Iklan

Monday, March 28, 2011

Perkhidmatan Jahit Langsir di Nilai 3

Oh.. mungkin org lain dah lama tau.. tp Mila baru jer tau semalam (27 March). Mila jumpa kawan kat Nilai 3. Mulanya saja jer jalan2 cuci mata… Sekali berkenan sungguh ngan corak kain langsir… Pegang2, sentuh2… heheh.. pastu :-

Mila: Cantiknya kain nie...
Saleman: Ha yg nie murah2.. RM38 semeter...
Mila: Gulp...
Saleman: U nak brapa meter? Boleh diskaun lagi...
Mila: Tengok2 jer... ;)
Saleman: Ha kalau u nak, siap jahit 1 jam. Jahit kira free..
Mila: FREE??!!! Siap satu jam?
Saleman: Yes, free... jahit yg biasa tu lah yg guna besi empat.
Mila: Oh.. so semua brapa? I nak satu langsir jer... 2 panel.
Saleman: Semua RMXXX.XX akak pilih kain.
Mila: Ok, I nak kain nie...
Saleman: Alamak akak, yg tu dah habislah... yg lainlah...
Mila: Alah... I nak yg tu.. yg lain I taknak...
Aduh.. bencinya... kain yg Mila nak lah yg takde... hampeh btul...

Mula2 ingat dah selamat ler.. tak jadi beli... Tapi tulahkan... kat Nilai 3 banyak kedai kain... so jalan2 lagi, pusing2 lagi, ada jugak corak yg memang Mila nak kat kedai lain walaupun jenis kain yg lain... Kebanyakkan kedai kain langsir kat Nilai 3 nie menawarkan perkhidmatan jahit langsir dengan cepat. Memang sesuai untuk org yg tak reti jahit mcm Mila nie. Hehehee Akhirnya beli jugak kat kedai lain.... hehhee.. I love shopping at Nilai 3!!!

So Inlove With This Pattern!.IMG_0649

Ada velvet and printed texture… dan yg penting.. PURPLE!!!IMG_0650

Saturday, March 12, 2011

Carrot Cake With Cream Cheese Frosting.. Simply Delish!

Dulu-dulu kalau orang kata jom makan carrot cake, Mila akan menolak. Yerlah… Mila suka kek coklat jer.. Tapi adalah skali cuba rasa kat Secret Recipe… wah… memang sedap gila! Pastu kalau gi Secret Recipe memang order carrot slice je..

Dah lama nak try buat carrot cake nie.. Tapi macam ngeri sket.. Bahan2 dia bleh tahan banyak gak… Skarang dah buat, macam mudah jer… Hehehe… Resipi Mila ambil dari Blogger terkenal Mat Gebu. Memang sedap… Cuma cream cheese dia Mila ubah sikit ikut selera Mila.. hehehe…

BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering (tak letak, takde stok)
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :
5 camca besar mentega
250g cream cheese
2 camca teh esen vanilla
1 2/3 cawan gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum disapu dengan cream cheese. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan vanilla hingga cheese agak lembut. Masukkan mentega satu sudu, satu sudu hingga adunan sebati.  Masukkan gula aising sedikit-sedikit terus memutar hingga gebu dan halus mengikut citarasa anda. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Pasni takyah gi Secret Recipe… dah boleh buat sendiri.. Winking smile

IMG_0586

Monday, March 7, 2011

Pengantin Baru Wajib Basuh Periuk!

Antara perbualan Mila dengan abah yang masih diingati ialah ketika balik dari kenduri kahwin.... Setiap kali kenduri kahwin di kawasan mila nie, keluarga pengantin biasanya akan menyediakan sepasang periuk untuk dibasuh oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Waktu Mila kahwin dulupun sama. Walaupun mila cuma buat doa selamat dirumah saja, tetap keluarga Mila sediakan satu periuk untuk mila dan satu periuk untuk suami. Bila adik dan kakak mila kahwin, milapun sediakan periuk untuk diorg gak... Hehehe.. Ingatkan keluarga mila je yg buat. Tapi bila adik lelaki mila ke rumah pengantin perempuan untuk majlis persandingan diorg, dia kata, dia dan isteri diapun tetap kena basuh periuk. Jadi mila flashback kembali perbualan mila dan abah suatu ketika dulu...

Abah: Baru balik dari mana nie?
Mila: Dari kenduri kahwin Imah (sepupu) Pergh... Abislah dia..
Abah: Kenapa?
Mila: Yerlah, muksu dah sediakan periuk besar untuk diorang.
Abah: Oh... Biasalah tu...
Mila: Heran btullah... Napa pengantin yang kena basuh... Patutnya, hari ni kan diorang raja sehari... Raja mana ada basuh periuk nie..
Abah: Hm.. Tu lah ko... Bukannya tau sebab-musabab pengantin kena basuh periuk....
Mila: Hah, ada sebab ker? Bukan saja nak test pengantin?
Abah: Yerlah... Mestilah bersebab. Adat Orang Melayu ni bersebab, bukannya buta-buta jer tau!
Mila: Hm.. Apa sebabnya?
Abah: sebenarnya, pengantin diwajibkan basuh periuk kenduri seorang satu periuk supaya keluarga pengantin boleh lihat tahap kesungguhan pengantin ni menjalani kehidupan rumah tangga. Kalau periuk yg dibasuh tu bersih dan berkilat, alamatnya bahagialah rumah tangga tu. Maksudnya pengantin tu akan bertanggungjawab dlm perkahwinan diorg sebagaimana bertanggungjawabnya dia basuh periuk tu bersih dan berkilat. Kalau diorg basuh ala kadar jer... Alamatnya, perkahwinan diorgpun ala kadar jerlah. Tak bersungguh-sungguh...
Mila: Ohhhh.. Abah dulu basuh periuk bersih tak? (dengan senyum kambing)..
Abah: Hm.. Abah basuh ala kadar jer.. Tapi mak ko basuh bersih2...
Mila: Oh... (dlm hati kata, patutler)

Jadi pada pengantin baru, kalau keluarga korang ada budaya basuh periuk nie... Siap sedialah yer...basuh bersih-bersih agar rumah tangga kekal... InsyaALLAH...

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, March 5, 2011

Bersiaran dari atas rakit tanjung langsat..

Yer, miladan keluarga kembali ker rakit tanjung langsat... Suasana agak mendamaikan dengan bunyi ombak. Sesekali kedengaran dengungan aeroplane... Yerlah.. Area sini merupakan laluan utama kapal terbang dari dan ker changi airport singapura..
Mila dan keluarga telahpun berada sejak jam 2 petang tadi.. Hasil buat masa ini, beberrapa ekor ank ikn gelama, ikan tebal pipi dan terbesar ikan gemang... Memang mengujakan...


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 3, 2011

Kip Mart Masai... Baru, Besar, Bagus?

Ahad hari tu, abah mila ada tanya... Ko dah pergi kipmart masai yang baru tu ker ngah?.. Mila kata, belum lagi.. Tapi adalah lalu jat area situ...ramai betul org.. Jalan jem, parking penuh.. Jadi memang tak pergi... Abah kata.. Ha ah.. Jem.. Tadi abah lalu situpun tak boleh nak masuk...
Jadi hari ni kebetulan nak gi bli lauk untuk esok... Ajak asben gi kipmart masai...
Mcm yg tajuk tu... Kip mart masai ni memang BARU & BESAR. Bab bagus plak... Hm.. Ni kira macam reviewlah jugak..
Kipmart ni bukanlah shopping kompleks macam jusco... Konsep dia.. Pelbagai jenis peniaga, berniaga bermcam jenis produk dibawah satu bumbung... Eh.. Mcm shopping complexs gak kan.. Hehehe..
Cuma produk kat dalam kip mart ni lebih kepada barangan biasa yang bukan branded.. So kalau nak cari boutique ori guess, timberland memang tak jumpalah..
Tapi kalau nak beli tudung, barangan runcit, sayur-sayur, ikan segar, hasil tani memang sesuai kat kip mart ni.
Selalunya, mila ke kipmart untuk membeli ikan, sayur, udang, sotong, ayam, daging dan rempah ratus.. Konsep macam pasar basah, tapi ada aircond dan selesa.. Dan boleh beli pada waktu malam... Harga pulak berpatutan..
Banyak lagi barang yg dijual kat kipmart nie. Tapi mila tak berapa nak ingat sebab mila memang gi kipmart utk bli stok lauk2... ;)
Dan kipmart masai yang baru nie... Kesimpulannya..memang BAGUS!


- Posted using BlogPress from my iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...