Iklan

Friday, November 12, 2010

Kembali ke Sekolah

Hari ini, Mila dan asben dijemput hadir ke sekolah. Alhamdulillah Ilyas dapat no 2 dlm kelas dia. Jadi kenalah naik pentas ambil hadiah. Di samping itu, dia jugak score subjek English. Ingatkan subjek Sains dia dapat gak.. rupanya English je. Tapi takperlah... dua kali gak naik pentas.
Hm... sekolah Ilyas ni adalah bekas sekolah Mila, dan bekas sekolah Abah Mila gak. Kira 3 keturunan sekolah kat sini. Abah citer, dulu sekolah tu hanya satu bangunan kecil. Pelajar pun dua tiga kerat je... yerlah abah sekolah tahun 50-an. Masa Mila sekolah plak, dah ada 2 bangunan beserta surau. Tahun akhir Mila sekolah (darjah 6) dapat satu lagi bangunan baru 3 tingkat. Sekarang  ni satu bangunan setingkat, satu bangunan 3 tingkat dan dalam pembinaan satu bangunan 4 tingkat. Makin berkembang sekolah rendah nie.
Oh tadi terjumpa bekas Cikgu masa Mila sekolah. Rupa-rupanya cikgu tu mengajar dan dah naik pangkat kat skolah tu. Rupa cikgu tu maintain jer.. sempat gaklah peluk dan ambil gambar ngan cikgu.
Masa persembahan pelajar2 tadi terimbau kenangan silam. Dulu Milapun sama-sama buat persembahan pentas kat dewan tu.. Nak perasan sket.. anak Mila naik pentas sebab dapat no 2, Mila dulu no 1, Tapi subjek yang dia paling score tu (English) Milapun score tu.. hehehe  kemana tumpahnya kuah kalau tak ke mangkuk kan... ahahha... 
Mila harap sangat anak Mila ni terus meningkat pelajaran dia... ada gak cikgu kasi borang suruh dia jadi Pengawas Pusat Sumber. Tapi Mila tak nak kasi. Mila kata kalau jadi pengawas biasa tu ok (sebab Mila dulupun pengawas gak hehehe), kalau pengawas pusat sumber tu lagi besar komitmen dia... 
Abah Mila seperti biasa tiada reaksi... hahaha... teringat masa Mila kecik2 kalau periksa dapat No 1, abahpun gitu.. no reaction, no comment.... hahahha. Takperlah... atleast Mila dah bagi hadiah kat Ilyas tu... 

 

Hadiah Dah Sampai

Ritu Abahmila.blogspot ada menang GA. Dapat hadiah Foot Detox Patch 10 keping... Dah selamat sampai hari ni hadiah tu... Seronok berblog ni kan... Ramai kawan2 blog yg buat GA, contest.. kalau ada idea dan rajin InsyaALLAH Mila akan join. Menang atau kalah belakang kira... :)
Ni lah hadiah yang dimenangi tu... belum sempat nak bagi kat Abah lagi.. Abah takde kat rumah nie.. sembahyang Jumaat agaknya...
Apa-apapun TQ kat PROKESIHATAN sebab menganjurkan GA!


Thursday, November 11, 2010

Kenapa agaknya?

Semalam tengah beratur nak tunggu boleh masuk panggung tu tetiba ternampak sorang Mamat nie duduk. Eh.. macam kenal... Pastu ada plak budak2 muda (muda dari Mila) ambil gambar ngan Mamat nie... Asben Mila dah senyum2 kambing dah.. apekena agaknya nie.... Tengok-tengok lagi.. oh.. patutler... Mamat betul org tu.. Mamat Khalid!! Korang kenal tak? Takkan tak kenal... Penulis lakon layar dan pengarah filem kat Malaysia nie... Ada promosi citer ESTET.. ha citer tu mungkin ramai tak tau.. Milapun tak tau gak.. tapi Mila nie memang tak mengikuti perkembangan filem sangat.... :) Banyak jugak filem yang telah diarah oleh Mamat Khalid nie.. antaranya: Lang Buana, Rock, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang dan yang terbaru ni ESTET.
Hm.. filem melayu nie sambutan dia memang kurang memberansangkan... hairan gak kan... kenapa agaknya? Mila sendiri memang kurang tengok citer Melayu. Tapi citer Englishpun tak semua citer Mila tengok... yerlah kalau semua citer kat panggung tu nak tengok.. kempis poket dibuatnya...
Kenapa citer Estet tak banyak yang tau? Atau Mila saja yang tak tau? Kalau pada Mila mungkin sebab Mila tak baca surat khabar, tak tengok TV dan tak baca Majalah. Mila berhubung dengan dunia hanya melalui internet. Mila rasa filem Estet nie kurang promosi kat internet. Eh Mila buat research sket tadi, rupa-rupanya Filem Estet ni ada laman web rasmi, ada facebook, ada blog.. jadi apa yang kurangnya kan? Promosi kat internet nie tak semestinya kena buat laman web rasmi tu je.. kalau ada laman web tapi takde org tau kewujudannya camna org nak pergi jenguk... Maybe bleh kerjasama ngan pengiklan blogger macam Nuffnang ke, untuk promo filem2 tempatan. Yerlah kat Nuffnang tu asyik promo citer luar negara je... contest pun contest filem omputih... Harap2 lepas ni adalah contest filem tempatan gak.. hehehhe
Ha... tak sangka Abang Mamat Khalid ni ada Blog.... blehlah gi jenguk blog dia kat: http://tempurungpecah.blogspot.com/ klaka plak baca entri dia pasal nak pakai kot tu... heheh.. Tapi kitaorg jumpa dia tak pakai kot.. Pakai kemeja hitam je... Asben Mila sempatlah mintak autograf ngan dia... Dia tulis: Wan, Jangan Lupa Diri Melayu! ... yerp.... memang org Melayu ni kdg2 lupa dirinya Melayu...

 Dapat gak asben Mila bertemu dengan pengarah yang dia minat gila!
 
Tq Abg Mamat Khalid sudi bg autograf :)


 Filem Estet, Filem Tamil Pertama Mamat Khalid



Cerita Kreatif

 Entri nak masuk contest lagi... 
Contest ini ditaja oleh: BEN ASHAARI. Kalau nak join bleh klik SINI 


Cerita dibawah dilipur-lara oleh Mila... :)

Akhirnya.. tengok jugak...

Yer.. akhirnya Abah tengok jugak citer MEGAMIND tu... Actually tak hingin nak tengok citer budak2.. ahahhaa... Yerlahkan.. citer animation camtu sesuai untuk budak-budak jer... Anak Mila yg sulong sebuk nak tengok citer tu sejak ada iklan citer tu kat TV #OKTO.. ish.. Mila kata, takyahlah tengok wayang citer tu, nnt bli DVD je tengok... 
Tapi tertukar fikiran bila dia periksa dapat no 2. Eleh.. no 2 pun nak bgtau.. heheh bukan apa.. sebenarnya dah janji ngan dia, Kalau dapat No 1 confirm dapat hadiah extra special. Janji nak blikan game PS. Bukan PSP, PS yg biasa je tu... heheh kopak ler kalau nak bli PSP tu.... Jadi last week dia citer, Mula-mula cikgu kata dia dapat no satu. (Alamak... abes duit aku) tapi pastu cikgu kata eh salah-salah, Wan Ilyas dapat no 2. Sedih plak tengok dia... Selasa ritu asben terserempak ngan cikgu kelas dia kat pasar malam. Dia borak2 pastu cikgu tu kata, ha ah.. mula2 Ilyas dapat no 1. Tapi budak yg dapat no 2 tu cikgu english salah kira markah, kena tambah lagi 8 markah.. tu yang Ilyas jatuh no 2 tu.. huhuhu.. sian... lagi 8 markah je bleh dapat no 1. So, nak sedapkan hati anak... Mila kata oklah takyah bli game PS, kita g tengok wayang citer MEGAMIND je...  Jimat sket duit, dari bli PS yang beratus tu tengok wayang baru berapa puluh je Mila fikir... Lagipun hari rabu kan harga istemewa, RM7 jer hehehe. TETAPI!!! kat sini MEGAMIND tu takde plak panggung yg biasa, kena tengok 3D.. pergh... RM21 dewasa, RM15 Kanak-kanak. Aduhhhh.. dah janji... bawak jelah.. 3D pun 3Dlah... Nie first time tengok wayang 3D. Memang puas hati. Effect dia... lenkali kalau ada citer yang 3D bolehlah consider tengok 3D... (mintak-mintak Harry Potter ada 3D version). Ada preview Narnia 3D.. oh... best gak......

Eh Adik Nampak Kuninglah! Kata Idris. (first time pakai spek 3d)


Sempat lagi ambil gambar dlm panggung.. :)

Wednesday, November 10, 2010

Ajak Abah Tengok Wayang..

Mila ingat nak ajak Abah tengok wayang ler.. Tapi, tapi nanti Abah mesti taknak... Kadang-kadang Mila serba salah. Selalu kalau keluar makan kat luar, ingat nak ajak Abah.. tapi tak pernah Abah nak ikut... huhuhu... Dulu masa Mila duduk KL, kalau Abah datang melawat, memang Mila akan ajak Abah makan kat luar.. Tapi Abah mesti tolak. Dia kata, tak payahlah... makan kat rumah ni je... huhuhu...Ada sekali jer yang Mila ingat Abah sudi makan kat luar. Itupun sebab Along yang ajak....
So berbalik kepada nak ajak Abah tengok wayang tu... Mila rasa memang tak sesuai plak kan... hehehhe... Kluar makan pun Abah tak hingin inikan pulak kluar tengok wayang!!

Abah dan MLM

Oh ntah kenapa hari ni asyik membaca kes MLM. AC Mizal, Permata Hijrah dan macam-macam lagi. Teringat plak tak lama dulu Abah join Kutu Pintar. Abah Mila ni kadang-kadang baik hati sangat. Bukan apa, dulu adaler anak sedara Abah datang rumah. Mila ada kat rumah masa tu. Anak sedara Abah tu datang suruh Abah join Kutu Pintar. Macam-macam dia citer. Mila kat dalam bilik masa tu dengar tak dengar je lah.. Malas nak campur org tua berbual. Tapi cara org tu suruh Abah join sangat bersungguh-sungguh. Mila memang tak puas hati kalau org yg suka pujuk tapi paksa nie. 
 Mila keluar dari bilik, cakap direct... takyahlah masuk tu... Abah tu bukan suka cari orang... Muka Abah nak gi jumpa orang sana-sini ajak join Kutu Pintar tu.. huh.. jangan haraplah... Kakak tu kata, Takpa, kalau Pak Cik tak suka atau tak tau nak approach, saya boleh tolong... pergh.. bagus punya ayatkan... Secara peribadi, pendapat Mila, Kutu Pintar tu hanyalah konsep Derma dan Pusing Duit orang... Tapi tulah.. Abah tu... mentang-mentang org yg datang tu anak sedara dia... dia sanggup join. Mila bengang sangat. Tapi Abah kata: Takpelah bukan tolong org lain, tolong anak sedara gak.. HUH!!! Hello... tolong anak sendiri ni lagi baik.... kalau takat nak bagi duit free tu... berlambak lagi cara nak buat.. Kat internet ni berapa banyak GIFTING program...
Skarang ni Kutu Pintar tu dengarnya dah kena siasat. Prof tu kena tahan ke.. ntahla.. Abah plak memang tak buat apa-apa dia join Kutu Pintar tu semata-mata nak "tolong" anak sedara dia tu....
 Nak iklan sikit yer... heheh.. MLM sebenarnya ok kalau betul caranya. Asben Mila buat Score-A. Walaupun belum dapat imbuhan, tapi anak kitaorg (Ilyas) agak maju dalam pelajaran dia. Cikgu dia kata, masa mula-mula masuk sekolah tu dia biasa-biasa saja. Tapi periksa pertengahan tahun ada peningkatan. Dia dapat No 3. Akhir tahun ni, kurang 8 markah je nak dapat no 1! Bangga gaklah... Rahsianya? Kitaorg pujuk dan paksa dia buat SCORE-A tu banyak2. Alhamdulillah memang ada perkembangan. Masa pertengahan tahun tu markah subjek Sains dia cuma 60++ jadi bila akhir tahun ni, asben Mila suruh dia buat Latihan Sains kat Score-A banyak2, dia dapat 100% markah!... Sapa-sapa minat nak tau lebih lanjut pasal Score-A ni bleh lah gi jenguk kat website yang asben Mila creat. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...