Iklan

Friday, January 21, 2011

Resepi: Biskut Coklat Rekah Seribu

Erm.. anak-anak Mila suka makan biskut.. Tiap2 hari minta duit nak beli biskut.. Jadi Mila fikir2… baik buat sendiri biskut.. bleh buat banyak dan jimat…

Tapi tulah budak2 nie.. kalau mak sendiri yang buat.. Diorg tak pandang… mcm tak sedap je biskut tu.. kalau ikutkan hati nie.. memang merajuklah ngan anak2 nie.. heheheheh.. tapi takperler.. biskut tahan lama.. bleh simpan.. nanti diorg makan ler sket-sket, lama-lama habis ler tu…

IMG_0027

Resepi Asal Mila Google kat SINI….

IMG_0034

Bahan-bahan

  • 220g dark chocolate
  • 170g gula perang
  • 80g tepung gandum/biasa
  • 10g butter
  • 2 biji telur
  • 1/2 S/T baking powder
  • 1/2 S/T garam (kalau guna butter bergaram, takyah letak garam)

Preparation

  • Panaskan oven 180°C.
  • Cairkan coklat dan butter dengan kaedah double boil. Sejukkan.
  • Didalam bekas lain, campurkan tepung, baking powder dan garam.
  • Dalam mangkuk lain (Ketiga), pukul telur dan gula perang hingga kembang.
  • Campukan adunan tepung ke dalam adunan gula dan telur. Kaup balik sebati.
  • Masukkan coklat yang telah cair, kacau rata.
  • Alas loyang dengan kertas minyak.
  • Gunakan sudu teh, bulatkan doh dan letakkan atas kertas minyak. Jarakkan setiap bulatan doh.  Doh akan mengembang.
  • Bakar 10-15 minit mengikut oven masing-masing.

5 comments:

  1. Your blog is great你的部落格真好!!
    If you like, come back and visit mine: http://b2322858.blogspot.com/

    Thank you!!Wang Han Pin(王翰彬)
    From Taichung,Taiwan(台灣)

    ReplyDelete
  2. OK apa rupa biskut tu. Terasa nak masuk monitor dan curi seketul dua daaa!

    ReplyDelete
  3. Salam Mila, ni ke yg kata cookies yg bebudak Amerika suka makan? Cam seropa jer. Tapi kalau boh cokelat biji tu sah2 best!

    ReplyDelete
  4. cookies ni crunchy ke jenis chewy? tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...