Iklan

Wednesday, January 26, 2011

Ikan Merah Di Rakit Tanjung Langsat

22 Jan 2010 Jam 10 Malam, kitaorg bergerak naik bot menuju ke Rakit di Tanjung Langsat. Tujuan kesana untuk trip memancing 1st time tahun 2011 nie… hehehe.. Biasalah.. tangan dah gigil nak pegang rod… wah… Jangan salah sangka, bukan Mila yang memancing. Tapi Mak, suami dan adik ipar Mila yang gemar memancing nie. Aktiviti keluarga ni bagus untuk merapatkan lagi hubungan… Elok dilakukan pada hujung minggu.. TAPI pada yang ada anak2 kecil tu, kenalah Extra carefull sebab rakit agak kurang selamat untuk budak2 yang tengah rajin nak explore itu ini. Kalau silap langkah boleh terjatuh ke laut ataupun sungai. Sebab itu kitaorg bertolak pada waktu malam. Jadi sampai di rakit, anak2 terus tidur. Walaupun memang tak selesa, yelah atas rakit mana ada tilam atau aircond.. tapi bolehlah lelapkan mata…

Suami Mila membuka langkah kanan apabila pancingannya di terkam dengan anak ikan Gelama…. tak lama lepas tu, adik ipar plak dapat ikan yang sama..Oh, anak sedara Mila juga mencuba nasib pertama kalinya memancing.. Dia berjaya menewaskan 2 ekor anak ikan gelama jugak.. Hm.. musim ikan gelama agaknya hari tu… Ha.. suami mila ada gak dapat ikan Yu bodoh 2 kali.. ikan tu takleh makan, jadi kitaorg lepaskan jer.

Jam 5 pagi, sewaktu Mila dibuai alunan ombak diatas rakit, terdengar suara-suara memanggil… Manalah camerawoman nie… dapat ikan besar nie…. ambil gambar, ambil gambar… dengan mamai mila gi lah tengok..wah… Mak Mila berjaya menewaskan ikan merah.. boleh tahan besarnya… Ni lah first time kitaorg memancing dapat ikan merah… memang excited gaklah…

Mak Mila yang berjaya dapat ikan Merah…IMG_0060

Orang lain tumpang gembira dapat ikan merah…IMG_0062

Keseluruhannya, trip kali ini agak santai… tapi bila matahari mula menjelma, dan anak-anak mula bangun, memang tak dapatlah nak memancing dengan tenang.. budak2 nie suka2 angkat joran.. jalan sana sini.. so kitaorg balik jam 9 pagi.. .

4pic

5 comments:

  1. BESTNYA dapat ikan merah besar plak tu...

    ReplyDelete
  2. pergh...lame da rasenyer xmenikmati panorama laut...terasa nk pe mengail la...haha

    ReplyDelete
  3. Ada 2 benda best kat situ:
    1) Dpt ikan merah. Kalo beli kat pasar tu mahal tuuuu!

    2) Tido bertemankan bintang. Tak pernah try la. Kena try ni!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa tdo atas kelong sbb takut laut.Mila, kat PG ni mana seafood best?Rahmat ada lagi tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...