Iklan

Friday, October 21, 2011

Ikan Bolos Di Pekan-Nenasi Pahang

Lagi citer pasal manceng...

Beberapa bulan lepas, Mila, asben, mak, bapak tiri dan anak-anak balik ke Kelantan rumah asben.. Tapi Mila bukan nak citer pasal Kelantan.. Cuma masa balik tu kitaorg sempat singgah kawasan pantai antara Pekan - Nenasi, Pahang untuk memancing... Punyalah gila manceng kan diorg nih... Bayangkan, kitaorg gerak dari Kelantan kul 7 pagi, sampai kat Pantai tu kul 4 petang, mak ajak singgah manceng dulu kat situ. Padahal nak sampai ke rumah kena travel lagi 4-5 jam!.. 
BTW, Mila tak tau nama pantai tu.. takde signboard. Tapi memang cantik gaklah Pantai tu. Takde chalet ke apa ke.. pantai kosong dengan pokok2 je... Family Mila ni jenis asal boleh je.. so kira nampak pantai tu ok, try je lah manceng kat situ. Seblom tu sempat gak lah bli Murtabak Raja kat Pekan untuk alas perut... Tak sangka, dapat gak ikan kat situ.. hehehe.. Mak Milalah yg paling banyak dapat ikan. Dapat Ikan Bolos yg agak besar gaklah. Sebab seblom ni dapat ikan bolos kecik2 je.. Wah... seronok Mak.. anak2 Mila sempat gak mandi laut walaupun dilarang Mila,, yerlah kat situ takde bilik air nak bilas/tukar baju. Tapi diorg buat2 tak tau je.. Mula2 main2 air je... tup-tup tengok dah basah lencun dah kena ombak..haishh.. sabo jelah..
Apa-apapun, tempat tu kira boleh repeat manceng lagi Mak kata. Sebab dlm 3 jam kitaorg manceng kat situ dapat gaklah beberapa ikan bolos tu...
Murtabak Raja yg sempat ditapau dari kedai Murtabak Mengkasar, Pekan, Pahang.

Lepas alas perut ngan Murtabak Raja, sesi memancing dimulakan.

Budak2 yang sempat gak main air/mandi laut.

Mak Mila dan Ikan Bolosnya...

 Ini antara hasil pancingan 3 jam tu.. ada lagi beberapa ekor tak snap pic sebab dah kemas barang..

Wednesday, October 19, 2011

Umpan Pancing - Ruat Pasir

Walaupun Abah Mila tak minat memancing, tapi Mak & suami dia (bapak tiri Mila), asben Mila dan adik ipar Mila gila mancing.. Tapi taklah heran sangat... yerlah mungkin dulu2 abah Mila kan nelayan, jadi dia tak layan sangat aktiviti memancing sebab hasil tak seberapa... 

Since Mila pun join gak aktiviti memancing ngan keluarga, Mila taulah jugak sikit2 pasal umpan untuk memancing.. kebetulan ada satu masa tu, kawan Mila datang sini, jalan2 tepi pantai, ternampak sorang pakcik ni duduk kat tepi pantai sambil tarik2 sesuatu... Heran gak... asyik betul pakcik tu... Dengan busybodynya, kitaorg datanglah kat pakcik tu.. nak tau gak apa yang dia buat. Rupa-rupanya pakcik tu kata dia tengah cari umpan untuk memancing. Umpan Ruat Pasir katanya. Mila macam pernah dengar ruat tu.. ingat2 balik oh.. memanglah, selalu kalau ikut family gi mancing, diorg akan bawak umpan Ruat dan Umpun.. wah.. seronok gak dapat tengok cara2 pakcik ni cari umpan tu...


Ruat Pasir tu macam cacing je rupanya.. 


Hati-hati tarik Ruat tu, jangan sampai putus.. 


Panjang gak Ruat tu rupanya... 


Wah.. tak habis2 lagi menarik ruat tu... memang panjang...

Tips dari pakcik tu: 
  1. Isi stokin dengan roti atau nasi/beras, ikatkan elok2. 
  2. Pastu rendam di bibir air laut/pantai.
  3. Kibas2kan stokin tu. Lihat di pasir pantai.. aim kepala ruat. (Kepala ruat akan keluar dari pasir sebab dia suka dengan bau roti/nasi tu)
  4. Cengkam dan tarik kepala Ruat tu perlahan-lahan. Jangan putuskan. Lagi panjang Ruat, lagi banyaklah boleh buat umpan. 
P/S: Tapi Mak Mila kata, Ruat tak best sangat buat umpan...yang lagi best, guna Umpun2... hm... nanti kalau ada gambar Mila citer pasal umpun plak yer...

Monday, October 17, 2011

Sup Tulang Merah Terbaik

Dulu-dulu, masa Mila kanak-kanak, rajin gak abah bawak kami sekeluarga ke negara Jiran Singapura. Selalunya dia bawak jalan-jalan waktu puasa... Tapi takdelah dari pagi, dia bawak waktu petang, jadi sampai kat Singapura tu dah dekat nak buka puasa. Memang best. Masa tu dia mesti bawak kitaorg gi kat Geylang Serai. Yerlah waktu tu Johor tak membangun sangat. Takde bazaar ramadhan.. Kat Geylang tu memang banyak bazaar dia.. Meriah lagi. Mila ingat lagi, waktu tu orang jual bunga kat sana siap berpantun-pantun.. memang syok jalan-jalan kat situ. Mak pula mesti beli kain baju untuk raya kat Geylang tu. Yerlah masa tu takde Jakel lg kat JB ni... tukaran duit pun taklah semahal sekarang.
          Selalunya masa nak bukak puasa tu, gerai makan kat Geylang tu memang penuh. Jadi dengan selamba Abah akan bungkus nasi beriyani, kitaorg makan kat dalam van je. hehehe... tapi tetap sedap... Bila dah nak balik tu, kalau lapar, abah akan bawak kitaorg makan Sup Tulang Merah. Sedap sungguh Sup Tulang Merah tu.  Kat Johor ni sekarang ada gak kedai yang jual Sup Tulang Merah tu.. tapi tak sesedap kat Geylang tu ler.
Nak dijadikan kisah.. ahad lepas, Mila ajak asben gi Singapore (nama modern hehehe). Kebetulan birthday Mak Mila hari Sabtu tu.. kira ala-ala nak belanja Mak makan sempena Birthday dia lah tu...
          Cuma kali ni kita org tak pegi makan kat Geylang Serai.. sebab bila Mila google, Sup Tulang Merah ni yang paling terkenal bukan kat Geylang, Tapi kat Beach Road. Dengan Bantuan Tom-tom (ala-ala Garmin) dan cousin Mila Amy, sampai gaklah kitaorg kat Beach Road tu. Sebelum tu Mila ada lah tepon cousin Mila (dia dibesarkan kat Singapore), pasal Beach Road ni... Dia cakaplah, Beach Road tu nama jalan je, bukan tepi pantai pun... Ada 3 gerai jual Sup Tulang Merah tu, pilih jelah yg mana suka... TQ Amy... :) 
          Bila sampai tu, lagi skali Mila tepon Amy.. tanya.. "Eh mie, Food court tu bertingkat-tingkat ke? (Yelah selalu foodcourt/kebayan kat johor ni setingkat je) Kedai tu kat tingkat mana?" Amy cakap.. "ha ah.. kalau nak ikutkan ada 5 tingkat.. ko gi yang tingkat bawah skali tu... ada gerai mamak... kat situlah..." So Mila turun tingkat bawah skali, jalan2 kejap je jumpa gerai tu. Yang Mila ingat nama gerai tu, ada DEEN ngan Haji Kadir. Mila pilih yg Gerai Deen tu jer... (paling dekat)... dan inilah yang kitaorg nikmati masa tu...

 Sup Tulang Merah ($15 untuk 10 ketul tulang)


Mee Goreng Merah/Mamak .. sedap jugak nih! 


Mak menikmati Sup Tulang Merah (Favourite dia & Mila)


First Time Asben Mila rasa Sup Tulang Merah Singapore Mari...

Golden Mile Food Centre, Beach Road.


P/s: Mila tapau gak Sup Tulang Merah Gerai seblah (Haji Kadir).. sedap gak.. pergh.. pasni gilir2 lah makan antara kedai2 tu...

Wednesday, October 12, 2011

Resepi: Peanut Butter Chocolate Bars


Lama jugak x letak resepi kat blog nie.. Kadang2 rasa nak jugak letak resepi ubat2 tradisi dari abah Mila.. Tapi tak berkesempatan lagi nak buat. Sebab Abah kalau bagi resepi dia cakap bahan2 je.. tapi kuantiti bahan dia tak cakap. Kalau Mila tanya lebih2 nanti dia cakap, agak2 jer... huhuu.. tu yang malas tu... 

Hm.. takperlah.. buat Peanut Butter Bar dia minggu lepas.. kadang2 tekak ni nak makan peanut butter.. tapi taknak makan ngan roti.. nak buat biskut, mcm mls plak... Jadi google2 imej, nampak peanut butter bar. Wah... mcm best je... So google lagi resepi2 peanut butter bar... Akhirnya, Mila combinekan beberapa resepi untuk hasil macam kat atas tu.. Boleh tahan rasanya, lemak2 manis.... cuma maybe next time kalau buat, Mila nak guna Peanut Butter yang ada kacang kasar sket... :)

Ok Resepi dia:-
BASE (bahagian bawah sekali)
85g Butter
75g Gula perang
75g Gula castor
85g Peanut Butter
1 biji telur
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
1/4 Sudu Teh Soda Bikarbonat
95g Tepung gandum
70g Nestum/Oats

Cara-cara:-
1) Panaskan oven 180C.
2) Alaskan dasar dan keliling loyang saiz 8 X 8 inci dengan kertas minyak.
3) Pukul butter, gula perang, gula castor dan peanut butter hingga kembang.
4) Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
5) Masukkan pula soda bikarbonat dan gaul rata.
6) Masukkan tepung sedikit-sedikit. Kacau sebati.
7) Masukkan nestum dan kaup balikkan adunan.
8) Bakar selamat 15 minit. setelah siap, sejukkan didalam peti ais sepenuhnya sebelum langkah berikutnya. (15-20 minit)

Chocolate Filling & Frosting
200g Dark Chocolate
70g Butter
* Masukkan chocolate & butter didalam bekas tahan panas, dan masukkan didalam oven pada suhu 150C selama 5 minit. Kacau sehingga kesemua coklat cair. ATAU cairkan coklat dan butter menggunakan kaedah double boiler.

Peanut Butter Filling
60g Butter
60g Peanut Butter
125g Icing Sugar
1 sudu Teh susu segar
*Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu.

Peanut Butter Chocolate Bars:-
1) Ratakan 1/4 adunan coklat keatas adunan 'base' yang telah sejuk.
2) Ratakan pula peanut butter filling.
3) Akhir sekali, ratakan lebihan coklat tadi ke atas peanut butter filling. Sejukkan didalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong mengikut saiz yg disukai sebelum dihidang.


Tuesday, October 11, 2011

Apabila Abah Mula BerSUARA!

"Kasilah anak ko gula banyak2.. biar dia mam**s cepat!"
Pergh...berdesing telinga ni mendengarnya.... Tapi nasib baik bukan Mila yang kena sound. Huhuhu... Ayat Abah ni memang kasar. Tapi apa yang di cakapnya tu memang betul!...
Adik Mila ni ada kedai makanan ringan. Tiap2 hari pasti ada jajan, aiskrim atau gula-gula yang dia kasi anak dia dan anak Mila makan. Haish... Mila dah sound gak, jangan kasi anak aku jajan sangat. Tapi tulah adik Mila ni hati lembut. Dia kata budak2 naklah, nanti nangislah.. Ish... susah betul!
Ha baru je kejap tadi abah sound dia ayat sebijik kat atas tu.. Tu pun adik Mila bleh jawablagi kata kesian anak dia nangis nak sangat gula2 tu... huhuhu.. Gila btul... Yerlah, Mila sokong kata abah mila tu. Bukan apa, anak dia tu dah seminggu demam, cirit-birit & muntah. Semalam siap gi hospital lagi... Tapi hari ni dia boleh plak nak kasi anak dia makan jajan ngan gula-gula. Mau tak bising orang tua tu...

Sunday, October 9, 2011

Fine Dining 5 Star Food In JB (KFCH International College Coffee House)

Hm.. entri kali ni pasal tempat makan plak... Sesekali nak tukar selera/style bolehlah ke KFCH International College Coffee House.. Harga mid range, taklah mahal sangat, taklah murah sangat. Presentation food dia sangat menarik, suasana selesa dan yang paling penting, makanan dia memang sedap.  Jom tengok apa kitaorg makan...

Beef Rendang With Rice (Rendang dia SANGAT SEDAP)


 Lamb Shank


 My hubby Fav: Norwegian Salmon.. memang best.

 Chicken Roulade.. creamy and yummy!

My Idris with almost finish Linguini Alfredo.. dia kata: Wah, Sedapnya!!


 Ha.. kalau nak lepak2 minum coffee/teh ada free wifi. Sangat cosy kan duduk kat sofa tu...

Ada lagi dessert yg kitaorg makan.. tapi x sempat ambil gambar dah habis. Apple strudel, chocolate mouse ada macam2 lagi.
Pelbagai pilihan makanan western (lamb shank, chicken roulade, spagethi) dan juga malay (Rendang, nasi lemak, nasi goreng kampung). Dari appetizer, main course & dessert semua ada. Oh since coffeee house ni bukak dari jam 7 pagi, so dia ada breakfast gak. Hm.. pagi ahad kalau nak cuba breakfast yang lain sikit bolehlah ke situ...
Coffee house ni baru je buka. Makanan dia memang fabulous, harga sangat berpatutan (Salmon tu RM18). So pada warga johor, kalau nak cuba, bolehlah ke:-

KFCH International College Coffee House
No. 1, Jalan Dato' Onn 1, Bandar Dato' Onn, JB.
Tel: 07-3601800
Open : Tuesday-Sunday (7am-7pm)

(GPS coordinate: North 01' 33.363', E103' 44.124')

Saturday, October 8, 2011

Rahsia Abah Sihat Selalu

Usia abah dah menjangkau 66 tahun nie..  Alhamdulillah abah tiada penyakit kronik.. Jarang lihat abah sakit. Setakat demam tu adalah. Adik Mila plak siap ada asma, darah tinggi dan semput lagi. Muda lagi... Hm.. Hari tu adik Mila buat check up.. Mila cakaplah kat Abah.. napalah adik ni macam2 penyakit... Abah rileks jer... Ha... tau Abah Mila cakap apa?... Dia kata... Tulah... makan yg berminyak je.. goreng2 je... makan rebus2 taknak.. Lagi satu.. cubalah makan ubat tradisi sket.. Milapun tanya... ubat apa? Abah cakap.. tu buah tunjuk langit tu.. ambik, makanlah biji dia....  Mila heran... ha... buah tunjuk langit?.. buah apa tu bah? Senang ke nak dapat?... Abah kata, tu kat depan rumah tu ada satu pokok dia... Mila pegilah tengok.. memang ada pokok depan rumah,, tapi betul ke pokok tunjuk langit... (kadang2 Mila ni susah nak percaya cakap abah.. hehehe)... So Milapun google lah image pokok tunjuk langit tu... wah... memang samalah dengan yang kat depan rumah ni... hm... Google lagi khasiat dia... pergh... memang banyak khasiat dia.. kat bawah ni gambar pokok tunjuk langit kat depan2 rumah Mila... Abah memang amalkan makan biji buah tunjuk langit nie disamping daun2 ubat yang lain. Kadang2 Mila tengok ntah apa daun ntah dia rebus... Erm.. tapi Mila tak sanggup kot nak makan biji buah tunjuk langit tu... huhuhu...


Ni plak buah tunjuk langit yang dimaksudkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...