Iklan

Thursday, March 3, 2011

Kip Mart Masai... Baru, Besar, Bagus?

Ahad hari tu, abah mila ada tanya... Ko dah pergi kipmart masai yang baru tu ker ngah?.. Mila kata, belum lagi.. Tapi adalah lalu jat area situ...ramai betul org.. Jalan jem, parking penuh.. Jadi memang tak pergi... Abah kata.. Ha ah.. Jem.. Tadi abah lalu situpun tak boleh nak masuk...
Jadi hari ni kebetulan nak gi bli lauk untuk esok... Ajak asben gi kipmart masai...
Mcm yg tajuk tu... Kip mart masai ni memang BARU & BESAR. Bab bagus plak... Hm.. Ni kira macam reviewlah jugak..
Kipmart ni bukanlah shopping kompleks macam jusco... Konsep dia.. Pelbagai jenis peniaga, berniaga bermcam jenis produk dibawah satu bumbung... Eh.. Mcm shopping complexs gak kan.. Hehehe..
Cuma produk kat dalam kip mart ni lebih kepada barangan biasa yang bukan branded.. So kalau nak cari boutique ori guess, timberland memang tak jumpalah..
Tapi kalau nak beli tudung, barangan runcit, sayur-sayur, ikan segar, hasil tani memang sesuai kat kip mart ni.
Selalunya, mila ke kipmart untuk membeli ikan, sayur, udang, sotong, ayam, daging dan rempah ratus.. Konsep macam pasar basah, tapi ada aircond dan selesa.. Dan boleh beli pada waktu malam... Harga pulak berpatutan..
Banyak lagi barang yg dijual kat kipmart nie. Tapi mila tak berapa nak ingat sebab mila memang gi kipmart utk bli stok lauk2... ;)
Dan kipmart masai yang baru nie... Kesimpulannya..memang BAGUS!


- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...