Iklan
Friday, October 21, 2011
Ikan Bolos Di Pekan-Nenasi Pahang
Wednesday, October 19, 2011
Umpan Pancing - Ruat Pasir
- Isi stokin dengan roti atau nasi/beras, ikatkan elok2.
- Pastu rendam di bibir air laut/pantai.
- Kibas2kan stokin tu. Lihat di pasir pantai.. aim kepala ruat. (Kepala ruat akan keluar dari pasir sebab dia suka dengan bau roti/nasi tu)
- Cengkam dan tarik kepala Ruat tu perlahan-lahan. Jangan putuskan. Lagi panjang Ruat, lagi banyaklah boleh buat umpan.
Monday, October 17, 2011
Sup Tulang Merah Terbaik
Wednesday, October 12, 2011
Resepi: Peanut Butter Chocolate Bars
Tuesday, October 11, 2011
Apabila Abah Mula BerSUARA!
Pergh...berdesing telinga ni mendengarnya.... Tapi nasib baik bukan Mila yang kena sound. Huhuhu... Ayat Abah ni memang kasar. Tapi apa yang di cakapnya tu memang betul!...
Adik Mila ni ada kedai makanan ringan. Tiap2 hari pasti ada jajan, aiskrim atau gula-gula yang dia kasi anak dia dan anak Mila makan. Haish... Mila dah sound gak, jangan kasi anak aku jajan sangat. Tapi tulah adik Mila ni hati lembut. Dia kata budak2 naklah, nanti nangislah.. Ish... susah betul!
Ha baru je kejap tadi abah sound dia ayat sebijik kat atas tu.. Tu pun adik Mila bleh jawablagi kata kesian anak dia nangis nak sangat gula2 tu... huhuhu.. Gila btul... Yerlah, Mila sokong kata abah mila tu. Bukan apa, anak dia tu dah seminggu demam, cirit-birit & muntah. Semalam siap gi hospital lagi... Tapi hari ni dia boleh plak nak kasi anak dia makan jajan ngan gula-gula. Mau tak bising orang tua tu...
Sunday, October 9, 2011
Fine Dining 5 Star Food In JB (KFCH International College Coffee House)
Saturday, October 8, 2011
Rahsia Abah Sihat Selalu
Saturday, May 7, 2011
Thursday, April 28, 2011
Cuppies & Truffles Bouquet
Oh.. hari Ibu minggu depan nie… Semalam google sana sini cari idea nak bagi hadiah kat Mak… ternampaklah idea nie.. wah… sangat menarik… Milapun cubalah buat….
Mula2 tu nak combinekan cuppies dengan Macarons… tapi memandangkan macarons agak susah dan leceh… Mila teringat yg dulu Mila ada buat Chocolate Truffle.. ok gaklah combinekan… ni lah hasilnya…
Oh ya… Mila baru buat homemade cake untuk dijual… saja mencari peluang tambah pendapatan… sebab tulah ada logo kat gambar tu yer… hehehe.. kalau ada yg interested nak beli bolehlah jenguk Facebook Mila…
Thursday, April 14, 2011
Tiramisu Cake
Inilah rupa kek Tiramisu yg tak ori tu.. heheheh..
Oklah kan.. utk makan di petang hari. Sejuk tekak… Mila combine resepi cheese dia dari kawan facebook Mila dan kek dia mila buat kek span jer… pada sesapa yg tak terjumpa biskut ladyfinger tu, bolehlah cuba Tiramisu guna kek yer… sedap jugak…hehehe
RESEPI KEK SPAN
Bahan-bahan:-
- 200 Gram Gula castor
- 200 Gram tepung naik sendiri
- 200 Gram Butter Suhu Bilik
- 3 1/2 biji telur-dipukul
Cara-cara:-
- Panaskan oven 180C. Alas loyang 8in X 8in dengan baking paper. (Dua loyang)
- Pukul gula dengan butter sehingga gebu/putih.
- Masukkan telur sedikit-sedikit dan pukul rata.
- Masukkan tepung dan gaul sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan ratakan ke dalam 2 loyang tadi.
- Bakar 20 Minit.
- Keluarkan dari oven sejukkan sebentar dan dibalikkan kek ke atas rejai. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum membuat lapisan Tiramisu.
RESEPI LAPISAN CHEESE
Bahan-bahan:-
- 250 Gram Cream Cheese (Mila potong kiub kecik2 supaya mudah nak pukul nanti)
- 250 ML Whipping Cream
- 150 Gram Gula Pasir
Cara-cara:-
- Pukul semua bahan sehingga cream cheese betul-betul licin dan tidak berketul.
CARA BUAT TIRAMISU
Bahan-bahan:-
- 2 keping kek span
- Lapisan cheese
- Bancuhan Nescafe. (Bancuh 100ml air dengan 1 sudu besar nescafe) Mila guna instant Espresso
- Serbuk Koko secukupnya. (Mila guna Hershey's Cocoa)
CARA-CARA:-
- Sediakan bekas sesuai. (Mila guna tupperware). Potong kek mengikut saiz bekas dan letakkan di dasar bekas.
- Sapu/brush air espresso/Nescafe di atas permukaan kek. Boleh lebihkan air Nescafe supaya kek lebih lembut dan menyerap nescafe.
- Tuang separuh adunan cheese keatas kek dan ratakan. (Mila letak cheese dlm plastik dan paipkan ke atas kek supaya mudah untuk diratakan)
- Tabur rata serbuk koko diatas adunan cheese.
- Letak kek kedua kedalam bekas. Ulang langkah 2 hingga empat.
- Sejukkan Tiramisu beberapa jam sebelum sedia dihidang.
Mila cuma buat dua lapis saja, ada orang buat 3 lapis. Terserah kepada anda ya.
Wednesday, April 13, 2011
The NOT Original Tiramisu
Hmm kalau kat Wikipedia Tiramisu bermaksud: Tiramisu (Italian: tiramisù; Venetian: tiramesù [tirameˈsu]; literally "pick me up") is a popular Italian cake. It is made of biscuits (usually savoiardi) dipped in coffee, layered with a whipped mixture of egg yolks and mascarpone, and flavored with liquor and cocoa.[1]
Tekak ni dah lama nak makan Tiramisu.. Tapi banyak resepi asal/asli kena letak coffee liquor. Jadi haramlah kan untuk org Islam. Bila dah jumpa resepi yang tak letak liquor tu plak, kena guna mascarpone cheese… Letihlah cari mascarpone cheese kat Malaysia nie… susah..huhuhu. Ok pastu dapatlah resepi yg guna cream cheese jer.
Tengok2 stok kat fridge adalah cream cheese tu. So apalagi, berkobar2 lah nak buat Tiramisu nie… Skali tengok betul2 resepi tu nak kena guna biskut ladyfinger… aish..manalah nak cari biskut tu kat kampung nie.. huhuhu..
And Then.. Mila ingat Mila pernah makan KEK Tiramisu… yer.. KEK, bukan yg biskut tu.. ha.. apalagi…. Mila buatlah Kek Span sebagai ganti Biskut ladyfinger tu… Hehehe.. Kalau nak, seribu daya…
Oh.. manaplak gambar Tiramisu tu?… erm… ada kat dlm fridge tu.. tengah tunggu petang sket.. NNT Upload gambar The NOT Original Tiramisu tu yer….
SAHAK BAGUS-Keropok Istimewa!
Oh.. agak busy nampaknya anak Abah Mila ni yer… heheheh… Kdg2 tiada apa yg Mila ingat atau nak kongsi di sini… Jadi sepilah seketika blog abah ini.
Ha ni ada projek terbaru Abah Mila…. dia dah bukak gerai jual keropok. Sebenarnya Adik Mila yg goreng dan bungkus keropok2 tu semua. Tapi label keropok tu letak nama ABAH Mila jugak sebabnya, dia yg keluarkan modal…
Hm… apa kelas nama SAHAK BAGUS kan… hahah… ntahlah… Pada Mila taklah best sangat nama tu. Tapi dah atas permintaan pemilik… kenalah ikutkan… kang merajuk susah plak… Mila ni kadang2 rajin sesangat nak design segala macam logo… tapi bila idea dan kerajinan itu kureng.. maka hasilnyapun… hahahah.. tengoklah sendiri…
TADAAAA!!!!!
P/s: Kalau nak rasa keropok istimewa tu, sudilah ke Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang Johor yer….
Monday, March 28, 2011
Perkhidmatan Jahit Langsir di Nilai 3
Oh.. mungkin org lain dah lama tau.. tp Mila baru jer tau semalam (27 March). Mila jumpa kawan kat Nilai 3. Mulanya saja jer jalan2 cuci mata… Sekali berkenan sungguh ngan corak kain langsir… Pegang2, sentuh2… heheh.. pastu :-
Mila: Cantiknya kain nie...
Saleman: Ha yg nie murah2.. RM38 semeter...
Mila: Gulp...
Saleman: U nak brapa meter? Boleh diskaun lagi...
Mila: Tengok2 jer... ;)
Saleman: Ha kalau u nak, siap jahit 1 jam. Jahit kira free..
Mila: FREE??!!! Siap satu jam?
Saleman: Yes, free... jahit yg biasa tu lah yg guna besi empat.
Mila: Oh.. so semua brapa? I nak satu langsir jer... 2 panel.
Saleman: Semua RMXXX.XX akak pilih kain.
Mila: Ok, I nak kain nie...
Saleman: Alamak akak, yg tu dah habislah... yg lainlah...
Mila: Alah... I nak yg tu.. yg lain I taknak...
Aduh.. bencinya... kain yg Mila nak lah yg takde... hampeh btul...
Mula2 ingat dah selamat ler.. tak jadi beli... Tapi tulahkan... kat Nilai 3 banyak kedai kain... so jalan2 lagi, pusing2 lagi, ada jugak corak yg memang Mila nak kat kedai lain walaupun jenis kain yg lain... Kebanyakkan kedai kain langsir kat Nilai 3 nie menawarkan perkhidmatan jahit langsir dengan cepat. Memang sesuai untuk org yg tak reti jahit mcm Mila nie. Hehehee Akhirnya beli jugak kat kedai lain.... hehhee.. I love shopping at Nilai 3!!!
Saturday, March 12, 2011
Carrot Cake With Cream Cheese Frosting.. Simply Delish!
Dulu-dulu kalau orang kata jom makan carrot cake, Mila akan menolak. Yerlah… Mila suka kek coklat jer.. Tapi adalah skali cuba rasa kat Secret Recipe… wah… memang sedap gila! Pastu kalau gi Secret Recipe memang order carrot slice je..
Dah lama nak try buat carrot cake nie.. Tapi macam ngeri sket.. Bahan2 dia bleh tahan banyak gak… Skarang dah buat, macam mudah jer… Hehehe… Resipi Mila ambil dari Blogger terkenal Mat Gebu. Memang sedap… Cuma cream cheese dia Mila ubah sikit ikut selera Mila.. hehehe…
BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering (tak letak, takde stok)
1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING :
5 camca besar mentega
250g cream cheese
2 camca teh esen vanilla
1 2/3 cawan gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum disapu dengan cream cheese. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
- UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan vanilla hingga cheese agak lembut. Masukkan mentega satu sudu, satu sudu hingga adunan sebati. Masukkan gula aising sedikit-sedikit terus memutar hingga gebu dan halus mengikut citarasa anda. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
Pasni takyah gi Secret Recipe… dah boleh buat sendiri..
Monday, March 7, 2011
Pengantin Baru Wajib Basuh Periuk!
Abah: Baru balik dari mana nie?
Mila: Dari kenduri kahwin Imah (sepupu) Pergh... Abislah dia..
Abah: Kenapa?
Mila: Yerlah, muksu dah sediakan periuk besar untuk diorang.
Abah: Oh... Biasalah tu...
Mila: Heran btullah... Napa pengantin yang kena basuh... Patutnya, hari ni kan diorang raja sehari... Raja mana ada basuh periuk nie..
Abah: Hm.. Tu lah ko... Bukannya tau sebab-musabab pengantin kena basuh periuk....
Mila: Hah, ada sebab ker? Bukan saja nak test pengantin?
Abah: Yerlah... Mestilah bersebab. Adat Orang Melayu ni bersebab, bukannya buta-buta jer tau!
Mila: Hm.. Apa sebabnya?
Abah: sebenarnya, pengantin diwajibkan basuh periuk kenduri seorang satu periuk supaya keluarga pengantin boleh lihat tahap kesungguhan pengantin ni menjalani kehidupan rumah tangga. Kalau periuk yg dibasuh tu bersih dan berkilat, alamatnya bahagialah rumah tangga tu. Maksudnya pengantin tu akan bertanggungjawab dlm perkahwinan diorg sebagaimana bertanggungjawabnya dia basuh periuk tu bersih dan berkilat. Kalau diorg basuh ala kadar jer... Alamatnya, perkahwinan diorgpun ala kadar jerlah. Tak bersungguh-sungguh...
Mila: Ohhhh.. Abah dulu basuh periuk bersih tak? (dengan senyum kambing)..
Abah: Hm.. Abah basuh ala kadar jer.. Tapi mak ko basuh bersih2...
Mila: Oh... (dlm hati kata, patutler)
Jadi pada pengantin baru, kalau keluarga korang ada budaya basuh periuk nie... Siap sedialah yer...basuh bersih-bersih agar rumah tangga kekal... InsyaALLAH...
- Posted using BlogPress from my iPad
Saturday, March 5, 2011
Bersiaran dari atas rakit tanjung langsat..
Mila dan keluarga telahpun berada sejak jam 2 petang tadi.. Hasil buat masa ini, beberrapa ekor ank ikn gelama, ikan tebal pipi dan terbesar ikan gemang... Memang mengujakan...
- Posted using BlogPress from my iPad
Thursday, March 3, 2011
Kip Mart Masai... Baru, Besar, Bagus?
Jadi hari ni kebetulan nak gi bli lauk untuk esok... Ajak asben gi kipmart masai...
Mcm yg tajuk tu... Kip mart masai ni memang BARU & BESAR. Bab bagus plak... Hm.. Ni kira macam reviewlah jugak..
Kipmart ni bukanlah shopping kompleks macam jusco... Konsep dia.. Pelbagai jenis peniaga, berniaga bermcam jenis produk dibawah satu bumbung... Eh.. Mcm shopping complexs gak kan.. Hehehe..
Cuma produk kat dalam kip mart ni lebih kepada barangan biasa yang bukan branded.. So kalau nak cari boutique ori guess, timberland memang tak jumpalah..
Tapi kalau nak beli tudung, barangan runcit, sayur-sayur, ikan segar, hasil tani memang sesuai kat kip mart ni.
Selalunya, mila ke kipmart untuk membeli ikan, sayur, udang, sotong, ayam, daging dan rempah ratus.. Konsep macam pasar basah, tapi ada aircond dan selesa.. Dan boleh beli pada waktu malam... Harga pulak berpatutan..
Banyak lagi barang yg dijual kat kipmart nie. Tapi mila tak berapa nak ingat sebab mila memang gi kipmart utk bli stok lauk2... ;)
Dan kipmart masai yang baru nie... Kesimpulannya..memang BAGUS!
- Posted using BlogPress from my iPad
Thursday, February 24, 2011
Tune Talk Mobile Prepaid
Mila ingat lagi, masa reunion ngan kawan2 sekolah dulu, ada gak kitaorg borak2 pasal prepaid nie..
Memang betulpun… kata kawan Mila tu… prepaid yg Mila guna memang agak mahal gaklah. Lagi-lagi kalau telefon ke luar kawasan, rangkaian yg tak sama.. pergh.. kejap je habis.. Sms ke rangkaian telefon yang tak samapun mahal…. Nak online guna phonepun rasa tak berbaloi kalau nak guna prepaid tu. Buat habis kredit jer!
TAPI… kini tidak lagi!! Mila dah jumpa prepaid yang berbaloi… Prepaid yang Mila maksudkan tu, tak lain tak bukan prepaid dari TUNE TALK. Memang Best!
Jom tengok Kelebihan TUNE TALK Mobile Prepaid!
1) Boleh activatekan sim card secara online.
Yup... Mila activatekan sim card Mila secara online jer.. Mila cuma emel maklumat Mila beserta scan copy IC Mila, dan selepas beberapa jam, sim card Mila sudah boleh digunakan..
2) Boleh pilih 4 nombor telefon terakhir yang kita suka.
Ha.. ini memang Mila suka sangat! Mila boleh pilih sendiri 4 nombor terakhir untuk nombor telefon Mila.. Macam VIP plak rasa bila boleh pilih2 nombor nie. heheh
3) Boleh tukar no telefon di masa akan datang bila-bila sahaja.
Dengan kadar bayaran RM5, kita boleh tukar nombor telefon kita, bila-bila masa. Tanpa soal jawab, tanpa banyak kerenah, kita boleh tukar nombor telefon kita bila-bila masa secara online. Boleh juga pilih 4 nombor terakhir tu...
4) Online Customer Care Ammbassador yang sangat cool di website rasmi TUNE TALK.
Ha.. perkhidmatan ni Mila memang dah guna 2 kali. Wah... senang dan best bila bleh tanya macam-macam kat Customer Care Ammbassador TUNE TALK nie. Takde caj. Kita cuma online di website TUNE TALK dan click kat icon Chat with us tu dan chat ngan Customer Care Ammbassador dia. Diaorg pun sangat membantu dan friendly..
5) Flat Rate untuk buat panggilan.
Kalau dulu memang Mila susah nak call kawan2 nie.. lagi2 kalau diorg punya rangkaian tak sama dengan rangkaian Mila... Mila sms jer... Tapi dengan TUNE TALK nie.. hehe Mila rajin dah tepon kawan2.. Yerlah 16 sen je setiap minit. Tak kesah mana-mana rangkaian. Rangkaian tetap ke, mudah alih ke, di Johor ke, di Melaka ke, di KL ke rate dia tetap 16 sen setiap minit. Memang berbaloi!
6) Flat rate untuk SMS
Ha... rate untuk SMS plak 5 sen setiap Sms. Sama gak, tak kesah rangkaian mana skalipun. Takde had 10 orang ke, 5 orang ke.. semua sapu bersih, sama je rate dia.
7) Rate Data termurah (5 sen untuk setiap 1Mb).
Pada yang suka online guna telefon, Mila rasa TUNE TALK ni beri harga terbaik! 5 sen je untuk setiap MB.. Yup, MEGABYTE bukan KiloByte! Rasanya rangkaian lain takleh dapat harga tu.. hehehe
TUNE TALK ni dia guna rangkaian Celcom. Jadi tak usah risau pasal coverage. Memang meluas. Masa Mila bermalam di rumah rakit kat area Pulau Nenas tu pun line telefon ok jer..
Dan Lagi ada Extra hanya dari TUNE TALK
1) Tukar point untuk tiket Air Asia
Pergh... setiap kali kita top-up, kita akan dapat point. Point ni plak bleh tukar untuk tiket penerbangan Air Asia. Dengan serendah 2000 TUNE TALK point, kita boleh terbang dengan Air Asia dari LCC Terminal KL ke Alor setar/Johor/Penang/Tawau. Tu contoh jelah.. lagi banyak point kita kumpul, lagi jauh kita boleh terbang... dan yang pentingnya, point tu takde expired date! So kita bolehlah kumpul lama-lama...
2) Percuma Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM100K.
Dengan maintain RM30 top-up sebulan, pelanggan TUNE TALK akan dapat coverahe insuran bernilai RM100K. Pastikan kita simpan bahagian simcard yang ada 16 digit nombor dan barcode tu.
Wah.. memang best dengan TUNE TALK ni... Jom kawan2 kita berhijrah ke TUNE TALK! ;)
Khidmat pesanan masyarakat TUNE TALK ini di tulis oleh Mila
Wednesday, February 23, 2011
Kalau Berpacaran–Official Video
Tuesday, February 22, 2011
Kolam Ketam Abah
Selalunya aktiviti di kolam tu, kalau kitaorg pergi, mestilah mencari siput sambil picnic. Memang best.. Picnic di kawasan kolam, pastu cari siput plak.. Kdg2 time picnic tu en. Monkey dtg mengacau... Ada skali tu, monkey tu siap ambil buah nangka yg kitaorg bwk... Pergh.. Geram jer...
Tapi tulah.. Goods things didnt last.. Kolam ketam abah tidak kekal lama. Salah satu sebabnya, abh buat kolam tu bukan diatas tanah milik abah. Walaupun kawasan hutan. Abah ada cuba beli/minta tanah tu dengan pejabat tanah. Tapi ditolak kerana tanah tu sudahpun dimiliki syarikat swasta. Memang tak sangka.. Kawasan hutan bakaupun sudah ada yg miliki tanah tu.. Memang bukan rezeki abah agaknya.
Akhirnya kolam tu terbiar sahaja... Yerlah kalau abah terus usahakan, nnt pemilik tanah tu saman abah plakkan... Jadi.. Abah biarkan saja.. Kolam itu musnah sendiri...
- Posted using BlogPress from my iPad
Sunday, February 20, 2011
A Night In A Rakit
We start the journey by boat at 9.30PM
We had a simple dinner with rice, sambal ketam and as below picture, my hubby cooked egg omelet right there and then!
While the adults are fishing, we let the kids entertain themselves with my ipad.. playing games…
All games and no actual fishing is not good for the kids right.. so come day time, its their turn to fish.
The Rakit House.. and our bekal for the 1 night, 1 day trip.
The Rumah Rakit are located next to Pulau Nenas in Johor.
Our catch for the day was some small Gelama, 3 small pari and 1 tebal pipi..
Wonder what my brothe inlaws is up to?..
Oh.. he pick up (Mussel) Kupang from under the rakit with his mouth!!
Clean up the Kupang before going back home..
Our second catch of the day.. tons of Kupang..
What a fun and great day for the whole family indeed… And no, my brother in-laws didn’t actually pick the kupang with his mouth… LOL