Iklan

Saturday, March 12, 2011

Carrot Cake With Cream Cheese Frosting.. Simply Delish!

Dulu-dulu kalau orang kata jom makan carrot cake, Mila akan menolak. Yerlah… Mila suka kek coklat jer.. Tapi adalah skali cuba rasa kat Secret Recipe… wah… memang sedap gila! Pastu kalau gi Secret Recipe memang order carrot slice je..

Dah lama nak try buat carrot cake nie.. Tapi macam ngeri sket.. Bahan2 dia bleh tahan banyak gak… Skarang dah buat, macam mudah jer… Hehehe… Resipi Mila ambil dari Blogger terkenal Mat Gebu. Memang sedap… Cuma cream cheese dia Mila ubah sikit ikut selera Mila.. hehehe…

BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering (tak letak, takde stok)
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :
5 camca besar mentega
250g cream cheese
2 camca teh esen vanilla
1 2/3 cawan gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum disapu dengan cream cheese. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan vanilla hingga cheese agak lembut. Masukkan mentega satu sudu, satu sudu hingga adunan sebati.  Masukkan gula aising sedikit-sedikit terus memutar hingga gebu dan halus mengikut citarasa anda. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Pasni takyah gi Secret Recipe… dah boleh buat sendiri.. Winking smile

IMG_0586

2 comments:

  1. yummy yummy and making me hungry at this time.

    ReplyDelete
  2. sedapnyerrrr.. nak sikit kak mila..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...