Iklan

Wednesday, December 29, 2010

Kereta Baru Peronda Polis PDRM

Polis PDRM telah melancarkan kereta baru buat polis peronda keluaran Naza iaitu model Forte. Kami tak herankan keretanya, kami lebih tertumpu pada design pada kereta tersebut. Malatop! Lagi gambar selepas ini.

camrycamry2camry3

Nampaknya bukan itu sahaja model yang akan digunakan kelak. Malah PDRM juga bercadang untuk menggunakan Toyota Camry dan Kia Corento. Gambar-gambar boleh dilihat di bawah.

forte2forte3forted

Sumber Mila Dapat Dari E-mail, di petik dari Laman MM.

Monday, December 27, 2010

Sudah Gaharu, Cendana pula

Sudah gaharu, cendana pula,
Sudah tahu, bertanya pula..

Pergh.. berpantun plak hari nie… hehehe.. bukan apa, tiba-tiba Abah tanya Mila, harga Kayu Gaharu sekarang nie berapa.. Erkk.. manalah Mila tau… kayu Gaharu tu rupa dia macamanapun Mila tak tau… tapi macam ingat-ingat lupa yg Gaharu org guna untuk kemenyan dan bau-bauan.

Milapun Google jelah pasal Kayu Gaharu. Wah.. tak sangka, bleh kaya kalau ada stok kayu gaharu nie.. Harga pasaran RM1600, RM1200, RM600 per kilo ikut gred… Dengan laju Mila bgtau Abah harga kayu gaharu. Mila ingatkan Abah ada stok kayu tu.. rupa-rupanya Abah kata, ada kawan dia nak jual… huhuhu…

Eh, Kayu Gaharu ni antara barang terkawal. Tak bleh senang-senang nak jual. Silap2 nanti bleh kena jail! Jom tengok kayu gaharu ihsan en google…

gmrr

Sunday, December 26, 2010

Homemade Chocolate Truffle

Wah… meriah betul rumah Abah Mila minggu nie… Ramai betul umat… Ada 5 budak lelaki kecik kat rumah nie.. memang “meriah” betullah rumah… Habis perabut tunggang-langgang. Nasiblah Mila ni bukan jenis everything must be perfect, so tak kesah sangat kalau rumah nie berserak… yerlah bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai macam nie…

Anak Mila suka sangat coklat, kalau nampak iklan Ferrero Rocher tu mesti dia kata: Mummy adik nak makan nie… Memandangkan Ferrero Rocher tu bleh tahan gak harga dia.. dan rumah ni ramai plak orang minggu nie… Mila cuba buat coklat truffle… nampak sikit2 macam Ferrero Rocher gak.. heheh.. Jimat dan sedap gaklah…

Hm… buat bisness jual homemade coklat ok gak kan… Smile

COFFEE CHOC TRUFFLE WITH ALMONDSIMG_2186

IMG_2196IMG_2198

 

 

 

 

 

 

 

CHOC TRUFFLE WITH COCOA POWDER

IMG_2202IMG_2204IMG_2205

Thursday, December 23, 2010

Fakta Benar Lagi Bernas!

  1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
    Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
  3. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  4. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
    cap bendera.
  5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  7. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
    adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. 

Winking smile

Tuesday, December 21, 2010

Happy 18th Birthday Nisha!

Anak sedara Mila genap 18 tahun 21 Disember nie… Dia balik Jb, jadi sementara Mila tengah rajin membakar dan mengexplore buat kek, Milapun buatlah cup cake khas untuk dia…

IMG_2178

Coklat Cuppies untuk Nisha… kek nia first time buat deco jadi ada cacat sikit… tapi takperlah kan.. yang penting ikhlas dan dibuat dengan penuh kasih sayang dari Mak Ngah dia… Smile

IMG_2170

Happy 18th Birthday Nisha!

Wednesday, December 15, 2010

Hotmail Bermasalah

Aduhai… problem betul ler ngan hotmail nie.. Dulu Mila selalu dapat e-mail dari kawan yang guna Hotmail. Dan e-mail tu selalunya ada link untuk online shop. Tapi diorg tak hantarpun e-mail2 tu. Dua tiga minggu nie, giliran e-mail Mila plak send e-mail sendiri… macam ada hantu ler pulak..

Ada gak Mila Google masalah nie.. tapi mcm takde penyelesaian. Diorg cuma suruh tukar password je. Mila dah tukar, harap2 tak timbul lagi masalah nie.. Mila dah check computer, tapi takde plak detect virus… maybe e-mail hotmail ni kena spoofed…

Hm.. ada sapa-sapa boleh tolong? BTW, akaun e-mail Mila yg lain mcm Yahoo atau Gmail takde plak hantar e-mail sendiri…. huhuhu..

Monday, December 13, 2010

Filem Melayu Mesti Tonton!

Hm.. Mila nie memang kurang nak tengok filem Melayu. Bukan tak support industri filem tanah air, tapi citer2 yang ditayangkan tak menarik minat.. TAPI ada satu citer ni nampak macam best.. konsep citer dia memang Mila minat…citer yang dimaksudkan ialah citer HAQ.

Mila nak tengok citer nie sebab jalan citer dia macam menarik. HAQ, sebuah filem aksi triler yang memaparkan kisah dua saudara yang mempunyai kuasa luar biasa. Pengorbanan dan cabaran terpaksa diharungi oleh mereka demi menegakkan keadilan dalam dua realiti kehidupan yang berbeza. Di bintangi Zul Huzaimi, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar dan Zulkifli Ismail. Boleh lawat laman rasmi kat http://www.haqthemovie.com/

Tarikh akan ditayangkan pada 27 Januari 2011. InsyaALLAH Mila akan gi tengok kalau takde promosi ngarut mcm sesetengah citer tu.. huhuhu…

haq_nhaq32haq2nhaq4

Saturday, December 11, 2010

Jom Makan Nasi Creatif!

Ha… Abah Mila kan memang MESTI makan nasi… Boring plak tiap2 hari ngadap nasi putih tu.. jadi Mila ingat nak hias sketlah nasi tu jadi mcm2 gambar kat bawah nie.. ok tak? ;p

123456

Thursday, December 9, 2010

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka (Hang Tuah Bersaudara) amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

<<SUMBER: E-MAIL>>

Release tension jap baca citer sejarah nie… hehehe

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

ben

Semalam tak jengah2 blog.. terlepas plak segmen En. Ben nie.. nasib dia bukak balik hari nie.. Jadi Mila nak join gaklah.. bleh kenal2 lagi dengan kawan2 blog… Smile

Karnival Iktiraf 2010

Jom sama-sama memeriahkan Karnival Iktiraf 2010 nie.  Ish.. kalaulah Mila ada budget gi KL, mesti gi Karnival nie.. Tapi takde budgetlah plak.. yerlah nak bli brg sekolah anak2 bulan nie.. Karnival ni dianjurkan oleh SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama FELDA dan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA. Kawan2 yang berhampiran bolehlah pergi ya..

Oleh sebab Abah pernah duduk FELDA, sebab tu ler Mila promote Karnival nie… hehehe..

Info ni Mila dapat dari e-mail: Untuk makluman, Karinval ini akan disertai oleh pelbagai agensi daripada pelbagai sektor di Malaysia seperti Pendidikan, Kewangan, Kraftangan, Makanan, Perkilangan, Gaya Hidup, IKS dan sebagainya. .
Karnival IKTIRAF ini akan mengumpulkan seramai 10,000 warga Felda dari seluruh Malaysia dan menjangkakan jumlah pengunjung seramai lebih daripada 50,000 orang.
Karnival IKTiRAF ini juga akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia.

iktirafptjya

LOKASI     :    Medan Pancarona (Istana Kehakimanan),     Presint 3, Putrajaya
TARIKH     :   10HB - 12HB DISEMBER 2010.
WAKTU    :     10.00am - 10.00pm

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Islam!

hijrah

Azan, Allahu Akbar!

Bersempena Maal Hijrah Hari ni, inginlah Mila kongsi sesuatu berkaitan Islam..

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah.' Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

AZAN TIDAK PUTUS-PUTUS
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman,Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Monday, December 6, 2010

Iklan Creatif

Dah lama dapat e-mail nie.. since tak teringat citer pasal Abah hari nie, Mila letak gambar2 jelah yer… Smile

Sapa minum pakai cawan ni gerenti hidung jadi mancung!image002

Ada berani tak nak guna pisau cukur nie..image003

Wah.. kasut terbang!image005

Bleh kenyang naik bas nie..image006

Tali bleh jadi mee plak..image010

Wah.. memang confirm bleh dapat idea kalau lalu sini!image016

Kalau kat Malaysia punya LRT cam ni agak2 hilang tak Jam tu? Heheheimage017

Tu ler, sapa suruh gigit…image020

Erk… tak brani naik bas nie lah!..image021

Sunday, December 5, 2010

Resepi: Sambal Tumis Belangkas

SNC00323Ha, Mila nak kongsi resepi masak belangkas plak nie..manatau ada kawan-kawan yang nak masak.. :)

Bahan-bahan
1 ekor belangkas (siang dan basuh bersih)
2 Ulas bawang besar*
4 Ulas bawang putih*
1 1/2 inci kunyit*
1 1/2 inci halia*
20 tangkai lada kering yg dibelah dan direndam air panas*
1 inci belacan* Bahan * dikisar halus
2/3 cawan air asam jawa
1 ulas bawang besar dihiris kasar
2 cawan air
1 cawan minyak masak
garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa

Cara-cara:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang besar yg dihiris kasar sehingga wangi.
2) Angkat bawang tadi dan toskan dari minyak.
3) Tumis pula bahan kisar menggunakan minyak yang sama menggoreng bawang tadi.
4) Apabila bahan tumisan pecah minyak atau garing, masukkan air.Kacau rata.
5) Masukkan garam, gula dan bahan perasa (jika mahu) secukupnya. Kacau sebati.
6) Masukkan pula belangkas yang siap disiang dan dibersihkan. Gaul rata.Biar mendidih.
7) Letakkan air asam jawa.Kacau rata, perlahankan api.Tutup kuali dengan penutup.
8) Biar 5-7 minit sehingga belangkas masak. Taburkan bawang yang sudah digoreng tadi dan kaup balik sebentar. Matikan api, sedia dihidang.

SNC00325

P/s: Belangkas dimasak dengan kulit-kulitnya sekali.

Belangkas, Makanan Eksotik

Wah.. tak sangka hari nie Abah beli belangkas ngan kawan dia.. Dah lama tak pekena belangkas nie. Maklumlah, bukan senang nak dapat… Tapi nak menyiang belangkas nie… pergh.. punyalah susah.. Nasib bukan Mila yang siang.. hehehe.. Segala kudrat dan tenaga diperlukan nak siang belangkas nie tau.. Tak caya tanya asben Mila..

Berpeluh dia nak siang belangkas tu. Abah sebagai consultant siang belangkas tadi… yerlah, Mila ngan asben memang tak reti dan tak pernah nak siang belangkas tu. Salah siang boleh termakan racun. Memang kena hati-hati nak siang belangkas nie. Sebab tu tak ramai org yang tau dan boleh makan belangkas nie…

Inilah rupa belangkas yang masih hidup.SNC00318SNC00319

Ni plak belangkas yang telah selamat di siang.SNC00320SNC00321

Oh ya, belangkas nie tak banyak isi. So makan belangkas nie bolehlah dikatakan makan telur belangkas. Sebab memang banyak telur berbanding isi belangkas nie. Telur dia sedap.. isi dia sedap gak macam ketam gitu. Ada orang masak belangkas nie dengan bakar kosong, ada yang masak sambal lada hitam. Mila plak masak sambal tumis.. memang sedap.. jap lagi Mila share resipi.. Smile

Saturday, December 4, 2010

Pengorbanan Seorang Abah

Hari ni nak nostalgik sket… nak imbas kembali pengorbanan Abah terhadap anak-anak.
Tahun 1997 Mila study kat kolej kat KL. Jadi memang kuranglah balik rumah. Tapi Mila tau gaklah jadual Abah tiap-tiap hari. Abah berniaga ikan masa tu. Jadi seawal 4 pagi Abah dah bangun pagi. Dia akan start enjin bot dan menuju ke Singapore. Abah ada permit untuk pergi tiap-tiap hari ke Singapore tu, jadi tak payah melalu check point. Kiranya Abah ikut Selat Tebrau terus ke Senoko. Konsep niaga ikan Abah senang jer. Dia beli ikan segar kat Johor, dan jual kat Singapore. Pastu dia beli ikan kecik/murah kat Singapore, jual kat kampung nie. Dalam kul 6 pagi Abah dah sampai semula kat rumah. Rumah ni tepi laut je jadi turun bot, terus kluarkan ikan dah boleh jual.. Memang meriahlah dulu-dulu waktu pagi kat sini.
Abah akan rehat 15 minit, dan terus menuju ke JB plak. Kali ni pergi hantar adik Mila ke sekolah. Adik Mila sekolah swasta. Mak dan Abah masukkan dia kat sekolah Agama swasta supaya dia bleh jadi ustaz agaknya… Tapi adik Mila taknak duduk asrama, jadi kenalah Abah hantar dia ke sekolah tiap-tiap pagi. Lebih kurang jam 8.45 pagi Abah sampai balik ke rumah. Waktu ni Mak Mila dah sibuk menjual ikan. Kadang2 Abah tolong, kadang-kadang Abah tidur.. Jual ikan sampai pukul 10.30 pagi.
Lebih kurang jam 11 pagi Mak dan Abah akan naik lori plak menuju ke Tanjung Sedili. Perjalanan mengambil masa 1jam setengah. Sampai sana jam 12.30 Mak dan Abah akan lunch, rehat-rehat sehingga jam 4 petang. Jam 4 petang plak Abah akan membeli ikan yang dilelong kat Komplek Perikanan LKIM Tanjung Sedili tu. Oh kalau tengok proses lelong ikan ni seronok gak… Ada satu ketika Abah bengang ngan pegawai kat situ… tu nanti Mila buat entri lain… Selalu Abah akan bertolak balik Jam 6 petang. Sampai rumah jam 7.30 petang, barulah Abah berehat sebelum bekerja semula jam 4 pagi esoknya.
Bila Mila ingat-ingat balik jadual waktu Abah.. pergh… memang Mila respek kat Abah… Mila tau Abah penat mengharungi hidup macam tu tiap-tiap hari. Tapi Abah tetap gigih berusaha. Satu ayat yang Abah pernah cakap kat Mila: “Kita kena berusaha supaya hidup kita jadi lebih baik bukan lagi teruk.” 

Friday, December 3, 2010

Tukar Sket…

Ha.. perasan tak… Mila tukar header… Smile Saja je nak tukar2.. nak kasi ceria sket… Ingat nak letak gambar Abah Mila, tapi cari2 tak jumpa plak.. Abah bukan suka ambil gambar sangat… huhuhu..

Nantilah kalau ada gambar Abah, Mila tukar lagi header tu….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...