Iklan

Wednesday, January 12, 2011

Mee Hoon Tauchoo Orang Malas…

Hm.. hari nie terasa nak makan mee hoon tauchoo… Jarang Mila masak mee hoon tauchoo nie.. Bukan apa.. leceh sikit… jadi hari ni buat yang kurang leceh… hehehehe… Entri ni khas untuk sepupu Mila yang mintak resepi. Tadi post kat Facebook, dia kata nak masak tak tau.. jadi ni Mila bagi resepi.. harap2 dapatlah dia buat sendiri yer…. Winking smile

IMG_2288

Bahan-bahan:-
1 bungkus Mee Hoon - rendam dengan air
1/2 Kg Daging - Direbus empuk dengan 2 liter air
25 tangkai cili kering - digunting dan direndam air panas*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - di bilas dengan air*
1/2 cawan tauchoo masin kasar - Mila guna jenama Yeos* Bahan * di kisar halus
1/2 Cawan Kacang tanah tumbuk/hancur
1 Tangkai daun sup dan daun Bawang
1 cawan tauchoo masin kasar
Garam, Serbuk Perasa (Jika Mahu), Gula Secukup rasa

Cara-caranya:-

  1. Rebus Mee Hoon hingga masak dan toskan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga garing/pecah minyak. Sentiasa kacau jangan sampai hangit. Minyak akan memercik dengan banyak, jadi berhati-hati.. :)
  3. Masukkan tauchoo kasar. Gaul sebati, masukkan pula kacang tanah. Kacau.
  4. Tuangkan daging dan air rebusan ke dalam tumisan. Kacau rata.
  5. Biar mendidih. Masukkan garam (tak perlu banyak kerana tauchoo sudah masin), ajinamoto jika mahu dan gula. (Mila suka kuah yang agak manis, jadi Mila letak gula banyak sikit = 5 sudu besar). Kacau sebati, dan rasa. Jika rasa sudah sesuai dengan citarasa, padamkan api.
  6. Masukkan mee hoon dalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya dan tabur dengan daun sup dan daun bawang. Sedia dihidang.

P/s: Sebenarnya mee hoon ni ada gak orang panggil Mee siam. Tapi kena goreng dulu mee hoon tu. Dan di hidang dengan kepingan tauhu goreng, bawang goreng, telur rebus dan taugeh. Oleh sebab Mila tak kuasa nak buat yang leceh2 tu. Cara kat atas tu jelah yang Mila buat... ;)

IMG_2289

5 comments:

  1. ni macam mee siam singapura ke.. mmg sedap.. tp kalau di spore.. kuah dia masam & manis.. hmmm sungguhlah sedap..

    ReplyDelete
  2. MéuzAngelo™ XXIII: Terai ler..
    Saya_arief: Ha ah, sedap (masuk lif tekan sendiri) heheh
    Yasminhamid: Cubalah....
    nujoha: Ha ah lebih kurang ler tu.. kuah memang masam dari tauchoo dan manis dari gula...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...