Iklan

Tuesday, November 9, 2010

Dah Siap?

"Dah Siap? Dah kul 1.30 nie! Jom gerak!" Kata Abah Mila tadi kat cucu-cucu dia. Rumah Mila Hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari nie meriah sikit. Maklumlah, cucu-cucu, cicit-cicit Abah balik kejap untuk majlis kahwin sepupu Mila tu. Memang bingit meriah. Macam-macam hal anak-anak nie. Jumlah semua budak kat rumah nie ada 6 orang. 5 lelaki, sorang baby gurl. Pergh... macam tongkah pecah dah rumah nie... Tapi takpe... best gak tengok budak2 nie.. ada yang nangis, ada yang ketawa, ada yang tidur ada yang buat hal sendiri...
Hari nie, dua cucu dan anak diorg (cicit Abah) dah balik ke KL semula... Abah yang hantar diorg ke Stesyen Bas. Harap-harap diorg sampai dengan selamat. Abah punya style Mila suka. Tepat pada waktu... kalau dia kata kul 1.30 gerak, kul 1.20 dia dah ready.. jadi org lainpun kena tepat... kalau tak kena bebel ler... Milapun ikut style Abah.. tak suka lewat2... Kalau kata kul 12, kul 12lah.. Dulu kalau dating ngan boyfriend (skarang asben), janji kul 12, kul 12 memang Mila dah ada... takdanya nak make-up sampai kul 1.30 baru ada... hehehe... skarang pun sama.. Tak suka buang masa dengan menunggu....

Monday, November 8, 2010

TQ Cik Mat Gebu

Ok. ni ler hasil dessert untuk makan damai pasangan pengantin.. Idea Mila dapat dari blog En. Mat Gebu.. Memang cantik hasil diakan.... macam dessert kat hotel gitu... hehehe. Resepi asal dia bleh tengok kat blog dia yer... www.tiffinbiru.blogspot.com 
Memang banyak koleksi resepi En. Mat nie... tabik  betul ngan dia... :)

Mix Fruits Puff Pastry


Nie plak dessert kedua yg Mila buat khas untuk pengantin... Pengantin tak sempat nak makan... so diorg simpan balik dessert nie dlm fridge untuk di makan malam hari agaknya... Takperlah, asalkan makan..
Senang je buat dia... Cairkan coklat masakan, pastu celup je buah2 nie.. susun dalam cawan mcm dlm gambar, dah siap... 

Kesian buah tu.. siap berpeluh nak tunggu pengantin makan... ehehehe

Kan Dah Kata Dah!!


Abah memang sayang cucu lebih dari anak-anak.. Hehehehe... Ni buktinya... Jumaat petang dia bawak balik Apam Balik untuk makan petang. Petang tu Ilyas tak sekolah.. cuti Deepavali. Abah balik rumah, dia sebuk tanya mana Ilyas.. Aku yang kat bilik ni hairan bin ajaib.. apsal plak Abah tanya mana Ilyas... sebab kalau Idris tu memang dia biasa cari sebab Idris kaki rayau... kalau Ilyas tu dok rumah je... Skali aku kluar ke ruang tamu tengok Idris sedang ngap Apam Balik. Terus aku panggil Ilyas suruh makan gak. Apam Balik tu makanan kegemaran Ilyas.... patutlah Abah panggil-panggil dan cari-cari Ilyas...

 Bukti Abah sayang cucu lebih dari anak-anak... 
Bila Mila nak makan Apam Balik tu dah habis dah... huhuhu

Menu Makan Berdamai

AlhamduliLLAH selesai majlis perkahwinan Ummi (sepupu) dan Megat. Tahniah buat pasangan pengantin, semoga kekal ke akhir hayat.
Biasanya kalau ada sedara-mara yang buat majlis kahwin nie, Mila dan Mak akan bertanggung-jawab untuk masak dan menghias makanan untuk meja makan damai. Kadang-kadang Mak yang masak, Mila hias. Tapi kali nie Mila masak, Mak plak hias.. Bahan hiasan tu sama-sama buat. 
Untuk makan damai kali ni, Mila masak Ikan Siakap Masam Manis, Udang Black Pepper dan Sotong Sambal Bersos Tiram. Kadang2 ada gak masak Chilli Crab, tapi kali ni tak masak ketam. Extra special kali nie, Mila buat khas untuk pengantin, Strawberry Chocolate Dip (Strawberi Celup Coklat) dan Mix Fruits Pastry. Gambar2 Mila tak ambil, sebab lepas siap je makanan tu, Mila gi makan plak... yerlah, lapo...
Oh ya... nak TQ kat Cik Mat Gebu nie.... Mila dapat idea nak buat Mix Fruits Pastry tu dari blog beliau. Cantik dan simple je nak buat tu... Mila ambil gambar yang tu jer... hehehe... Nanti Mila upload gambarnya dan linkkan resepi dia skali yer...

Saturday, November 6, 2010

Oh Pening!!

Hm... balik sekejap dari merewang... Hari nie pergi ke Jusco, Tesco dan ke Jusco semula apabila barang untuk makan berdamai utk esok tak cukup.. Pening gak fikir nak masak, nak hias untuk esok. Mula2 ingatkan cuma perlu sediakan makanan berdamai untuk 8 org. Tapi tiba2 diorg tambah lagi 2 meja extra. Huh...pengsan esok nak masak dan nak hias!

Friday, November 5, 2010

Kenduri Kahwin

Jumaat, Sabtu dan Ahad ni Mila busy sket. Ada sepupu buat majlis kahwin. Mila kenalah gi rewang... kalau tak pergi nanti Abah sound: Ha, ko tak pegi tolong majlis orang, nanti ko buat majlis takde orang nak tolong gak. Pergh.... bernanah telinga kalau kena sound ngan Abah...
Dulu masa kecik2 memang malas nak pergi rewang nie.. bukannya boleh tolong apa-apapun.. takat tolong tengok oklah kan... Tapi bila dah berusia nie seronok gak gi rewang. Eh cakap rewang ni kang korang salah paham plak... Rewang kat sini maksud tolong-menolong, gotong-royong.. yer.. harap maklum... :)

Thursday, November 4, 2010

Ada Apa Dengan BEN ASHAARI?

Garu kepala jap.... grek, grek grek.. eh camtu ke bunyinya? Bolehlah.... hahaha. Sebenarnya buat entri ni sebab nak ucap TQ banyak-banyak kat En. Ben. Masa Mila join contest Ailyna tu,  Mila guna beberapa blogger yg dah otai. Antaranya, En. Ben ler... gigil gak jari ni masa nak letak nama dia dan kawan kamceng dia En. Mat tu. Tapi Mila pasrah jerlah.... kalau diorg marah, Mila tarik diri jer dari contest tu. Tapi AlhamduliLLAH semua blogger2 otai ok jer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...