Iklan

Saturday, January 1, 2011

2006, 2007, 2008, 2009, 2010

Terkenang kata-kata Abah Mila…

“Apabila kita di akhir tahun, nilaikanlah tahun itu. Adakah lebih baik dari tahun sebelumnya, atau lebih teruk. Kalau lebih baik, Alhamdulillah, kalau tidak.. cuba periksa kenapa jadi begitu dan perbaikilah tahun yang mendatang.”

Jadi pada setiap hari terakhir tahun Mila akan nilaikan kehidupan Mila sikit2..

2006 – Tahun 2006 Mila mendapat rahmat yang tak terhingga kerana melahirkan anak yang kedua. ALhamdulillah..

2007- Mungkin tiada apa perkembangan pada tahun 2007 Mila hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa..

2008 – Mula aktif dengan internet dan berkenalan dengan beberapa kawan di luar Malaysia. Juga mula mengintai peluang menjana pendapatan sampingan dengan internet. Anak sulong mula sekolah di tadika. Telahpun membuat blog tapi setakat 2 posting saja… hehehe

2009 – Terjumpa peluang perniagaan secara online. Mila membuka sebuah butik pakaian kanak-kanak berjenama (Kids Secret Boutique) berhampiran dengan rumah dan juga menjual secara online dengan blogshop.

2010 – Melebarkan sayap perniagaan pakaian kanak-kanak dengan menjual secara borong. Juga menerbitkan e-book. Anak pertama memulakan persekolahan rasmi di darjah satu. Oh… Alhamdulillah tahun nie (2010) hutang bayar kereta langsai..

Adakah 2011 akan menjadi lebih baik? Mudah-mudahan…

4 comments:

  1. Nampak ketara perkembangannya disitu.
    InsyaAllah 2011 boleh jadi lebih elok dan mulus :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mila, mudah2an perkembangan lagiiii bertambah baik dan berkat! Adik sihat ka?

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mila,

    Deqlis dtg jengah nie..
    terima kasih sudi join contest..
    wah!! sungguh teruja ku membacanya..
    good luck ya..

    moga perkembangan yg lebih baik dan good luck untuk 2011..:-) nnti jgn lupa join my GA pula esok start...:-)

    ReplyDelete
  4. Hairil: Amin..
    Kak Yong: AlhamduliLLah.. sihat..
    deqlis: dah lama dah buat tu tapi tak tau nak buat sticky tu yang lambat sket join... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...