Iklan

Thursday, April 14, 2011

Tiramisu Cake

Inilah rupa kek Tiramisu yg tak ori tu.. heheheh..

Oklah kan.. utk makan di petang hari. Sejuk tekak… Mila combine resepi cheese dia dari kawan facebook Mila dan kek dia mila buat kek span jer…  pada sesapa yg tak terjumpa biskut ladyfinger tu, bolehlah cuba Tiramisu guna kek yer… sedap jugak…hehehe

RESEPI KEK SPAN
Bahan-bahan:-

  • 200 Gram Gula castor
  • 200 Gram tepung naik sendiri
  • 200 Gram Butter Suhu Bilik
  • 3 1/2 biji telur-dipukul

Cara-cara:-

  1. Panaskan oven 180C. Alas loyang 8in X 8in dengan baking paper. (Dua loyang)
  2. Pukul gula dengan butter sehingga gebu/putih.
  3. Masukkan telur sedikit-sedikit dan pukul rata.
  4. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan ratakan ke dalam 2 loyang tadi.
  6. Bakar 20 Minit.
  7. Keluarkan dari oven sejukkan sebentar dan dibalikkan kek ke atas rejai. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum membuat lapisan Tiramisu.

RESEPI LAPISAN CHEESE
Bahan-bahan:-

  • 250 Gram Cream Cheese (Mila potong kiub kecik2 supaya mudah nak pukul nanti)
  • 250 ML Whipping Cream
  • 150 Gram Gula Pasir

Cara-cara:-

  1. Pukul semua bahan sehingga cream cheese betul-betul licin dan tidak berketul.

CARA BUAT TIRAMISU

Bahan-bahan:-

  • 2 keping kek span
  • Lapisan cheese
  • Bancuhan Nescafe. (Bancuh 100ml air dengan 1 sudu besar nescafe) Mila guna instant Espresso
  • Serbuk Koko secukupnya. (Mila guna Hershey's Cocoa)

CARA-CARA:-

  1. Sediakan bekas sesuai. (Mila guna tupperware). Potong kek mengikut saiz bekas dan letakkan di dasar bekas.
  2. Sapu/brush air espresso/Nescafe di atas permukaan kek. Boleh lebihkan air Nescafe supaya kek lebih lembut dan menyerap nescafe.
  3. Tuang separuh adunan cheese keatas kek dan ratakan. (Mila letak cheese dlm plastik dan paipkan ke atas kek supaya mudah untuk diratakan)
  4. Tabur rata serbuk koko diatas adunan cheese.
  5. Letak kek kedua kedalam bekas. Ulang langkah 2 hingga empat.
  6. Sejukkan Tiramisu beberapa jam sebelum sedia dihidang.

Mila cuma buat dua lapis saja, ada orang buat 3 lapis. Terserah kepada anda ya.

3 comments:

  1. mmg sedap ni.. ak nk jugak.. :D

    ReplyDelete
  2. yummy cake and great to be served esp having a function for guess.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...