Iklan

Friday, February 11, 2011

Mentarang… Apa Tu?

Sebelum Mila ke Kuala Selangor masa CNY hari tu, kawan Mila ada bagitau yang dia tak tau apa itu belangkas… Kat facebook kadang2 Mila upload gak gambar2 masakan. Ada gaklah upload gambar belangkas masak sambal.. Jadi kawan tu kata, dia nak cuba makan. Mila kata, boleh je Mila masak masa gi rumah dia kalau ada org jual…. Tapi dia kata, belangkas mcm takde org jual. Kalau kepah, kerang, kijing, lokan, mentarang tu banyaklah…. Mila baca je komen tu terus terfikir-fikir.. apa bendalah mentarang tu… Tanya kat dia, dia kat mentarang tu sejenis kerang/kepah gak.. tapi dia pun tak pernah masak.. huhuhu…

Oklah Mila google gambar mentarang tu dan nampaknya taklah mengerikan.. kira bolehler try… wah.. bila kawan2 yg lain baca pasal mentarang kat facebook nie… abis semua excited.. sebab maybe kebanyakkan org johor memang tak tau pasal mentarang nie… Jadi, selain dari menziarah kawan Mila di Kuala Selangor tu… ada tujuan lagi satu.. iaitu mencari/membeli mentarang untuk dimasak dan dimakan.. yerlah nak cuba rasa…

Kitaorg beli mentarang di Pantai Remis. Wah.. masa jalan2 kat pantai tu ada gak brader baru naik dari mencari mentarang. Adalah seorang wanita ni nak beli mentarang fresh tu. Tapi brader tu kata, mentarang yg dia baru je dapat tu dah tolak kat tauke.. so kalau nak, kenalah beli kat tauke… wah… bisness gak brader tu kan…

Harga sekilo mentarang saiz kecil masa tu RM5, dan yang saiz beso sikit RM7. Mila beli 1kg yg kecik dan 1kg yg beso. Plan nak bawak balik johor nak kasi abah Mila rasa. Tapi… uwaaaa…. bila sampai johor je.. mentarang tu semua dah basi gara-gara perjalanan dari Kuala Selangor ke Pasir Gudang selama lebih kurang 11jam.

Hari ahad tu kitaorg bertolak balik ke Pasir Gudang jam 12 Tengahari. Mila dah jamahlah sikit mentarang tu.. Memang sedap.. Tapi sampai di Pasir Gudang jam 11malam.. Wahh.. rasa macam balik dari Kelantanpun ada… Punyalah lama dalam kereta. Mila ingatkan hi-way PLUS ke arah KL je jem, rupanya ke arah johor pun jem gak… huhuhu… serik rasanya nak travel time2 public holiday… huhuhu..

Ok, jom tengok rupa mentarang tu…

Mentarang 1kg RM5

Mentarang Fresh dari Pantai…DSC00356

Mentarang Goreng Berlada… IMG_0360

P/S: Nampak gaya kena ke Kuala Selangor lagilah akan datang… kena masak dan makan mentarang kat situ gak….

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...