Iklan

Thursday, February 24, 2011

Tune Talk Mobile Prepaid

Mila ingat lagi, masa reunion ngan kawan2 sekolah dulu, ada gak kitaorg borak2 pasal prepaid nie..

kwn2

Memang betulpun… kata kawan Mila tu… prepaid yg Mila guna memang agak mahal gaklah. Lagi-lagi kalau telefon ke luar kawasan, rangkaian yg tak sama.. pergh.. kejap je habis.. Sms ke rangkaian telefon yang tak samapun mahal…. Nak online guna phonepun rasa tak berbaloi kalau nak guna prepaid tu. Buat habis kredit jer!

TAPI… kini tidak lagi!! Mila dah jumpa prepaid yang berbaloi… Prepaid yang Mila maksudkan tu, tak lain tak bukan prepaid dari TUNE TALK. Memang Best!

masthead-tunetalk

Jom tengok Kelebihan TUNE TALK Mobile Prepaid!
1) Boleh activatekan sim card secara online.
Yup... Mila activatekan sim card Mila secara online jer.. Mila cuma emel maklumat Mila beserta scan copy IC Mila, dan selepas beberapa jam, sim card Mila sudah boleh digunakan..

2) Boleh pilih 4 nombor telefon terakhir yang kita suka.
Ha.. ini memang Mila suka sangat! Mila boleh pilih sendiri 4 nombor terakhir untuk nombor telefon Mila.. Macam VIP plak rasa bila boleh pilih2 nombor nie. heheh

3) Boleh tukar no telefon di masa akan datang bila-bila sahaja.
Dengan kadar bayaran RM5, kita boleh tukar nombor telefon kita, bila-bila masa. Tanpa soal jawab, tanpa banyak kerenah, kita boleh tukar nombor telefon kita bila-bila masa secara online. Boleh juga pilih 4 nombor terakhir tu...

4) Online Customer Care Ammbassador yang sangat cool di website rasmi TUNE TALK.
Ha.. perkhidmatan ni Mila memang dah guna 2 kali. Wah... senang dan best bila bleh tanya macam-macam kat Customer Care Ammbassador TUNE TALK nie. Takde caj. Kita cuma online di website TUNE TALK dan click kat icon Chat with us tu dan chat ngan Customer Care Ammbassador dia. Diaorg pun sangat membantu dan friendly..

5) Flat Rate untuk buat panggilan.
Kalau dulu memang Mila susah nak call kawan2 nie.. lagi2 kalau diorg punya rangkaian tak sama dengan rangkaian Mila... Mila sms jer... Tapi dengan TUNE TALK nie.. hehe Mila rajin dah tepon kawan2.. Yerlah 16 sen je setiap minit. Tak kesah mana-mana rangkaian. Rangkaian tetap ke, mudah alih ke, di Johor ke, di Melaka ke, di KL ke rate dia tetap 16 sen setiap minit. Memang berbaloi!

6) Flat rate untuk SMS
Ha... rate untuk SMS plak 5 sen setiap Sms. Sama gak, tak kesah rangkaian mana skalipun. Takde had 10 orang ke, 5 orang ke.. semua sapu bersih, sama je rate dia.

7) Rate Data termurah (5 sen untuk setiap 1Mb).
Pada yang suka online guna telefon, Mila rasa TUNE TALK ni beri harga terbaik! 5 sen je untuk setiap MB.. Yup, MEGABYTE bukan KiloByte! Rasanya rangkaian lain takleh dapat harga tu.. hehehe

8) Coverage yang meluas.
TUNE TALK ni dia guna rangkaian Celcom. Jadi tak usah risau pasal coverage. Memang meluas. Masa Mila bermalam di rumah rakit kat area Pulau Nenas tu pun line telefon ok jer..

Dan Lagi ada Extra hanya dari TUNE TALK

extrag1) Tukar point untuk tiket Air Asia
Pergh... setiap kali kita top-up, kita akan dapat point. Point ni plak bleh tukar untuk tiket penerbangan Air Asia. Dengan serendah 2000 TUNE TALK point, kita boleh terbang dengan Air Asia dari LCC Terminal KL ke Alor setar/Johor/Penang/Tawau. Tu contoh jelah.. lagi banyak point kita kumpul, lagi jauh kita boleh terbang... dan yang pentingnya, point tu takde expired date! So kita bolehlah kumpul lama-lama...

2) Percuma Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM100K.
Dengan maintain RM30 top-up sebulan, pelanggan TUNE TALK akan dapat coverahe insuran bernilai RM100K. Pastikan kita simpan bahagian simcard yang ada 16 digit nombor dan barcode tu.

Wah.. memang best dengan TUNE TALK ni... Jom kawan2 kita berhijrah ke TUNE TALK! ;)

Khidmat pesanan masyarakat TUNE TALK ini di tulis oleh Mila

Wednesday, February 23, 2011

Kalau Berpacaran–Official Video

Saja nak share link lagu nie.. Official video lagu Kalau Berpacaran dr Sohaimi Meor Hasan, Ana Rafali dan Altimet.. memang best.. dengar ulang2 pun tak bosan…. dan video clip ni mmg lawak…

Tuesday, February 22, 2011

Kolam Ketam Abah

Dah lama tak tulis kisah abah mila kan.. Asik kisah mila jer... Hehehe.. So hari ni mengingat kembali kisah abah.. Pada tahun 1990-an.. Abah mila mempunyai visi yg tinggi. Dia lihat market ketam bangkang sangat menggalakkan. Jadi abah bina kolam pelihara ketam bangkang. Seronok masa tu... Kadang-kadang abah bawak kitaorg sekeluarga gi kolam dia. Kolam tu dibina tanpa alat2 canggih. Yg mila ingat, kolam ty sepenuhnya daripada tanah. Mungkin abah gali tanah dan buat benteng. Oh, bekas abang ipar mila ada membantu abah. Kawasan kolam tu didalam hutan bakau dan agak terperosok sikit. Kalau nak pergi kenalah naik bot. Kalau ikut jalan darat memang tak sampai.
Selalunya aktiviti di kolam tu, kalau kitaorg pergi, mestilah mencari siput sambil picnic. Memang best.. Picnic di kawasan kolam, pastu cari siput plak.. Kdg2 time picnic tu en. Monkey dtg mengacau... Ada skali tu, monkey tu siap ambil buah nangka yg kitaorg bwk... Pergh.. Geram jer...
Tapi tulah.. Goods things didnt last.. Kolam ketam abah tidak kekal lama. Salah satu sebabnya, abh buat kolam tu bukan diatas tanah milik abah. Walaupun kawasan hutan. Abah ada cuba beli/minta tanah tu dengan pejabat tanah. Tapi ditolak kerana tanah tu sudahpun dimiliki syarikat swasta. Memang tak sangka.. Kawasan hutan bakaupun sudah ada yg miliki tanah tu.. Memang bukan rezeki abah agaknya.
Akhirnya kolam tu terbiar sahaja... Yerlah kalau abah terus usahakan, nnt pemilik tanah tu saman abah plakkan... Jadi.. Abah biarkan saja.. Kolam itu musnah sendiri...

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, February 20, 2011

A Night In A Rakit

We start the journey by boat at 9.30PMIMG_0447

We had a simple dinner with rice, sambal ketam and as below picture, my hubby cooked egg omelet right there and then!IMG_0458

While the adults are fishing, we let the kids entertain themselves with my ipad.. playing games…IMG_0460

All games and no actual fishing is not good for the kids right.. so come day time, its their turn to fish.IMG_0462

The Rakit House.. and our bekal for the 1 night, 1 day trip.IMG_0464

The Rumah Rakit are located next to Pulau Nenas in Johor.IMG_0465

Our catch for the day was some small Gelama, 3 small pari and 1 tebal pipi.. IMG_0479

Wonder what my brothe inlaws is up to?..IMG_0483

Oh.. he pick up (Mussel) Kupang from under the rakit with his mouth!!IMG_0485

Clean up the Kupang before going back home..IMG_0481

Our second catch of the day.. tons of Kupang..IMG_0488

What a fun and great day for the whole family indeed… And no, my brother in-laws didn’t actually pick the kupang with his mouth… LOL

Friday, February 18, 2011

Festival Layang-Layang di Pasir Gudang 2011

16-20 Februari nie, kat Pasir Gudang busy ler jalan rayanya… Ada pesta layang-layang. Biasanya memang tiap-tiap tahun bulan February ada pesta nie. Banyak layang-layang kat bukit layang-layang di layangkan… hehehe…

Sesekali seronok gak bawak anak-anak pergi. Tapi yang tak tahannya, bila sampai sana mesti kena bli layang-layang.. huhuhu.. kalau bleh selalu main takper jugak.. ni bli pastu simpan jer…

Orait sekadar info untuk kawan-kawan yang maybe pergi kat Johor nie, singgahlah Pasir Gudang skali. Bleh tengok macam-macam jenis layang antarabangsa. InsyaAllah kalau Mila pergi, Mila upload gambar real dari sana…

Sebelum tu bolehlah jenguk2 laman web rasmi kat:-

Pasir Gudang World Kite Festival 2011

pgkite

Thursday, February 17, 2011

HAQ - A Nice Surprise!

Mila ada buat entri pasal filem Haq Kat sini dulu… minggu lepas, tetiba ada posmen telefon tanya rumah Mila ni kat mana… hm.. ingatkan lesen Mila dah siap.. Yelah renew lesen secara online je kt myeg tu.. senang…

Tup-tup dapat bungkusan yg agak besar. Eh.. takkan lesen besar nie kot… Bukak je bungkusan dapat sesuatu yg tak diduga… heheh..

Wah… dapat T-shirt Filem HAQ!!!

Tak sangka sangat bleh dapat. Mila masuk contest kat Carrefour online je… Match kan gambar, sapa cepat dia menang.. Mila rasa takdelah dapat tempat pertama, tapi dapat gak saguhati tu.. hehehe.. oklah kan.. ada gak souvenir..

Tq to HAQ & Carrefour!

P/S: Nantikan sequel citer HAQ ni…

Tuesday, February 15, 2011

Handmade By Mum

Flower made with Buah PinangIMG_0282

Flower Made With KapurIMG_0283

Flower Bud Made With CengkihIMG_0284

Fresh Buah Pinang IMG_0289

All This For a Wedding Sireh Bouqet… IMG_0288

Inilah hasil kerja tangan mak Mila… rajin bebeno buat bunga-bunga nie.. kalau Mila… pergh… tak sanggup… huhuhu

Monday, February 14, 2011

Lasagna Rolls

IMG_0405

Wah.. terasa Italianlah plak… eheheh.. tekak ni nak makan lasagna.. Kalau dulu makan lasagna kat Shakeys jer.. Memang sesuai ngan tekak Mila, lasagna kat shakeys tu… sedap.. tapi since Shakeys kat Tesco Plentong tu tutup.. memang tak dapatlah nak mkn lasagna…

Dah lama google resepi lasagna.. tapi mcm leceh nak buat sebab banyak sangat jenis cheese dia.. harga cheese plak, paham2 jerlah.. bukannya murah… huhuhu.

Tapi satu hari last week, Mila ternampak resepi lasagna roll kat All Recipe… wah… menarik dan tertarik nie.. sebab lasagna dia buat creatif sket.. tak mcm lasagna biasa yg lapis tu.. Kali ni resipi tu dia roll je lasagna noodle tu… jadi ekspedisi mencari bahan2 dimulakan di Jusco Skudai, malangnya stok cheese tak banyak pilihan kat Jusco tu. Terus mencari lagi di Tesco pada malam harinya.. maka lengkaplah bahan2 nak masak tu… Winking smile

Ok.. resepi kat bawah nie.. Mila ubah sikit2.. kalau nak yang ori bleh klick kat SINI>>>

Lasagna Lets Roll..

Bahan-bahan:-
500g Daging cincang Australian
2 sudu besar butter
1/2 Biji bwg Holland dipotong dadu
1 ulas bwg putih dicincang
1 botol sos spagethi tradisional jenama Kimball
1 sudu besar Oregano kering
Garam secukup rasa
1 1/4 cawan Ricotta Cheese
1/4 cawan Parmesan cheese diparut (atau blu dah siap parut)
1 biji telur di pukul sederhana
6 keping lasagna (di masak dan di toskan)
1/2 cawan Mozarella cheese

Cara-cara:-

  1. Panaskan kuali, cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau.Masukkan pula daging cincang. Kacau sebati sehingga daging agak masak. Masukkan sos spagheti Kimball, oregano dan garam. Perlahankan api, reneh 10 minit. (Bahan Daging)
  2. Di bekas lain, satukan ricotta cheese dan parmesan cheese bersama telur yg sudah dipukul. (Bahan Cheese)
  3. Di dalam bekas bersaiz 8 X 8 inci, ratakan sebahagian bahan2 daging.
  4. Letakkan sekeping lasagna di atas kertas minyak, sapukan bahan-bahan cheese. Kemudian, letakkan 1 1/2 sudu besar bahan2 daging di atasnya. Gulungkan lasagna itu. Susun gulungan lasagna ke dalam bekas yg telah diratakan bahan2 daging tadi.
  5. Ulang langkah 4 sehingga semua lasagna habis.
  6. Curah lebihan bahan2 daging dan bahan2 keju keatas susunan lasagna tadi.
  7. Taburkan Mozarella Cheese di atas sekali.
  8. Bakar 180 darjah Celcious selama 30 minit. Sejukkan seketika sebelum dihidang.

Lasagna Lets Roll, senang dihidang satu persatu…IMG_0408

Friday, February 11, 2011

Mentarang… Apa Tu?

Sebelum Mila ke Kuala Selangor masa CNY hari tu, kawan Mila ada bagitau yang dia tak tau apa itu belangkas… Kat facebook kadang2 Mila upload gak gambar2 masakan. Ada gaklah upload gambar belangkas masak sambal.. Jadi kawan tu kata, dia nak cuba makan. Mila kata, boleh je Mila masak masa gi rumah dia kalau ada org jual…. Tapi dia kata, belangkas mcm takde org jual. Kalau kepah, kerang, kijing, lokan, mentarang tu banyaklah…. Mila baca je komen tu terus terfikir-fikir.. apa bendalah mentarang tu… Tanya kat dia, dia kat mentarang tu sejenis kerang/kepah gak.. tapi dia pun tak pernah masak.. huhuhu…

Oklah Mila google gambar mentarang tu dan nampaknya taklah mengerikan.. kira bolehler try… wah.. bila kawan2 yg lain baca pasal mentarang kat facebook nie… abis semua excited.. sebab maybe kebanyakkan org johor memang tak tau pasal mentarang nie… Jadi, selain dari menziarah kawan Mila di Kuala Selangor tu… ada tujuan lagi satu.. iaitu mencari/membeli mentarang untuk dimasak dan dimakan.. yerlah nak cuba rasa…

Kitaorg beli mentarang di Pantai Remis. Wah.. masa jalan2 kat pantai tu ada gak brader baru naik dari mencari mentarang. Adalah seorang wanita ni nak beli mentarang fresh tu. Tapi brader tu kata, mentarang yg dia baru je dapat tu dah tolak kat tauke.. so kalau nak, kenalah beli kat tauke… wah… bisness gak brader tu kan…

Harga sekilo mentarang saiz kecil masa tu RM5, dan yang saiz beso sikit RM7. Mila beli 1kg yg kecik dan 1kg yg beso. Plan nak bawak balik johor nak kasi abah Mila rasa. Tapi… uwaaaa…. bila sampai johor je.. mentarang tu semua dah basi gara-gara perjalanan dari Kuala Selangor ke Pasir Gudang selama lebih kurang 11jam.

Hari ahad tu kitaorg bertolak balik ke Pasir Gudang jam 12 Tengahari. Mila dah jamahlah sikit mentarang tu.. Memang sedap.. Tapi sampai di Pasir Gudang jam 11malam.. Wahh.. rasa macam balik dari Kelantanpun ada… Punyalah lama dalam kereta. Mila ingatkan hi-way PLUS ke arah KL je jem, rupanya ke arah johor pun jem gak… huhuhu… serik rasanya nak travel time2 public holiday… huhuhu..

Ok, jom tengok rupa mentarang tu…

Mentarang 1kg RM5

Mentarang Fresh dari Pantai…DSC00356

Mentarang Goreng Berlada… IMG_0360

P/S: Nampak gaya kena ke Kuala Selangor lagilah akan datang… kena masak dan makan mentarang kat situ gak….

Thursday, February 10, 2011

Picnic di Pantai Remis, Kuala Selangor

CNY 2011 datang dan pergi… Tahun nie agak bermakna buat Mila.. Eh jangan salah faham plak.. bukannya Mila celebrate CNY tu.. Tapi tahun ni amat bermakna sebab pada masa tu Mila dan keluarga pergi melawat kawan sekolah rendah. Yerlah baru minggu sebelumnya kawan Mila tu datang ke Johor, dan masa CNY tu plak Mila gi rumah dia. Jumpa gak mak dan ayah dia yang memang dah lama tak jumpa.

Rumah dia kat Sungai Buloh Kuala Selangor, dekat gaklah ngan Kampung Kuantan. Tapi Mila tak pergipun tengok firefly atau bukit Melawati yg terkenal kat situ. Memang datang untuk spend time dengan dia….

Pada 5 Feb tu dia bawak kitaorg gi picnic,di Pantai Remis, wah.. mcm2 makanan dibawaknya.. Laksa, nasi, mee goreng, ikan bakar dan lain-lain. Bawak gak tempat membakar, hajatnya nak bakar kerang… asben Milalah yg membakar kerang hingga rangup (hangus) dibuatnya…

Masa kitaorg sampai, air tengah surut.. jadi takleh bermandi-manda. So anak-anak bolehler main layang-layang. Angin sangat kuat dan memang seronok main layang-layang. Kalau yg adventurous tu, bolehlah mengepah.. Dalam erti kata lain bolehler try cari kerang, kepah dan lain2. Oh.. ada satu jenis kepah yg Mila tak pernah tau seblom nie.. Nanti Mila tulis satu entri khas… ;)

EH kebetulan pula sehari sebelumnya, rakan blog Mila EN Hairil gi gak kat Pantai Remis. Tapi dia lunch kat gerai2. Bleh tengok citer dia kat:-

http://warlordsarmoury.blogspot.com/2011/02/lunch-pantai-remis-kuala-selangor.html

Ok..jom tengok gambar2…

 

Posing jap di Pantai Remis

Di gerai jualan…

Kawan Mila yg asyik main layang-layangDSC00313

Asben Mila yg sedang membakar kerang..DSC00336

Inilah tempat kitaorg picnic….DSC00358

Wednesday, February 2, 2011

Reunion Retro Terbaik..

Wah.. tajuk tu macam Abah Mila je yg buat reunion tu kan.. Yerlah, retrolah katakan... hehehe.. Tapi sebenarnya, Mila dan kawan-kawan yang buat reunion tu. Hampir seminggu reunion tu diadakan.. tapi baru sekarang Mila buat entri..
Banyak kisah2 manis yg dikenang kembali  waktu reunion tu. Tapi Mila sebagai AJK majlis, tidak dapat berbual lama dengan kawan2.. yerlah kitaorg bukannya buat dihotel atau dewan, tapi sekadar buat dibawah khemah.. Sekali pandang macam kenduri kahwin pun ada...
Kebetulan adalah dua tiga lagi kawan2 yg masih single... so kitaorg yg dah tak single nie sukalah mengusik diorg tu.. hehehe.. harap2 diorg tak berkecil hati..
Kitaorg semua bersekolah di Sek Keb Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Waktu kitaorg sekolah rendah dulu kitaorg agak rapat. Lagipun duduk sekampung dan kelas ada dua sahaja. Kitaorg juga aktif dengan Persatuan Beruniform seperti Pengakap, Tunas Puteri dan PBSM. Ada juga yang menjadi wakil sekolah untuk acara sukan...
Bila berjumpa semula malam 29 Jan tu, ada yg Mila dah tak cam muka.. lagi2 yang laki2. Kalau yg perempuan Mila ingat lagi.. yerlah selalu lepak gi tido rumah diorg, mandi laut sama-sama kat depan rumah nie... gi piknik sama-sama, merentas desa... macam2 yg kitaorg lakukan bersama-sama...
Oh, ada diantara kawan2 tu yang Mila tak jumpa face to face 21 tahun! Sebab bila sekolah menengah, Mila sekolah berasrama.. Ada jugak yg Mila masih lagi jumpa tiap2 tahun. InsyaAllah pertemuan 29 Jan ini akan mengeratkan lagi hubungan kami semua....
Satu benda yang Mila perhatikan, yg perempuan, ni kalau mula2 jumpa dan waktu nak balik, mesti peluk2... tapi yang lelaki takat salam2 jer.. So waktu yg perempuan nie peluk2 budak2 lelaki mcm jeles jer... hehehe...
Oklah... Mila selit sikit gambar2 reunion tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...