Iklan

Thursday, February 10, 2011

Picnic di Pantai Remis, Kuala Selangor

CNY 2011 datang dan pergi… Tahun nie agak bermakna buat Mila.. Eh jangan salah faham plak.. bukannya Mila celebrate CNY tu.. Tapi tahun ni amat bermakna sebab pada masa tu Mila dan keluarga pergi melawat kawan sekolah rendah. Yerlah baru minggu sebelumnya kawan Mila tu datang ke Johor, dan masa CNY tu plak Mila gi rumah dia. Jumpa gak mak dan ayah dia yang memang dah lama tak jumpa.

Rumah dia kat Sungai Buloh Kuala Selangor, dekat gaklah ngan Kampung Kuantan. Tapi Mila tak pergipun tengok firefly atau bukit Melawati yg terkenal kat situ. Memang datang untuk spend time dengan dia….

Pada 5 Feb tu dia bawak kitaorg gi picnic,di Pantai Remis, wah.. mcm2 makanan dibawaknya.. Laksa, nasi, mee goreng, ikan bakar dan lain-lain. Bawak gak tempat membakar, hajatnya nak bakar kerang… asben Milalah yg membakar kerang hingga rangup (hangus) dibuatnya…

Masa kitaorg sampai, air tengah surut.. jadi takleh bermandi-manda. So anak-anak bolehler main layang-layang. Angin sangat kuat dan memang seronok main layang-layang. Kalau yg adventurous tu, bolehlah mengepah.. Dalam erti kata lain bolehler try cari kerang, kepah dan lain2. Oh.. ada satu jenis kepah yg Mila tak pernah tau seblom nie.. Nanti Mila tulis satu entri khas… ;)

EH kebetulan pula sehari sebelumnya, rakan blog Mila EN Hairil gi gak kat Pantai Remis. Tapi dia lunch kat gerai2. Bleh tengok citer dia kat:-

http://warlordsarmoury.blogspot.com/2011/02/lunch-pantai-remis-kuala-selangor.html

Ok..jom tengok gambar2…

 

Posing jap di Pantai Remis

Di gerai jualan…

Kawan Mila yg asyik main layang-layangDSC00313

Asben Mila yg sedang membakar kerang..DSC00336

Inilah tempat kitaorg picnic….DSC00358

2 comments:

  1. Eh, susah susah je letak link tu kat situ. Apa apa pun mekasih manyak ye!

    Ya betul, Warlord pegi sehari sblm Mila...kalo tak boleh jumpa sembang sembang sambil makan kerang rangup yg asben Mila sediakan tu. Hehehe!

    First time Warlord ke Pantai Remis..selama ni setakat dgr aje...best sbb ada aktiviti mengepah tu..makan makan dan sgt sesuai main layang layang! :)

    ReplyDelete
  2. kat sana piknik memang best tapi kera bnyk n susah nak makan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...