Wah.. terasa Italianlah plak… eheheh.. tekak ni nak makan lasagna.. Kalau dulu makan lasagna kat Shakeys jer.. Memang sesuai ngan tekak Mila, lasagna kat shakeys tu… sedap.. tapi since Shakeys kat Tesco Plentong tu tutup.. memang tak dapatlah nak mkn lasagna…
Dah lama google resepi lasagna.. tapi mcm leceh nak buat sebab banyak sangat jenis cheese dia.. harga cheese plak, paham2 jerlah.. bukannya murah… huhuhu.
Tapi satu hari last week, Mila ternampak resepi lasagna roll kat All Recipe… wah… menarik dan tertarik nie.. sebab lasagna dia buat creatif sket.. tak mcm lasagna biasa yg lapis tu.. Kali ni resipi tu dia roll je lasagna noodle tu… jadi ekspedisi mencari bahan2 dimulakan di Jusco Skudai, malangnya stok cheese tak banyak pilihan kat Jusco tu. Terus mencari lagi di Tesco pada malam harinya.. maka lengkaplah bahan2 nak masak tu…
Ok.. resepi kat bawah nie.. Mila ubah sikit2.. kalau nak yang ori bleh klick kat SINI>>>
Lasagna Lets Roll..
Bahan-bahan:-
500g Daging cincang Australian
2 sudu besar butter
1/2 Biji bwg Holland dipotong dadu
1 ulas bwg putih dicincang
1 botol sos spagethi tradisional jenama Kimball
1 sudu besar Oregano kering
Garam secukup rasa
1 1/4 cawan Ricotta Cheese
1/4 cawan Parmesan cheese diparut (atau blu dah siap parut)
1 biji telur di pukul sederhana
6 keping lasagna (di masak dan di toskan)
1/2 cawan Mozarella cheese
Cara-cara:-
- Panaskan kuali, cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau.Masukkan pula daging cincang. Kacau sebati sehingga daging agak masak. Masukkan sos spagheti Kimball, oregano dan garam. Perlahankan api, reneh 10 minit. (Bahan Daging)
- Di bekas lain, satukan ricotta cheese dan parmesan cheese bersama telur yg sudah dipukul. (Bahan Cheese)
- Di dalam bekas bersaiz 8 X 8 inci, ratakan sebahagian bahan2 daging.
- Letakkan sekeping lasagna di atas kertas minyak, sapukan bahan-bahan cheese. Kemudian, letakkan 1 1/2 sudu besar bahan2 daging di atasnya. Gulungkan lasagna itu. Susun gulungan lasagna ke dalam bekas yg telah diratakan bahan2 daging tadi.
- Ulang langkah 4 sehingga semua lasagna habis.
- Curah lebihan bahan2 daging dan bahan2 keju keatas susunan lasagna tadi.
- Taburkan Mozarella Cheese di atas sekali.
- Bakar 180 darjah Celcious selama 30 minit. Sejukkan seketika sebelum dihidang.
will surely give it a try but have to replace with minced mutton or minced chicken as we at home are beef free.
ReplyDeleteNava.K: I think chicken would also be great!! ;)
ReplyDelete