik yang perempuan.. hehehe...
Saturday, October 9, 2010
Naik Keretapi
Naik dari stesen Johor Bahru menuju ke Segamat, abah tak suka bazir duit... masa tu abah telah mula berniaga jadi kira ada duit jugaklahkan.. TAPI kitaorg naik keretapi kelas ke 3. Tempat duduk tidak diperuntukkan, sapa cepat dia dapat... pergh.. memang nasiblah... rasanya 2 jam (kotlah, tak pasti) perjalanan, hanya setengah jam je dapat duduk. Keretapi masa tu takde air-cond. Huh... panas, sesak, macam-macam lagilah... Tapi tetap seronok naik keretapi sebab tak pernah naik keretapi pada masa tu... Kat stesen yg keretapi tu stop, pasti akan ada makcik-makcik atau adik-adik jual makanan, kerepek kuih-kuih... meriah jer rasa.. tak sure skarang ada lagi tak suasana macam tu... Sampai je Segamat, ingatkan boleh jalan2 bandar Segamat... tapi harapan musnah apabila Abah terus ke kaunter tiket beli tiket untuk perjalanan pulang ke Johor Bahru... Huhuhuhu... rupa-rupanya naik keretapi ke Segamat BUKAN untuk jalan-jalan kat Segamat.. tapi untuk pengalaman naik keretapi semata-mata...... Abah memang sempoi.... hehehehe...
P/S: Skarang ni pun tak pernah jalan-jalan kat Segamat... ada blogger dari Segamat boleh ler tinggalkan komen... ;)
1st Giveway dari Prokesihatan
Nak tau hadiah dia apa? Hadiah dia merupakan, 10 keping setiap seorang FOOT DETOX yang akan dicabut melalui undian untuk 3 orang. Sapa yang nak join bolehlah join kat SINI.
Buah Kegemaran Abah
Aku dan abah jarang borak-borak.. yerlah aku anak pompuan.. jadi macam tak tau nak borak apa... Nak borak pasal bola memang aku tak minat, kalau pasal pemain bola tu lain ler kan.. ehehehe... Tapi ada gaklah borak2 isu semasa, isu politik dan kadang-kadang isu zaman dulu... ;) Jadi dia citer kat aku, "Dulu masa abah kecik, abah suka sangat buah pisang... pernah satu ketika, abah ikut arwah atuk pegi Singapura nampak kedai jual buah pisang... Abah duduk mencangkung kat kedai buah tu minta arwah atuk blikan buah pisang.... Seboleh-boleh abah nak juga buah pisang tu."
Hm.. punya faveret buah pisang.. sanggup merajuk abah aku kalau tak bli... hehehe... Sekarangpun dia masih setia membeli buah pisang... namun buah-buah lain tidaklah dia abaikan... hehehe
Aku ni tak ler minat makan buah sangat... asben aku suka gak buah, tapi takdelah peminat setia buah pisang...tapi anak-anaku memang suka gila kat buah pisang... huhuhu.. ikut keturunan abah ler tu.. Agak-agak kalau birthday dia nanti aku hadiahkan buah pisang setandan ok tak? Hehehehe... pastu ngan anak-anak aku skali ngap...
P/S: Incase satu hari nanti anak-anakku baca entri nie, ingatler citer ni yer... yang korang suka makan buah pisang sebab keturunan abah tok korang... hehehehe..
Friday, October 8, 2010
Abah Rotan Aku
Tapi ada sekali abah rotan aku dan aku sangat tak puas hati pasal ni...
Pagi tu aku tengok TV. Abah tengok aku lepak2, dia kata nanti kul 2 abah nak tengok plak. Aku bengang sebab ada citer best nak tengok kul 2.. kalau tak silap citer Maero Attack... heheh best citer jepun pasal main bola tampar.. Perkataan summersault tu first aku dengar kat citer tu ler... korang tau ke summersault tu apa? heheh tu ler teknik heroin ni nak tampar bola.. special teknik dia guling2 atas udara baru tampar bola.. ni ada link youtube pasal citer tu..
Eh balik pula pasal abah rotan aku... sori iklan citer plak... hehehe..
Aku kata kat abah... takleh ler kul dua aku nak tengok citer Maero Attack tu. Abah kata "citer tu takde hari ni" aku kata "Ada", abah kata "Takde.." pastu abah kata lagi "ha, kalau citer tu takde, abah rotan!" aku buat donno je sebab aku ingat abah main2.. Yerlah.... takkan pasal citer tu tak ada ditayangkan aku plak kena rotankan.. tak logik lansung....
Skali kul dua berlalu dan citer tu takde... hampeh btullah TV3 ker TV2 jer TV1... tak pasal-pasal abah ambik rotan, suuuuup.... aku kena rotan.... bengang rasanya dan sampai sekrang aku ingat kes tu... geram ada..... lawak ada ker? ....
Abah Suka Makan Kari
Oh lupa... ada kisah abah, aku dan kari nie... hehhe
Kalau tak silap aku, satu masa dulu (tak ingat tarikh yer harap maaf).. bulan puasa... mak aku dah masak lauk ikan asam pedas... tiba-tiba abah balik bawak balik kupang.. dia suruh mak aku masak kupang tu... cuba teka dia suruh masak apa? heheh tentulah kari... mak aku kemalasan sebab baru je masak asam pedas... kebetulan aku dengar permintaan abah tu.. so aku pun cakap kat mak, kesian abah nak makan kupang kari tu mak... dengan rajinnya aku volunteer masakkan kari kupang untuk abah masa tu... hehehe.. sedap ke tak, tak taulah... sebab masa tu aku tak besar sangat...
Abah Dan Hadiah
Abah tak pernah beri hadiah, abah tak pernah dapat hadiah dari aku...
Macam kejam kan aku....
Kisah benarnya begini, abah bukan orang yg suka berbicara/menunjukkan kasih sayang dia pada sesiapa.. sebab tu aku tak pernah dapat hadiah dari abah. Hari jadi ku takde hadiah, aku johan pertandingan syarahan di sekolah rendah takde hadiah, aku satu-satunya pelajar yg dapat 4A dalam UPSR kat skolah aku (tahun 1990) pun abah tak bagi hadiah... tapi aku ingat satu peristiwa, mungkin masa tu aku darjah 2.. aku dapat nombor satu dalam kelas..aku bagitau kat abah... dia kata "dapat no 1, berapa markah? dapat 100% ker?" huhuhu.... aku rasa abah tidak suka aku meninggi diri walaupun aku dapat no 1. Dia suruh aku lebih berusaha untuk menjadi lebih baik... oh ya... mungkin hadiah yg paling bermakna dari abah ialah selepas majlis penyampaian hadiah sekolah (aku naik pentas dapat hadiah no 1), abah bawa kami sekeluarga makan di sebuah kedai di Masai (johor). Aku rasa mee sup pada waktu tu paling sedap pernah aku makan... namun kedai tu dah tak wujud lagi.. nama kedaipun aku tak ingat. Kadang2 aku lalu kawasan tu, aku akan teringat perasaan makan mee sup hadiah aku dapat no 1... heheheh
Oh, kenapa aku tak pernah bagi abah hadiah ekk?... aku pun heran.... tapi memang janggallah kalau time harijadi dia aku nak bagi hadiah tak pasal-pasal abah buat donno je... malu jer... hihihi.. tapi dulu2 masa aku duduk KL ada gaklah aku beli buah tangan kat abah... baju Crocodile ke, kasut ke, seluar slack ke.... tapi takdelah aku bg kata ni hadiah.. aku bg kasi camtu je... ;)
Bulan 12 ni harijadi abah.. nak bagi hadiah ke eh? ajak makan di luarpun abah tak hingin..... huhuhu
Orang Kata, Abah Kata
Abah Kata: Biar Cepat Tapi Selamat...
ini kerana abah tidak suka kalau kami adik beradik buat kerja lambat2, semuanya mesti cepat, pantas dan tepat... huhuhu...
Orang Kata: Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah
Abah Kata: Memang senang nak susah, memang susah nak senang...
err aku rasa sama je maksud dia kan.. cuma terbalikkan.... hehehe pening.....
Buat masa ni, tu ler yg aku ingat.... nanti kalau ada lagi.. aku update lagi....
Permulaan
Oh ya... aku anak kedua, jadi biasa dipanggil ANGAH oleh ahli keluarga terdekat..
Di harap kalian juga mengingati abah/ayah/papa dan panggilan sewaktu dengannya ketika membaca cerita-cerita di sini....