Iklan

Tuesday, February 22, 2011

Kolam Ketam Abah

Dah lama tak tulis kisah abah mila kan.. Asik kisah mila jer... Hehehe.. So hari ni mengingat kembali kisah abah.. Pada tahun 1990-an.. Abah mila mempunyai visi yg tinggi. Dia lihat market ketam bangkang sangat menggalakkan. Jadi abah bina kolam pelihara ketam bangkang. Seronok masa tu... Kadang-kadang abah bawak kitaorg sekeluarga gi kolam dia. Kolam tu dibina tanpa alat2 canggih. Yg mila ingat, kolam ty sepenuhnya daripada tanah. Mungkin abah gali tanah dan buat benteng. Oh, bekas abang ipar mila ada membantu abah. Kawasan kolam tu didalam hutan bakau dan agak terperosok sikit. Kalau nak pergi kenalah naik bot. Kalau ikut jalan darat memang tak sampai.
Selalunya aktiviti di kolam tu, kalau kitaorg pergi, mestilah mencari siput sambil picnic. Memang best.. Picnic di kawasan kolam, pastu cari siput plak.. Kdg2 time picnic tu en. Monkey dtg mengacau... Ada skali tu, monkey tu siap ambil buah nangka yg kitaorg bwk... Pergh.. Geram jer...
Tapi tulah.. Goods things didnt last.. Kolam ketam abah tidak kekal lama. Salah satu sebabnya, abh buat kolam tu bukan diatas tanah milik abah. Walaupun kawasan hutan. Abah ada cuba beli/minta tanah tu dengan pejabat tanah. Tapi ditolak kerana tanah tu sudahpun dimiliki syarikat swasta. Memang tak sangka.. Kawasan hutan bakaupun sudah ada yg miliki tanah tu.. Memang bukan rezeki abah agaknya.
Akhirnya kolam tu terbiar sahaja... Yerlah kalau abah terus usahakan, nnt pemilik tanah tu saman abah plakkan... Jadi.. Abah biarkan saja.. Kolam itu musnah sendiri...

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...