Iklan

Thursday, February 24, 2011

Tune Talk Mobile Prepaid

Mila ingat lagi, masa reunion ngan kawan2 sekolah dulu, ada gak kitaorg borak2 pasal prepaid nie..

kwn2

Memang betulpun… kata kawan Mila tu… prepaid yg Mila guna memang agak mahal gaklah. Lagi-lagi kalau telefon ke luar kawasan, rangkaian yg tak sama.. pergh.. kejap je habis.. Sms ke rangkaian telefon yang tak samapun mahal…. Nak online guna phonepun rasa tak berbaloi kalau nak guna prepaid tu. Buat habis kredit jer!

TAPI… kini tidak lagi!! Mila dah jumpa prepaid yang berbaloi… Prepaid yang Mila maksudkan tu, tak lain tak bukan prepaid dari TUNE TALK. Memang Best!

masthead-tunetalk

Jom tengok Kelebihan TUNE TALK Mobile Prepaid!
1) Boleh activatekan sim card secara online.
Yup... Mila activatekan sim card Mila secara online jer.. Mila cuma emel maklumat Mila beserta scan copy IC Mila, dan selepas beberapa jam, sim card Mila sudah boleh digunakan..

2) Boleh pilih 4 nombor telefon terakhir yang kita suka.
Ha.. ini memang Mila suka sangat! Mila boleh pilih sendiri 4 nombor terakhir untuk nombor telefon Mila.. Macam VIP plak rasa bila boleh pilih2 nombor nie. heheh

3) Boleh tukar no telefon di masa akan datang bila-bila sahaja.
Dengan kadar bayaran RM5, kita boleh tukar nombor telefon kita, bila-bila masa. Tanpa soal jawab, tanpa banyak kerenah, kita boleh tukar nombor telefon kita bila-bila masa secara online. Boleh juga pilih 4 nombor terakhir tu...

4) Online Customer Care Ammbassador yang sangat cool di website rasmi TUNE TALK.
Ha.. perkhidmatan ni Mila memang dah guna 2 kali. Wah... senang dan best bila bleh tanya macam-macam kat Customer Care Ammbassador TUNE TALK nie. Takde caj. Kita cuma online di website TUNE TALK dan click kat icon Chat with us tu dan chat ngan Customer Care Ammbassador dia. Diaorg pun sangat membantu dan friendly..

5) Flat Rate untuk buat panggilan.
Kalau dulu memang Mila susah nak call kawan2 nie.. lagi2 kalau diorg punya rangkaian tak sama dengan rangkaian Mila... Mila sms jer... Tapi dengan TUNE TALK nie.. hehe Mila rajin dah tepon kawan2.. Yerlah 16 sen je setiap minit. Tak kesah mana-mana rangkaian. Rangkaian tetap ke, mudah alih ke, di Johor ke, di Melaka ke, di KL ke rate dia tetap 16 sen setiap minit. Memang berbaloi!

6) Flat rate untuk SMS
Ha... rate untuk SMS plak 5 sen setiap Sms. Sama gak, tak kesah rangkaian mana skalipun. Takde had 10 orang ke, 5 orang ke.. semua sapu bersih, sama je rate dia.

7) Rate Data termurah (5 sen untuk setiap 1Mb).
Pada yang suka online guna telefon, Mila rasa TUNE TALK ni beri harga terbaik! 5 sen je untuk setiap MB.. Yup, MEGABYTE bukan KiloByte! Rasanya rangkaian lain takleh dapat harga tu.. hehehe

8) Coverage yang meluas.
TUNE TALK ni dia guna rangkaian Celcom. Jadi tak usah risau pasal coverage. Memang meluas. Masa Mila bermalam di rumah rakit kat area Pulau Nenas tu pun line telefon ok jer..

Dan Lagi ada Extra hanya dari TUNE TALK

extrag1) Tukar point untuk tiket Air Asia
Pergh... setiap kali kita top-up, kita akan dapat point. Point ni plak bleh tukar untuk tiket penerbangan Air Asia. Dengan serendah 2000 TUNE TALK point, kita boleh terbang dengan Air Asia dari LCC Terminal KL ke Alor setar/Johor/Penang/Tawau. Tu contoh jelah.. lagi banyak point kita kumpul, lagi jauh kita boleh terbang... dan yang pentingnya, point tu takde expired date! So kita bolehlah kumpul lama-lama...

2) Percuma Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM100K.
Dengan maintain RM30 top-up sebulan, pelanggan TUNE TALK akan dapat coverahe insuran bernilai RM100K. Pastikan kita simpan bahagian simcard yang ada 16 digit nombor dan barcode tu.

Wah.. memang best dengan TUNE TALK ni... Jom kawan2 kita berhijrah ke TUNE TALK! ;)

Khidmat pesanan masyarakat TUNE TALK ini di tulis oleh Mila

6 comments:

  1. Wah, mekasih byk sbb buat entry ni dgn jelas dan nyata. Aritu ada baca gak ttg Tune Talk ni kat blog kengkawan tapi tak jelas sangat.

    Sesuai sungguh utk buat additional line nie. Satu soalan je..kat mana nak beli simcard nya ni?

    ReplyDelete
  2. Hairil: Bleh check dealer terdekat diorg kat link nie yer... :-
    http://www.tunetalk.com/dealers

    ReplyDelete
  3. wehhh.. dah tukar nombor ke? nti sms kita no br awak tau. tk sanggup la nk berlost contact nti ;)

    ReplyDelete
  4. Blom tukar 100% lagi, Ni no kedua... ;)

    ReplyDelete
  5. Saya dah tukar ke Tune Talk dan ia memang berbaloi..

    ReplyDelete
  6. Mula mula rasa cam mahal aje.. Sebab tak tahu
    Kelebihan tune talk prepaid.. Bila dah mula serius baru nampak memang dapat jimat banyak.. Sebab tiap bulan boleh dapat duit untuj bayar topup..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...