Iklan

Saturday, December 4, 2010

Pengorbanan Seorang Abah

Hari ni nak nostalgik sket… nak imbas kembali pengorbanan Abah terhadap anak-anak.
Tahun 1997 Mila study kat kolej kat KL. Jadi memang kuranglah balik rumah. Tapi Mila tau gaklah jadual Abah tiap-tiap hari. Abah berniaga ikan masa tu. Jadi seawal 4 pagi Abah dah bangun pagi. Dia akan start enjin bot dan menuju ke Singapore. Abah ada permit untuk pergi tiap-tiap hari ke Singapore tu, jadi tak payah melalu check point. Kiranya Abah ikut Selat Tebrau terus ke Senoko. Konsep niaga ikan Abah senang jer. Dia beli ikan segar kat Johor, dan jual kat Singapore. Pastu dia beli ikan kecik/murah kat Singapore, jual kat kampung nie. Dalam kul 6 pagi Abah dah sampai semula kat rumah. Rumah ni tepi laut je jadi turun bot, terus kluarkan ikan dah boleh jual.. Memang meriahlah dulu-dulu waktu pagi kat sini.
Abah akan rehat 15 minit, dan terus menuju ke JB plak. Kali ni pergi hantar adik Mila ke sekolah. Adik Mila sekolah swasta. Mak dan Abah masukkan dia kat sekolah Agama swasta supaya dia bleh jadi ustaz agaknya… Tapi adik Mila taknak duduk asrama, jadi kenalah Abah hantar dia ke sekolah tiap-tiap pagi. Lebih kurang jam 8.45 pagi Abah sampai balik ke rumah. Waktu ni Mak Mila dah sibuk menjual ikan. Kadang2 Abah tolong, kadang-kadang Abah tidur.. Jual ikan sampai pukul 10.30 pagi.
Lebih kurang jam 11 pagi Mak dan Abah akan naik lori plak menuju ke Tanjung Sedili. Perjalanan mengambil masa 1jam setengah. Sampai sana jam 12.30 Mak dan Abah akan lunch, rehat-rehat sehingga jam 4 petang. Jam 4 petang plak Abah akan membeli ikan yang dilelong kat Komplek Perikanan LKIM Tanjung Sedili tu. Oh kalau tengok proses lelong ikan ni seronok gak… Ada satu ketika Abah bengang ngan pegawai kat situ… tu nanti Mila buat entri lain… Selalu Abah akan bertolak balik Jam 6 petang. Sampai rumah jam 7.30 petang, barulah Abah berehat sebelum bekerja semula jam 4 pagi esoknya.
Bila Mila ingat-ingat balik jadual waktu Abah.. pergh… memang Mila respek kat Abah… Mila tau Abah penat mengharungi hidup macam tu tiap-tiap hari. Tapi Abah tetap gigih berusaha. Satu ayat yang Abah pernah cakap kat Mila: “Kita kena berusaha supaya hidup kita jadi lebih baik bukan lagi teruk.” 

7 comments:

  1. waaahhhhh sedihnya, imbas kisah lama-lama..yes i love and respect my dad the most...:) semoga mereka dirahmati selalu...

    nice to meet u!

    ReplyDelete
  2. sanggup berpenat demi keluarga dan anak-anak

    ReplyDelete
  3. Salam Mila, selamat berkenalan! Issyyy sedih kalau kita kenang mok pok kita membesorkan dan mencari rezki utk anok2. Semoga Allah murohkan rezki diorang dan rahmati Ibu Bapa kita. Mana yg dah meninggal, semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka dan diampuni dosa2 mereka. Entry baru Akak "Masihkah Kau Ingt Ujan Asid '98?" Baca sejarah moden Malaysia! Akak follow awak gak! Tima kasih!

    ReplyDelete
  4. Salam Mila, alaaa maaf, tak buleh follow ari ni, widget tak keluor pulak. Lain kali Akak BW akak follow ya?

    ReplyDelete
  5. Azza Firza: TQ.. :)
    NHIDAYAT: Nice meeting u too.
    sasa: Tu lah kan...
    Puteri Iqa Izyan: Samalah kita...
    MOH KEMBARA: As Salam kenal gak.. seronok baca blog akak bahasa Perak tu... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...